07

27 0 0
                                    

Dua buah kereta Vellfire berhenti di hadapan pintu masuk bangunan lima tingkat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua buah kereta Vellfire berhenti di hadapan pintu masuk bangunan lima tingkat itu. Wartawan mula berkerumun mendekati kereta itu bersama kamera dan perakam suara.

Hampir dua puluh pengawal berbadan tegap menghalang wartawan dan media yang ingin menghampiri sembilan orang lelaki yang baru saja keluar daripada kenderaan.

Mereka tersenyum melambai ke arah kamera. Seorang demi seorang melalui karpet merah masuk ke tengah bangunan. Bangunan ini khas untuk syarikat farmasi yang akan dibuka tak lama lagi.

Ramai rakan kongsi mereka yang hadir malah pelabur-pelabur juga turut ada disitu mendengar ucapan perasmian daripada keluarga itu. Sembilan orang lelaki itu mengambil tempat di atas pentas.

Persiapan telah dilakukan oleh orang-orang kanan mereka. Hazril selaku ketua pengarah tampil kehadapan.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah berdirinya saya disini merupakan satu kejayaan yang paling besar buat semua yang ada di dalam bangunan ni" Riuh ruang itu dengan sorakan tetamu.

"Kami berjanji akan menjalankan tugas dan berusaha sebaiknya demi memajukan bisnes kita. Saya harap semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang bisnes berjalan"

Tanpa membuang masa, mereka mengadakan gimik perasmian. Ramai bersorak dengan satu lagi kejayaan syarikat ternama itu. Siaran langsung juga ditayangkan pada kaca televisyen.

"Mana plot twist ni?!" Ujar Zarel yang sedang menonton siaran langsung melalui telefonnya. Excited pula.

"Jadi ada apa-apa pertanyaan?"

Ramai wartawan mengangkat tangan ingin mengajukan soalan selepas Hazril menawarkan pertanyaan. Hazril menunjukkan kepada satu persatu wartawan untuk mengajukan soalan.

"Ya, Encik Hazril. Saya ingin bertanya, adakah projek ini hasil usaha dan gabungan kesemua adik beradik Encik Hazril?"

"Ya, benar. Kami bergabung dalam menjalankan bisnes ini sesama adik beradik kami dan akan berkongsi hasilnya secara sama rata"

Walaupun mulutnya berkata sebegitu, hatinya tidak. Hazril nak berkongsi sama rata? Lambat lagi.

Haz Danial menjeling Hazril. Setiap kali sidang media dijalankan, dia dipaksa untuk menyertai mereka walhal dia tiada kena mengena dengan urusan syarikat.

"Adakah Cik Hazel yang hilang hampir tiga tahun juga termasuk?"

Soalan yang diajukan wartawan tadi mula memanaskan keadaan. Hazril tersenyum janggal.

Hazel Darisa's : Her RevengeWhere stories live. Discover now