ATMA AKASA| 31⚓️

6.3K 452 14
                                    

Dahi panas Muaz ditekapkan dengan tuala lembab. Malaika sentuh pipi Muaz yang bahang. Muaz telah jatuh demam. Kesian betul.

"Cepat sihat Akasa."

Puncak hidung mancung Muaz dikucup nipis. Tersenyum Malaika lihat wajah lena Muaz. Perlahan saja kepalanya dilabuhkan ke birai katil. Mahu lelapkan mata untuk beberapa minit. Semoga suami kacaknya akan cepat sihat!

•  •  •

Berkerut dahi Malaika merenung siling. Fuh selesanya tidur begini.

Eh?

Mata Malaika terbeliak. Dia bangun dari baringan mendadak. Lah? Muaz dah bangun ke?

Muaz sudah tiada dalam bilik. Cuma tinggal tuala lembab yang sudah kering dan mangkuk berisi airnya saja di atas meja.

Skrin telefon pintar disentuh untuk melihat waktu. Pukul lima pagi. Mana Muaz?

Malaika bangun dengan sedikit payah. Agak lenguh pinggangnya akibat tidur cara duduk tadi. Haih..Muaz merajuk ke?

•  •  •

"Dekat sini rupanya suami saya.."

Langsung tak menoleh belakang, Muaz masukkan kedua tangan dalam poket seluar. Mata tersorot pada keadaan laut gelap yang tenang.

"Akasa.."

Kali ini Muaz menoleh ke kanan. Malaika yang memakai baju hoodienya dipandang. Hatinya tersentuh. Namun jiwanya masih mahu dipujuk lagi. Dia mahu merajuk.

"Dekat luar sejuk Malaika. Pergi masuk dalam."

Malaika tersentak. Muaz sebut nama Malaika? Cuma Malaika? Tiada Moon, Atma atau nama indah yang lain? Mata Malaika terkebil- kebil. Cuba tahan dari menangis.

"Awak yang demam Akasa. Bukannya saya.."

"Aku dah ok."

Malaika mula rasa hidungnya tersumbat bila Muaz langsung tak mahu menoleh wajahnya. Terkebil- kebil matanya menahan tangisan. Dia cengeng kut. Sampai hati Muaz palau begini.

"Kenapa Akasa marah Atma?"

"Kenapa kau tinggalkan aku?"

Terkelu Malaika bertentang mata dengan mata tajam Muaz. Kini Muaz sudah mendekatkan jarak antara mereka. Hanya tinggal dua langkah saja untuk mereka berlaga.

"T-tak..Atma tak pernah tinggalkan Akasa..tadi Atma nak buat surprise..tapi Akasa pengsan lepastu demam.."

Suara Malaika sangat halus. Perlahan, seperti bergumam sendiri. Namun itu sudah cukup untuk manusia yang bertelinga lintah seperti Muaz. Setiap patah yang Malaika lontarkan, semuanya jelas di sistem pendengaran Muaz.

"Surprise? Surprisenya kau tinggalkan aku ke?"

Agak sarkastik bicara Muaz. Sekali lagi Malaika terkedu. Ini kali pertama perangai Muaz begini sejak mereka berkahwin. Ini kali pertama juga untuk Muaz bahasakan dirinya sebagai 'Malaika'.

Malaika kumpul nafas dalam- dalam. Cuba untuk jadi kental dan kuat di depan Muaz yang beremosi.

"Atma kata tak. Atma tak tinggalkan Akasa pun. Tak ada surprise- surprise. Semuanya tak jadi sebab Akasa demam."

Kini giliran Muaz untuk terpaku dengan kata- kata Malaika yang menggunakan nada suara tegas. Muaz ketap gigi. Tangan dalam poket dikepal erat. Dia perasan mata Malaika berair.

"Saya minta maaf sebab tak ada, waktu encik Muaz nak tergolek demam tadi."

Kejung tubuh Muaz dengan nama panggilan mereka yang sudah bertukar dingin. Kakinya terasa melembik. Longlai.

ATMA AKASA [COMPLETE]Where stories live. Discover now