ATMA AKASA| 19⚓️

3.7K 266 27
                                    

Angin pagi yang meniup lembut wajahnya terasa meresap sampai ke hati yang sedang tidak sihat.

Kedua tangan yang berada dalam poket seluar slack digenggam kuat. Menahan rasa yang dia sendiri masih tak mengerti kenapa.

Bunyi telefon pejabat langsung tak diendah. Bukan sekali ini, memang sudah berkali- kali panggilan pejabat semuanya tak dihirau. Dia menoleh ke arah pintu tatkala nampak pantulan bakal abang iparnya di dinding kaca.

"Termenung apa?"

Tengku Adrian jalan hampiri Muiz Iskandar yang sejak pagi semalam hanya diamkan diri. Aneh.

"Tak ada apa,"

Bohong Muiz mahu menyendiri. Dia tak layan pandangan mahu tahu Tengku Adrian. Dia rimas kalau orang asyik bertanya.

"Kau busy?"

Muiz kerut dahi. Pelik dengan soalan Adrian yang nampak serius. Dia kemudian cuma geleng kepala. Tak sibuk pun..kerja pejabat semua dah disiapkan awal, memandangkan esok dia akan bercuti untuk pergi ke kursus kahwin.

"Kalau kau free, boleh kau tolong gantikan tempat Johan tak?"

Tengku Adrian soal dengan nada profesional soal kerja. Muiz seperti baru teringat yang Johan masih MC kerana demam denggi. Kesian. Denggi malaria pula. Sangat bahaya.

"Gantikan tempat Johan. Tolong jumpa Syihan,"

Sambung Tengku Adrian buat Muiz kerut dahi. Syihan? Tak pernah dengar pun nama lelaki itu. Wakil syarikat apa?

"Syihan..Jantan yang susah sangat nak terima offer untuk kerja dengan syarikat kita,"

Jelas Tengku Adrian tanpa ditanya. Oh.. Muiz baru ingat. Syihan, seorang arkitek muda yang Adrian tergila- gilakan. Satu- satunya makhluk yang berani tolak tawaran syarikat gergasi seperti Tengku Holdings dengan mentah- mentah.

"Berlambak lagi arkitek hebat yang nak kerja dekat syarikat TH. Kenapa kau nak dia jugak?"

Tanya Muiz. Bosan dengan perangai Adrian yang satu ini.

"Lakaran pelan yang Dato' Benjamin bagi.. Syihan yang buat.. I don't care, Muiz. Kau buatlah apa cara sekali pun untuk dia setuju. Aku tetap nak dia."

Begitu nekad sekali suara Adrian. Muiz bersandar di kerusi. Sudah jangka dengan tingkah tak matang Tengku Adrian.

"Tak kiralah dia nak berapa gaji dia pun, aku boleh bayar. Apa yang aku nak, aku akan dapat!"

Sudah malas untuk Muiz berkata apa. Dibiar saja Adrian yang tersenyum sinis seorang diri. Haih, nasib baik aku sayang adik kau.

Kalau tak? Sampai mati pun aku tak ikut arahan kau, Tengku Adrian.

Kalau tak? Sampai mati pun aku tak ikut arahan kau, Tengku Adrian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelibat Syihan di cari. Melilau mata Muiz ke dalam cafe hipster kesayangannya. Masih tak kelihatan, belum datang barangkali.

Muiz ambil tempat di tempat kegemarannya. Cuma di luar cafe. Tempat khas untuk dia seorang.

ATMA AKASA [COMPLETE]Where stories live. Discover now