Hazzi melilaukan mata mencari kelibat seseorang. Apabila mata menangkap susuk tubuh dikenali, Hazzi bergerak mendekati abang sulungnya. Hazril menjemput lelaki itu duduk.
"Mana failnya?"
Hazzi mengeluh. Tak sempat duduk lagi.
"Relaxlah. Belanja aku makan dulu"
"Jangan buang masa aku, Hazzi"
Hazzi menjeling sebelum sebuah fail diletakkan di atas meja.
"Aku dah buat sehabis baik untuk tutup kes ni dengan pertolongan Haziq. Tiada siapa boleh buka mulut lagi"
Hazril meneliti fail tersebut. Dia tersenyum nipis. Tampak berpuas hati. Kes kemunculan Hazel telah ditutup dengan pertolongan pihak pendakwa raya. Media menjadi huru-hara kerana kemunculan terkejut gadis itu. Menyusahkan.
"Ada sesuatu aku rasa pelik. Haziq pun fikir benda yang sama"
Hazril memandang wajah Hazzi serius.
"Kalau aku jadi Hazel, aku akan laporkan pada polis selepas aku keluar dari pulau tu. Tapi kenapa dia cuma hebahkan pada media saja?"
Hazril diam tidak menjawab. Pasti Hazel ada rancangannya tersendiri. Jika di laporkan sekalipun, dia pasti tahu kami akan lepaskan diri dengan cara apa sekalipun.
"Tiada apalah. Mungkin dia tak percayakan sesiapa. Kau perlu berhati-hati. Dia akan gunakan cara halus untuk balas dendam. Mungkin hasut dan pergunakan kau"
Giliran Hazzi pula diam. Hazel menghasut?
"Lagi satu, aku dah cari lelaki yang ada dengan Hazel tempoh hari. Data dia tiada rekod" Ujar Hazzi.
"Maksud kau?"
"Aku tak boleh cari maklumat dia. Mungkin dia seseorang yang dilindungi" Terang Hazzi.
Maknanya lelaki itu bukan orang biasa. Patutlah Hazel berani lain macam. Ada backup.
"Kau nak buat apa sekarang? Hazel pun dah berani ganggu anak bini orang. Hazrin baru cerita pada aku" Soal Hazzi.
Hazril memandang pelik. Sejak bila Hazrin kisah mengenai anak bininya?
"Kill her"
Hazzi memandang wajah itu sedikit terkejut. Dia memandang sekeliling. Nasib baik tiada orang dengar.
"If she still alive, we'll kill her again and again"
"Kau biar betul?"
"Ada nampak aku main-main ke?"
Hazzi diam saja. Dia kenal abangnya itu. Tekad dengan keputusannya. Kejam.
"Sementara ni, biar dia hirup udara dengan puas dulu. Masa dia terleka, baru kita ambil tindakan"
Hazzi mengagguk saja. Perancangan semuanya diatur oleh Hazril. Mereka hanya ikut saja. Janji menguntungkan.
"Aku minta diri dululah"
YOU ARE READING
Hazel Darisa's : Her Revenge
Action"Its not the back stab that hurt you. Its when you turn around and see who's holding knife" Nasib keluarga itu berubah setelah kematian sang bapa. Hazel Darisa bingung akan perangai abang sulung mereka. Lelaki ini seperti gila kuasa. Ingin segala ha...