10

17 0 0
                                    

Hazel menghentikan kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel menghentikan kereta. Dia keluar sebelum sebuah rumah banglo besar menyapa penglihatan. Sebak mula bertandang.

Loceng ditekan. Seketika, muncul pemilik rumah itu. Seorang wanita separuh abad.

"Ya, Cik?"

Wanita itu seakan mengenali Hazel.

"Eh, Cik Hazel Darisa kan?"

Hazel mengangguk. Siapa saja tidak kenal anak bongsu keluarga terbesar itu?

"Cik cari siapa?"

"Rumah ni memang dah lama dijual ya?"

Wanita itu mengangguk.

"Encik Hazril yang lelongkan rumah ni"

Hazel diam.

"Puan tahu tak barang rumah ni dia letak dimana?"

"Separuh dia bawa keluar tapi tak tahu pula kemana. Separuh lagi ada di stor dalam rumah ni. Dia kata dia akan buang nanti"

"Boleh saya tengok barang tu?"

Wanita itu mengangguk. Dia membuka pintu pagar sebelum membenarkan Hazel masuk. Kaki melangkah masuk ke ruang tamu. Memori keluarga bermain di layar fikiran.

Pintu stor dibuka oleh tuan rumah. Hazel masuk ke dalam stor itu. Semua barangan ditutup dengan kain putih. Barangan perabot yang masih tersisa.

"Esok puan ada di rumah?"

"Ada"

"Esok saya datang ambil barang ni semua" Ujar Hazel. Semua barangan ini milik mummy dan daddy. Dia takkan buang.

Sehelai kain putih ditarik lagi. Hazel tergamam. Potret dia bersama lapan orang abangnya masih terpapar elok.

"Wah saya tak tahu pula ada bingkai gambar keluarga Cik" Ujar tuan rumah kelihatan terpesona dengan rupa paras sembilan adik beradik itu.

"Tapi kan Cik, kenapa Tuan Hazril jual rumah ni? Lagipun rumah ni peninggalan arwah Dato'?" Soal tuan rumah itu.

'Saya pun tak tahu, puan'

"Kalau Cik nakkan rumah ni semula, saya akan jual pada Cik"

Hazel diam seketika. Mana nak cari duit? Dia pun sebatang kara sekarang. Hazel menggeleng menandakan dia tidak mahu.

"Saya datang untuk ambil barang saja"

Wanita itu mengangguk. Lihat pada riak wajah Hazel saja sudah tahu ada sesuatu yang menganggu gadis itu.

. . . . . . . . .

Hazel memberhentikan kereta apabila tiba di hadapan restoran makanan laut milik Haz Danial. Hazel membawa dua buah plastik berisi mainan buat dua orang anak buahnya.

Hazel Darisa's : Her RevengeWhere stories live. Discover now