ATMA AKASA| 06⚓️

4.3K 293 25
                                    

Malaika menopang dagu, menahan kepala dari tersengguk- sengguk akibat ngantuk.

"Kak, jom turun main pasir. Abah lambat lagi baru habis membawang rasanya.."

Mikael cuit lengan kakaknya yang hampir terlena. Malaika mengeluh melihat abah yang masih bersembang meriah bersama Haji Bidin.

Boleh pulak terjumpa member dekat warung. Sudahnya anak -anak yang kena sidai.

"Mcam budak- budak aje nak main pasir. Aku dah tua kerepot. Malas,"

Jawab Malaika cukup dingin. Mikael mencebik. Heh, mentang- mentang dah cukup genap umur dua puluh lapan tahun. Dah tua kerepot ya?

"Tak nak sudah, Mika nak turun nak main— eh, Bang Muaz!"

Mata Malaika tercelik luas. Muaz yang baru turun dari bot menjadi tatapan. Wow! Baju Muaz basah!

"Kata malas kan? Kau tidur sini—"

"Aku nak ikut!"

Malaika lari dulu turun le bawah dahulu sebelum sempat Mikael tinggalkan dia. Tak guna punya kakak! Muaz perhati Malaika yang berlari anak dengan riak ceria. Dah apahal ?

"Assalamualaikum. Hai Encik Muaz!"

Muaz jawab dalam hati. Sekadar angguk kepala. Matanya dapat melihat Haji Samir yang memandang dari warung. Gigi diketap.

"Bang, baru naik?"

Tegur Mikael berbasa- basi. Gila kacak muka beku Muaz. Tak senyum pun helok.

"Yeah. Harini pergi cari ikan sikit. Abah Qais nak buka pasar basah pulak hari khamis,"

Jawab Muaz tenang. Seboleh yang mungkin dia mengabaikan sewujudan Malaika di sisi Mikael.

"Ooo.."

Terangguk kepala Mikael. Matanya jadi tak fokus pada muka Muaz. Baju basah yang melekat di abdomen berpetak Muaz menjadi tumpuan. Dahsyat. Sangat mengagumkan.

"Kenapa tak jawab salam saya?"

Tanya Malaika sebal. Terus terhala pandangan mata kosong Muaz pada wajahya.

"Kau siapa?"

Tersenyap mulut Malaika. Sinis suara Muaz menyakitkan hati. Mikael garu kening bila rasa suasana menjadi tegang.

"Awak asyik marah je.. kenapa nak marah- marah? Semalam elok aje.."

Kaki pendek Malaika mengekori Muaz yang sibuk menaiki botnya kembali.

"Lagi sekali aku tanya, kau siapa?"

Cuak Mikael dengan suara keras Muaz. Mata berkalih pada muka selamba Malaika. Ish, tak reti takut ke Malaika? Aku dah menggigil kut.

"Cuba senyum sikit Encik Muaz, mana tahu air laut yang masin ni jadi manis."

Tak semena- mena mulut Mikael ternganga. Apakah? Muka tak malu yang dipasang Malaika ditatap tak percaya.

"Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas dan tak menyusahkan orang yang cari ikan. Dasar scammer ikan."

Auch. Begitu tegang jawapan sarkastik Muaz. Malaika hentak kaki tak berpuas hati tanda protes. Macam budak umur lapan tahun.

"Eee kerek! Menyampah lah!"

Sekuat hati Malaika menengking sebelum beredar. Ternaik kedua tangan Mikael menekup telinga, nyaring betul jeritan Malaika.

"Bang..sorry bang. Kak Malaika memang sakit sikit sejak dari lemas haritu. Aduh, jangan bagitau Kimi tau Kak Ma cakap apa tadi. Buat malu keturunan je..Bye!"

ATMA AKASA [COMPLETE]Where stories live. Discover now