Kelibat tubuh tinggi yang selalu berjubah dicari lagi. Dari tadi Malaika kebosanan menunggu Haji Samir bersembang meriah dengan Haji Bidin di warung Tok Khamis. Kerana itu Malaika ambil keputusan untuk berjalan- jalan ambil angin di tepi laut.
Tapi malang tak berbau, Malaika sudah lupa jalan untuk pulang ke warung Tok Khamis.
Pening. Ke kiri atau ke kanan?
Malaika mengeluh, ini kalau Hakimi tau mesti mengamuk. Dah lah dia tak bawa telefon. Tiba- tiba rasa takut menyelubungi diri. Hari dia lemas pun begini juga, dia tak ingat apa yang terjadi.
Mesti dia sesat dan terjatuh ke dalam laut dari jeti. Ish pandai- pandai je buat cerita sendiri!
Malaika kecilkan diri apabila sekumpulan geng motor lalu dengan bunyi motor yang bingit. Eee seram!
Berlari Malaika menyeberang jalan, langkahnya perlahan menuruni batu- bata besar. Dia menjejak kaki ke pasir persisiran laut dengan takut- takut.
Dia tak takut laut dan ombak, tapi dia takut lelaki. Ya, lagi- lagi lelaki yang seperti ex dia. Yang dayus, yang tak ada otak. Hmp!
Selalunya dalam novel atau drama, waktu begini mesti heroin sudah jumpa hero— eh ?
"Encik Muaz!!"
Malaika rasa nak menangis air mata gembira lihat wajah tenang Muaz di atas bot yang baru sampai.
"Encik Muaz!"
Muaz berkerut dahi mendengar laungan suara Malaika. Bunyinya kuat, sungguh kuat. Kenapa budak ni menjerit macam aku pekak? Kecik- kecik dah tertelan mic bilal surau ke?
Muaz turun dari bot nelayan dengan penuh gaya di mata Malaika. Wow.. hotttt nak mati!
"Apasal kau?"
Muaz bersuara tak bernada. Tali botnya diikat pada kayu jeti. Riak gelisah Malaika dipandang sekilas. Mata helangnya memandang sekitar persisiran laut jeti yang lengang.
Terhenti tangan Muaz yang mahu menarik tong ikan apabila baru sedar ketiadaan seorang pun mahram Malaika di sini.
"Mana bapak dengan adik- adik kau?"
Kasar Muaz soal. Tak ada langsung gaya gentleman.
"Tak ada. Saya sesat."
Muaz tercengang mendengar pengakuan jujur Malaika. Tajam matanya melihat geng- geng motor budak kampung sudah berparking di tempat biasa mereka. Mahu melepak.
"Tch.. kau sini, ikut aku."
Malaika terkial- kial ikut langkah Muaz yang laju. Nak menangis dia bila Muaz tak menoleh langsung ke belakang. Garang tak habis- habis!
"Encik Muaz, slow lah sikit jalan— aarghh!"
Kaki Malaika terpijak tali kasut sebelahnya yang sudah terlerai dari ikatan. Lalu kakinya terlanggar batu besar di sebelah laut dan—
DANG!
Jantung Muaz terasa mahu meletup. Berombak kencang dadanya tatap muka pucat Malaika.
"Jalan tengoklah bawah. Mata kau letak mana??"
Suara Muaz perlahan, namun sangat keras. Tidak setenang selalu. Mencerun mata Muaz merenung mata bulat Malaika yang sudah berair jernih. Lengan Malaika yang masih dicengkam Muaz cuba ditarik, namun tak lepas.
Kedua lengannya dipegang kuat dengan tangan kekar Muaz.
"Jalan elok- elok. Jangan sampai hanyut lagi."
YOU ARE READING
ATMA AKASA [COMPLETE]
General Fiction[ BOOK 1 ] Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi. "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis" - ATMA MALAIKA "Cuba belajar be...