bab 15

20 2 0
                                    



Sesudah pergi Emeer terus duduk di hadapan Hanan.Dia cuba untuk memasang riak muka biasa.

“Hmm..Seronok kau layan perempuan tu.”Emeer mengangkat sebelah keningnya.

dia nampak ke tadi?’soalan itu muncul di gikiran Emeer.

“Mana ada aku layan perempuan.Ada ke jantan nak layan perempuan secara public macam ni?”terus Emeer tukar topik.

“Kau ingat aku ni buta tak nampak kau sweet-sweet dengan bentina tu?”sudah gelaran perempuan kini bentina pula gelaran yang Hanan beri.

“Kalau kau nampak pun kenapa? Cemburu?”Hanan tertawa hambar.

“Kau nak syarikat kau gulung tikar bila orang tahu kau curang dengan isteri kau?"ugut Hanan terang terangan.

“Suka-suka hati je nak suruh aku rugi.Kalau cemburu bagitahu.Manalah tahu dah ‘tersuka’ke apa.”Emeer senyum sinis.

Tiada reaksi dari Hanan.Hanya diam.Tak mahu timbulkan sebarang kecurigaan.



*******



Hanan membersihkan makeupnya di hadapan meja solek.Semua jenis makeup yang ada di wajah ditanggalkan kecuali lipstick masih tetap menghiasi bibir.Rambut yang panjang lansung diikat menggunakan hairclip yang ada di atas meja.

Dia memikirkan apa yang boleh dilakukan di dalam hotel.Novel yang baru dibelinya dua minggu lepas menjadi pilihan untuk dibaca.Disebabkan dia sejenis yang cepat membaca halaman buku itu tinggal beberapa helai sahaja yang tinggal.

“Kan best kalau ada suami yang memahami,
beri kasih sayang yang yang sempurna macam dalam novel ni.”Hanan berbicara sendiri.

Pintu bilik hotel terbuka.Memaparkan Emeer yang baru sahaja balik selepas berjumpa dengan sahabat baiknya Danish.Emeer terlihat begitu penat.Coat yang dikenakan di badan dibuka.Begitu juga dengan T-shirtnya memperlihatkan segala ototnya termasuk otot perutnya semasa tidak menggunakan pakaian.

“Ya Allah!”terlopong Hanan melihat kejadian itu.Secara kalut dia tutup wajahnya menggunakan buku cerita yang dipegangnya sebentar tadi.Mengelak diri dari melihat kejadian itu.

Oh gosh!”jeritan Hanan turut mengejutkan Emeer.
Bengis muka Emeer menahan kemarahannya.

“Eh,sial kau dah kenapa?!”maki Emeer.Tuhan aje tahu betapa terkejutnya dia waktu itu.

“Kau dah kenapa bukak
baju depan aku?!”marah Hanan lagi.

“Dah aku panas,aku bukaklah baju.Kau tu kenapa tak bagitahu yang kau ada kat dalam bilik ni.”rungut Emeer

Mereka masing-masing tidak puas hati.Asyik nak berdebat walaupun berkenaan tentang hal kecil.Tak serasi lah katakan.Nak cakap apa pun tak boleh.Pasrah je lah.



********



“Kau tolong aku boleh?”tiba-tiba sahaja Hanan besuara.

Emeer? Tidak berpaling mahupun memberi jawapan.

“Aku tanya ni Emeer Afzzan.”Hanan menggoncang bahu Emeer.

“Kau nak apa lagi ni?”pasrah Emeer dibuatnya.

Kau ada ubat sakit kepala tak?
Aku rasa mual lah.”ujar Hanan perlahan.

Emeer meletakkan telefon milinya ke tepi.Matanya dan isteri bertembung.Dia kemudiannya bangun mencari ubat di dalam sebuah beg yang dihaskan untuk menyimpan ubat jika ingin outstation.Belum sempat lagi Emeer menyerahkan ubat kepada Hanan,dia sudah meluru ke bilik air.

Hanan diseksa kerana mual.Muntah juga tidak henti-henti.Apabila dia cuba untuk bangun kakinya terasa lemah.Mahu meminta tolong tetapi dia masih ingat bahawa dia mengunci pintu.Emeer tidak dapat membantunya.

Emeer..”panggil Hanan lemah.

Dia tidak pasti sama ada suaminya mendengar atau tidak namun dia berusaha menguatkan suaranya.Suaranya kecil tapi cukup untuk didengar Emeer.Mendengar nama dipanggil Emeer terus mencari kunci bilik air yang diberikan pihak hotel.Daun pintu dibuka kasar.Hanan lemah longlai.Dia hampir saja tidak dapat melihat wajah suaminya itu.






















to be continued......

Bini dah jealous tu Abang Emeer oiii

Doakan Hanan okay lah ye?











HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now