[ BOOK 1 ]
Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi.
"Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis"
- ATMA MALAIKA
"Cuba belajar be...
Angin laut yang mengusik rambut, buat bibirnya tersenyum kecil. Lapang dada menghadap lautan yang luas terbentang.
"Muaz ajak Muiz berjumpa."
Itu panggilan yang dia terima dari Haji Samir. Tak sedar Muiz ketawa kecil. Ahhh entah kenapa dia rasa lega. Walaupun dadanya terasa kian berdebar.
Kelibat Syihan Hakimi membuatkan kaki Muiz terus melangkah ke dalam warung Tok Khamis. Kerana terburu- buru, tubuhnya yang lampai terlanggar seorang gadis selekeh.
"DAH BUTA KE??"
Piah menengking kuat. Habis basah baju kerjanya. Nasib baik air sejuk! Kalau air panas? Mau masak usus perutnya.
"S-sorry."
Muiz tak tau nak berkata apa. Tatapan mata si gadis sungguh tajam. Lemah lutut dia dibuatnya. Cantik, tapi gangster!
"Piah...Dia kenalan aku."
Kehadiran Hakimi buat Muiz hela nafas lega. Perempuan bernama Piah itu terus jalan menonong ke dapur dengan riak bengis. Fuh, macam gangster kampung.
"Muaz ajak tuan Iskandar pergi pulau dia,"
Ujar Hakimi perlahan. Muiz tersentak. Mata tatap Hakimi dengan riak berkerut. Tak suka.
"Panggil Muiz jelah. Tak payah bertuan- tuan,"
Kata Muiz sedikit janggal. Hakimi angguk kepala. Menggamit Muiz untuk mengekorinya ke jeti.
"Aku pun. Dekat sini orang tak panggil aku Syihan. Orang panggil Kimi.. Hakimi."
Terangguk kepala Muiz. Dia jalan dengan kadar sederhana di belakang Hakimi. Hakimi juga senyap. Bunyi ombak laut buatkan bibirnya tak tahan untuk senyum. Rasa damai dan tenang.
"Kau sama macam Muaz."
Hakimi lihat sekilas riak Muiz yang kembali ketat. Persis tuan Iskandar yang gila tempoh hari. Tangan Muiz juga masih berbalut. Jelas yang lelaki ini suka melukai diri sendiri.
"Sama?"
Muiz cuba untuk menterjemah perkataan itu. Rupa aku ke? Sama kacak eh?
"Korang suka senyum tengok laut."
Ringkas Hakimi jawab. Terus raut ketat Muiz berubah lembut. Ya, macam ibu kami. Ibu suka tengok laut.
"Hai bang.."
Hakimi angkat tangan. Sapa Faisal yang akan memandu bot mereka ke pulau Muaz.
"Hai Kimi. Bot bapak kau tak ok lagi eh?"
Ramah Faisal bertanya. Mata sedikit melirik pada Muiz yang diam membatu. Macam pernah nampak..
"Tak. Bang Muaz kata dia nak buang je bot tu. Beli lain. Kalau aku dengan Mika cakap mesti abah tak dengar."
Faisal langsung bersetuju. Memang sah Haji Samir lebih sayang Muaz dari anak kandung kembarnya itu.
"Kau tak takut naik bot kan?"
Jaket keselamatan yang dihulur Hakimi disambut perlahan. Muiz geleng kepala.
Tak.. dia lebih takut untuk berjumpa dengan Muaz.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.