[ BOOK 1 ]
Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi.
"Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis"
- ATMA MALAIKA
"Cuba belajar be...
"Aku terima nikah, Atma Malaika Binti Samir dengan naskah- shit!"
"Wow wow wow! Sabo Az! Sabo!"
Tergeleng- geleng kepala Ali. Nasib baik ini cuma latihan! Kalau real? Mahu meninggal Tok Asad dan Haji Samir dengar Muaz carut dalam masjid.
"Cuba istighfar. Jangan mencarut. Malam kau nak jadi suami orang. Kau nak jadi imam Malaika. Bawa bertenang, ok?"
Tegas sedikit suara Ali berpesan. Risau dengan perangai tak sabar Muaz. Mendengar bicara Ali itu, Muaz menekur lantai.
Imam..Malaika .. ?
Tak tertahan hujung bibir Muaz ternaik, dia jadi tersenyum sumbing sendiri tiba- tiba.
Tangan Ali naik memegang kepala sendiri, sakit otak dengan Muaz yang buat perangai orang tak waras hari sejak semalam.
"Malam nak nikah, siang buat perangai tak betul. Teruk sangat engkau punya angau,"
Bebel Ali tak berpuas hati. Muaz makin tersenyum lebar. Menambahkan kegelisahan Ali. Sempat Ali tadahkan tangan untuk berdoa. Ya Allah, panjangkan lah umur Muaz..Kesian betul Malaika. Dapat suami kurang siuman.
Bunyi pintu diketuk terus menggamit perhatian Ali. Dipandang saja Muaz yang termenung di tingkap dengan senyuman.
"Gila!"
Sempat Ali mengutuk kuat, pintu bilik dibuka dengan senyuman apabila dia bertentang mata Mak Zainab.
"Mana Muaz?"
Panjang leher Zainab mencari. Tadi dia minta tolong ambilkan serai tau- tau lesap.
"Tengah angau tu mak,"
Jawab Ali sambil muncung mulut dihala ke arah Muaz yang masih termenung ke luar jendela. Mak Zainab geleng kepala. Dari semalam punya semalam lagi Muaz sudah mula buat perangai.
"Biarlah dia. Jom Ali, kita tolong ayah rebus telur sekejap dekat bawah.."
Pantas Ali bersetuju. Menjuih mulut dia lihat Muaz yang kini sudah berguling atas tilam. Astaghfirullahalazim.. gediknya tak tertahan..
Nampaknya Ali kena bertanya pada Areeta, Malaika pun menggedik dan gila bayang begini ke?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ehem! ehem!"
Tersengih- sengih Areeta dah serupa kerang busuk. Malaika mula rasa nak larikan diri, aah malu! Segan.