ATMA AKASA| 17⚓️

7.5K 418 33
                                    

Bunyi percikkan air dari kawasan belakang rumah menakutkan Malaika. Itu bukan bunyi ombak. Takut- takut dia sarungkan selipar pada kaki. Mata masih melilau mencari kelibat Muaz.

Dah baik demam, tau- tau hilang. Takkan balik naik darat tak ajak aku? Siang- siang pun.. kalau ada hantu air macam mana?

"Bah!"

Tiba- tiba wajah kacak Muaz muncul dengan rambut basah yang jatuh ke dahi.

"Aargh!!"

Terkejut punya pasal, Malaika terus melempang suaminya. Terteleng ke kanan kepala Muaz. Pipi kirinya terasa perit. Berbisa tamparan isterinya.

"A-akasa! Kenapa main sergah. Kan dah kena tampar.."

Kedua tangan Malaika menekup pipi Muaz. Kuat bunyi tamparan dia tadi. Mesti pedih.

"Sakit?"

Muaz sembunyi senyum, angguk kepala. Sengaja nak melihat riak gelisah Malaika. Sekejap saja tubir mata Malaika sudah bergenang air mata.

"Eh tak sakit pun sayang..shh.. jangan nangis. Akasa main- main je.."

Kali ini tangan Muaz pula menekup pipi Malaika. Malaika mencebik. Wajahnya dah hodoh.

"Sorrylah main sergah tadi. Takut ke?"

Mata Muaz meliar pada bulu mata Malaika yang jatuh melekat di pipi. Comel.

"Takut lah. Atma ingat Akasa tinggalkan Atma sorang dekat pulau,"

Ujar Malaika perlahan. Mata Muaz membesar. Serius saja riak dia tenung muka sedih Malaika.

"Jangan fikir lagi macam tu. Akasa tak akan tinggalkan Atma. Kalau Akasa nak tinggal Atma, Akasa bagitau awal- awal."

Tangan Malaika menampar kuat lengan suaminya yang terdedah. Seketika baru Malaika perasan Muaz tak berbaju. Rambut Muaz juga nampak basah dan seksi.

Wow..

"Nak belajar berenang tak?"

Soal Muaz siap jungkit kening. Berkerut dahi Malaika. Riak tak suka dan takut. Jiwa gediknya jadi lembik.

"Dekat laut? Atma tak nak.. takut."

Malaika menggeletis kerana takut. Dah terbayang- bayang kalau Muaz campak dia ke tengah laut untuk berenang.

"Takkan lah nak belajar dekat laut terus..belajar dekat situ jelah."

Mulut Muaz memuncung ke arah kolam renang yang Malaika tak pernah nampak sejak lima hari duduk di pulau Muaz. Dia tercengang. HAH?

"Bila masa ada kolam renang dekat sini?"

Seperti orang bodoh Malaika tanya. Patutlah Muaz tak bagi dia lalu dekat kawasan sini. Takut isterinya jatuh lemas ke?

"Akasa baru buat dua minggu sebelum kita nikah. Untuk Bulan.."

Pucuk hidung Malaika disentuh sekilas bersama senyuman. Malaika kemam bibir.

"Untuk saya?"

Dia tanya untuk kepastian. Suka gila dengar suara garau Muaz sebut Bulan. Hikhikhik..

"Ya. Untuk Bulan belajar berenang. Kimi ada cakap, kakak dia yang cantik tu katanya nak belajar berenang. Tapi malu nak minta adik- adik dengan abah dia ajar."

Malaika kemam mulut. Suara tenang Muaz bikin jantung Malaika gila. Muaz hulur tangan kanan tiba- tiba. Mengajak Malaika masuk dalam kolam.

"Dalam tak??"

Ragu- ragu Malaika usyar ketinggian air kolam. Walaupun sudah jelas airnya tak sampai pinggang Muaz.

"Tak lepas paras bahu Atma kalau penuh. Ini pun takat pinggang je rasanya."

ATMA AKASA [COMPLETE]Where stories live. Discover now