bab 1

61 3 0
                                    


Tapak kaki kedengaran berdentum memenuhi seluruh rumah yang tadinya sunyi.Bunyi loceng gelang tangan bergemerincing dapat didengari dengan jelas.Daun pintu dibuka secara kasar.Kasut tumit tinggi menampakkan seorang wanita yang sederhana tingginya.Rambutnya yang berwarna coklat itu menyerlahkan lagi penampilan wanita ini.

“Ish kenapa boleh lambat ni?
Dahlah ada meeting!”rungut Hanan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Hanan lewat untuk turun ke tempat kerjanya sendiri.Apabila sampai di pejabat Hanan lansung berlari menuju ke bilik meeting.Lansung tidak mengetuk pintu bilik meeting itu, Hanan masuk dengan keadaannya yang kurang kemas.

“Maafkan saya bos,saya lambat.”Hanan masih lagi tercegat di hadapan mereka yang menjalankan meeting.

“Hanan,awak tak pernah lambat
sangat sampai macam hari ni.”Hanan mengeluh perit.

“Sa-saya..” belum sempat Hanan membuat pengakuan semua rakan sekerja termasuk orang atasannya berdiri tegak.

‘dah kenapa pulak semua orang kaku tak bergerak ni? Ada orang yang kaya sangat ke nak datang sini?’

“Terima kasih Encik Emmer sebab sudi datang untuk merasmikan projek baru kami.Jemput duduk.” lemah lembut bos Hanan mempelawa jejaka itu duduk.

“Kenapa awak pelawa saya sedangkan pekerja awak pun belum duduk lagi dekat mana sepatutnya dia ada sekarang?”pedas soalan yang ditujukan oleh jejaka itu.

Bos Hanan memandangnya sekilas.Air liur ditelan kasar.Gugup mendengar apa yang dikatakan oleh jejaka berbadan tegap itu.Hanan tercengang-cengang berdiri di hadapan mereka.Baru  sahaja menamatkan cuti Hanan telah pun diaambut dengan cara sebegini.

“Hanan,duduk dekat tempat awak sekarang!”sedikit meninggi nada suara bos Hanan apabila melihat pekerjanya masih lagi tidak mengikuti arahan yang telah ditetapkan.

Kaki yang melecet itu tidak dihiraukan.Dengan bersusah-payah Hanan kembali ke tempat duduknya.Dirinya masih lagi menahan kesakitan itu seorang diri.Dari riak wajahnya sahaja semua orang pasti tahu bahawa Hanan telah mengalami masalah semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebentar tadi.

”Silalah duduk Encik Emmer.”jejaka itu mengambil tempat duduknya.

Belum sempat lagi Hanan melihat wajahnya salah seorang rakan sekerjanya telah bangun dan menutupi separuh badan jejaka itu menyebabkan Hanan tidak dapat melihat dan mengenal pasti siapakah dia sebenarnya.

“Itu sahaja untuk hari ini.Semua boleh bersurai dan teruskan kerja masing-masing.”Hanan bangun dan meninggalkan bilik meeting.

Aduh,macam mana boleh melecet ni?’

Berkerut dahi Hanan menahan kesakitan.Berkat usaha akhirnya dia berjaya sampai di bilik persalinan.
Cepat-cepat dia buka kasut tumit tingginya itu.Setelah selesai Hanan berjalan keluar dari bilik itu seorang diri membawa kopi yang dibelinya di café berhampiran.Di sebabkan kakinya yang tercedera Hanan memeriksa kakinya dengan kerap menyebabkan dia tidak memandang ke hadapan semasa berjalan.Akibat daripada itu dirinya telah melanggar seseorang.

“Eh,kenapa awak langgar saya?
Takda mata ke?!”bentak Hanan.

Dia telah berjaya mengalihkan tumpuan semua pekerja yang ada di sekitar itu.Riak wajah orang yang dilanggarnya biasa saja.Seakan tiada apa-apa berlaku.

”Habis air coffee saya tumpah
sebab awak!”bertalu-talu dia diherdik Hanan.

Mungkin berasa marah atau tidak berpuas hati akhirnya jejaka itu bersuara.

“Kau yang jalan tak tengok depan aku jugak yang kau salahkan.Kalau aku deh tumpahkan air coffee kau,aku boleh belikan yang baru.Kalau kau? Kau dah kotorkan coat aku.Kau boleh ganti ke?”

Angkuh jejaka itu menjawab Hanan.Mendengar apa yang dikatakan oleh jejaka itu Hanan mengerling kemeja T yang dikenakan olehnya.

‘Mak aih, bapak kaya mamat ni! Kalau aku keluarkan semua duit dalam bank pun tak cukup ni.’

Hanan mula gugup memikirkan kos yang perlu dibayarnya.
























to be continued...

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now