06

19 0 0
                                    

Hazril membetulkan tali lehernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazril membetulkan tali lehernya. Seketika, ada tangan lain yang membetulkannya. Hazril merenung saja wajah itu. Wajah isterinya. Maya Khalisa. Wanita itu diam saja membetulkan tali leher dan kot suaminya.

"I balik lambat hari ni. Ada meeting belah petang. You dengan Khaliz makan dulu. Jangan tunggu I balik" Dingin saja lelaki itu memesan isterinya.

"Tapi I dah beli barang untuk masak malam ni. Habis meeting, you baliklah terus. Kita makan sama-"

"Tak faham bahasa ke?"

Maya memuncungkan bibir.

"Lain kali bagitahu awal-awal. Takdelah menyusahkan I pergi beli barang"

Maya membelek kukunya. Hazril mengetap gigi. Ada saja nak menjawab.

"Mummy, daddy.."

Dua manusia itu memandang seorang anak kecil berjalan ke arah mereka. Airil Khaliz. Anak tunggal pasangan itu. Khaliz memeluk kaki bapanya. Hazril hanya mengelus kasar rambut anak itu.

"Tepi. Daddy dah lambat ni"

Khaliz melepaskan pegangan pada kaki lelaki itu lalu memeluk ibunya pula. Keluar saja Hazril daripada bilik, Maya menunduk menyamai tinggi anaknya.

"Jom. Kita hantar daddy"

Khaliz mengangguk teruja. Dia menarik tangan ibunya ke pintu utama rumah.

"Baliklah awal malam ni" Rayu Maya.

Hazril tidak menjawab malah masuk ke dalam kereta. Khaliz melambai ke arah kereta yang baru saja keluar daripada halaman vila itu. Maya mendukung Khaliz masuk ke dalam rumah.

Bibir itu mengeluh lemah. Teropong di tangannya diletak di atas meja.

"Hazril, Hazril. Perangai setan kau masih tak hilang. Dengan anak bini pun layan macam sampah. Memang lelaki tak guna"

Hazel menggeleng perlahan. Dari jauh dia boleh melihat situasi di dalam vila itu menerusi teropong dari tingkat atas hotel yang berada betul-betul bertentangan dengan kediaman lelaki itu.

Topi hitam dipakai sebelum dia keluar daripada bangunan itu.

Hazril dengan wajah bekunya berjalan di sepanjang lobi syarikat. Lif berhenti di tingkat tiga puluh sebelum dia berjalan menuju ke pejabat miliknya.

Masuk saja dia ke dalam pejabat, mata bertentang dengan seseorang yang sedang duduk di kerusi miliknya.

"That's mine"

Hazel Darisa's : Her RevengeWhere stories live. Discover now