bab 31

11 1 0
                                    




Hari ini sudah genap seminggu Hanan dan Emeer berbulan madu di Los Angeles.Kedua-duanya seronok meluang masa bersama.

Malam berlalu dengan cepat.Hanan bangun dari katil dan tangannya lansung membuka langsir di hadapannya.Lupa pula Emeer masih nyenyak tidur di atas katil itu.Jelas bebola mata Emeer sedikit bergerak kerana merasakan ada caahya menembusi matanya.Badan diregangkan sedikit.

“Sayang?...”panggilnya dalam keadaan mamai.

Hanan datang mendekati suaminya.Emeer masih lagi mencari kelibat Hanan dengan mata yang tertutup.Secara lembut Hanan menggapai tangan itu.Diusapnya manja sebelum diciumnya manja.

“Hai encik suami,good morning.”tegurnya lembut.

“Abang pergi mandi.We're going home today.”kepala si suami diusap lembut.

Dengan perasaan malas Emeer bangun dan menggapai tuala berdekatan dengannya.Tidak lama kemudian shower mula berbunyi menandakan jejaka itu sudah pun membersihkan diri.

Tidak mahu membazirkan masa yang ada Hanan mengemas barang mereka berdua.Semua barang kini disusun dan disimpan kemas di dalam begasi di hadapannya.Kalau diikutkan dia dan suaminya tidak ingin pulang tetapi tiba-tiba pula mertuanya memanggil mereka untuk pulang ke rumah Emeer.

Tiada angin tiada ribut Puan Alya turut pulang ke Malaysia dua hari lalu.Bayangkan kenapa wanita itu sanggup pulang sedangkan dia jauh berada di Sabah? Pasti ada hal mustahak bukan? Tidak menolak malah menasihati Emeer untuk terus pulang.
Hanan merasakan lebih baik mereka bertindak cepat sebelum apa-apa terjadi bukan?

“Hey,termenung apa tu Puan Hanan Radwa?”

Terkejut Hanan dibuatnya.Dia mengusap dadanya sendiri berkali-kali.Nasib baiklah Emeer menegurnya lembut saja.Kalau Emeer menerjah dia maunya pengsan dia tadi.

“Ish! Apa abang ni! Terkejut kita dibuatnya.”

“Eh,dia yang terkejut beruk kira yang dimarahnya.Awak tu.Termenung aje memanjang.Tak sudi nak balik ke?Tadi bukan main paksa saya.”sindir Emeer.

Jauh di sudut hatinya Emeer masih mahu meluangkan masanya bersama Hanan di sini.Suasana tenang.Lagi senang dia nak manja-manja.Namun,lain pula yang datang menyambut.Rosak segala rancangan jejaka itu.

“Sayang bukan apa.Mana lah tahu ada hal penting ke kat sana.We should go home.Tiga hari dah kuta honeymoon kat sini.Am I right?”jawapannya diakhiri dengan soalan.

“Okay beauty abang.”nampak sangat Emeer pasrah dengan celoteh isterinya.Mengalahkan cikgu disiplin.Sentap pun ada rasanya.



*******



“Assalamualaikum! Ummi! Hanan dengan Abang Emeer dah balik dah ni! Bukaklah pintu!”laung Hanan lantang.

Daun pintu terbuka.Hanan mengundur diri setapak apabila dia melihat sosok tubuh yang ada di depannya sekarang.Seorang wanita yang boleh tahan berusia dengan makeup tebal di wajahnya mengalahkan dia yang masih muda.

salah masuk rumah ke apa ni?’bisik hati Hanan.

“Waailaikumsalam.”dingin saja dia menjawab.

Matanya memandang tajam wajah Hanan.Lagi-lagi jejaka di sebelah wanita bertubuh kecil itu.Terkaku Hanan dibuatnya.Belum pernah dia melihat pandangan seperti itu.

“Eh,Hanan,Emeer.Dah balik rupanya anak dengan menantu ummi.Meh masuk meh.”celah Puan Alya dari belakang.

Dengan rasa kekok Hanan melangkah masuk ke dalam rumah ibu mertuanya disusuli dengan Emeer.Puan Alya meletakkan dulang diatas meja.Dia atas dulang itu ada empat cawan.Sah wanita itu salah seorang yang bakal berbincang dengan mereka.

Mereka berdua dan Puan Alya sudah lama duduk di sofa manakala wanita itu baru melabuhkan punggungnya di sofa itu.Dia duduk bersebelahan dengan Puan Alya.
























to be continued......

Siapa pulak yang tiba-tiba datang ni agaknya?

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now