[ BOOK 1 ]
Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi.
"Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis"
- ATMA MALAIKA
"Cuba belajar be...
Perkarangan rumah agam yang gelap- gelita buatkan jantung Tengku Adrian jadi berdebar- debar. Dah kenapa tak ada lampu hidup? Takkan rumah aku kena kena potong elektrik?
Perlahan pintu kereta dihempas. Lampu dari telefon bimbit dia hidupkan. Dengan takut- takut Adrian buka kasut.
Masuk saja ke rumah yang sunyi sepi itu, tangan Adrian laju tekan segala punat suis lampu. Nafas hembus lega melihat suasana rumah yang kemas seperti biasa.
"Tch.. perempuan ni keluar memang tak hidupkan lampu ke?"
Adrian mengomel sendiri. Kakinya laju mendaki anak tangga ke tingkat dua. Semuanya gelap- gelita. Adriana kalau pasal Muiz, semuanya dia sanggup tinggal.
Langkah kaki Adrian semakin perlahan apabila menghampiri bilik Adriana. Bunyi suara tangisan perempuan semakin kedengaran. Hantu ke?
Digagahkan jua kakinya yang melembik untuk dekati pintu bilik. Daun pintu yang tidak tertutup rapat dia tolak perlahan.
"Oh my god Adriana!"
Adrian menerpa ke arah adiknya yang berlumuran darah. Berombak kencang dada memangku kepala Adriana yang berdarah teruk.
Segalanya terasa seperti déjà vu.
"Kenapa Riana jadi macam ni?!"
Tangan Adrian menggeletar. Rambut Adriana yang berselerak dia kemaskan. Bau darah makin kuat merebut masuk hidung.
"Muiz.."
Adriana menangisi nama Muiz. Adrian senyap lihat air yang bertakung penuh di empangan mata Adriana. Dadanya terasa berat yang amat. Sesak melihat adik kesayangannya dalam keadaan begini.
"Muiz.."
Lemah suara Adriana. Dia seolah mencari sosok Muiz. Tangan kanannya yang berlumuran darah disua pada Adrian.
Mata Adrian membesar lihat sebentuk cincin. Cincin tunang milik Muiz berada di atas telapak tangan Adriana.
"A-apa dah jadi Riana?"
Adrian bertanya dengan nada ditahan. Api kemarahannya mula menggila. Berani Muiz melukai hati Adriana??
Sudah tentu semua ini salah Muiz. Kalau bukan kerana Muiz, takkan Adriana sanggup sakitkan diri sendiri!
"Muiz tak nak kahwin dengan Adriana bang.."
Esakan Adriana hambur dalam pelukan abangnya. Adrian genggam erat tangan. Cuba menyabarkan diri yang tak seberapa malaikat.
"Adriana sayang sangat Muiz.."
Dan tangisan Adriana semakin kuat di dalam pelukan Tengku Adrian yang tak habis hadiahkan berbakul caci makian buat Muiz.
Muiz Iskandar.
Aku akan cari kau sampai ke hujung lubang cacing pun, Muiz. Aku akan pastikan kau rasa apa yang adik aku rasa.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.