BUKK!
Haz Danial menumbuk wajah abang sulungnya. Hazril memandang lelaki itu tidak percaya.
"Sial!"
"Kau yang sial!" Jerkah Haz Danial.
"Manusia tiada hati perut! Kau bunuh Hazzi?!"
"Jangan sedap mulut kau menuduh aku!" Balas Hazril. Adik-beradik yang lain diam saja.
"Kau melampau, Hazril! Mula-mula Hazel, sekarang Hazzi?! Lepas ni siapa pula?!"
"Ada bukti ke?" Soal Hazrin. Haz Danial memandang lelaki itu pula.
"Kau pun sama, Hazrin. Korang berdua bagaikan kembar setan!"
"Hazzi tu banyak musuh. Tak semestinya kami yang bunuh dia! Terumata si Hazel. Bukan ke Hazel berdendam dengan kita?!"
Haz Danial diam. Dia menarik nafas lelah. Dia sungguh penat dan sedih melihat adik beradiknya berpecah belah.
"Hazel nak jatuhkan kita, Danial. Mereka yang bekerjasama dengan perempuan tu memang layak mati" Ujar Huz Danish sebelum dia menentang mata dengan Hazri. Hazri mengalihkan pandangannya.
"Hazel tak hingin walau satu sen pun harta arwah daddy. Kenapa korang benci sangat dia?" Soal Haz Danial.
"Kau sendiri tahu apa Hazel buat. Dia nak runtuhkan syarikat ni!"
"Kau tahu Hazel yang bakar gudang farmasi kan?" Soal Hazrin kepada lelaki itu. Danial diam saja tidak menjawab.
"Butik Hazrul pun hangus terbakar sebab rancangan perempuan tu!"
Hazrul memandang tajam Haz Danial. Dia mengamuk teruk apabila ketahui butik terkenalnya terbakar.
Haz Danial diam saja. Dia tidak tahu mahu katakan apa lagi. Dua dua pihak berdegil.
"Kau baliklah, Danial. Kalau kau rasa kami ni jahat, jangan masuk campur. Aku takkan ganggu kau dan anak bini selagi kau tak menyusahkan kami" Ujar Hazrin.
Haz Danial menunduk. Dia bergerak keluar dari situ. Malas mahu melayan. Hazri juga bangun dari duduknya.
"Kau nak kemana pula?" Soal Huz Danish.
"Aku pun tak nak masuk campur" Ujar Hazri. Hazril mencengkam baju Hazri dari belakang.
"Kau nak tambah masalah ke? Kau peranan paling penting, Hazri. Kau doktor peribadi kami"
Hazri merentap cengkaman itu. Dia bertentang mata dengan abang sulungnya.
"Aku penatlah, Hazril. Aku bagaikan patung yang kau semua gunakan untuk diri sendiri! Kau ingat aku orang suruhan kau ke?!" Jerkah Hazri. Sudah lama dia memendam.
"Kau pun jadi pengikut Hazel dah ke? Kau nak nasib sama macam Hazzi ke?!"
"Aku tak pedulilah! Aku tak nak ada kaitan lagi dengan korang"
YOU ARE READING
Hazel Darisa's : Her Revenge
Action"Its not the back stab that hurt you. Its when you turn around and see who's holding knife" Nasib keluarga itu berubah setelah kematian sang bapa. Hazel Darisa bingung akan perangai abang sulung mereka. Lelaki ini seperti gila kuasa. Ingin segala ha...