bab 9

24 2 0
                                    




Keadaaan Hanan makin baik.Cempaka pula tetap sibuk meneliti bilik Hanan.

“Cantik bilik kau.”dia kembali duduk di sebelah sahabatnya.

“Kau nak tidur dengan aku malam ni?”tanya Hanan.

“Kat mana?”keliru si Cempaka mendengarnya.

“Sini lah.Aku boring.Nak borak-borak dengan kau.”senyum Cempaka lebar sampai ke telinga.

“Weh,hebat kau kan boleh khawin dengan Emeer tu.Dah lah kaya,baik,popular pulak tu.”getus gadis berambut kerinting itu.

Apalah nasib aku.Dahlah kena khawin paksa.Baru je hari pertama,aku dah terhutang budi dengan dia.Belum lagi isu coat yang lepas.Sekarang ni kena berlakon pulak.

“Untung kau kan.Kau demam je.Dia dah risau sangat pasal kau.Aku datang tengok,kau okay je.”

“Tu kata kau.Tadi sebut nama kau pun tak boleh tahu tak.”Hanan menggelengkan kepala.



********



“Woiiii,apa kau ni.Mana adil!”kedua-duanya syok bermain game di dalam talian.

“Kau yang lembik apa?”sindir Cempaka.

“Dahlah,aku nak tidur.Malas nak layan kau.”merajuk Hanan dibuatnya.

“Baiklah Hanan Radwa.”



*********



Mereka akhirnya lena tidur menanti hari yang menjelang esok.Emeer pula menguruskan kerjanya hingga larut malam.Dia berjaya menyiapkan tugasnya pada pukul tiga pagi dan terus masuk bilik untuk berehat dan tidur.

Beginilah kehidupan pasangan suami isteri bagi mereka.Perkhawinan ini diikat dan hanya terletak nilanya pada sehelai kertas sahaja.Mereka masing-masing menguruskan hal dan rutin sendiri.Tidak ada istilah ‘honeymoon’atau kasih sayang antara mereka.Kalau ada pun mungkin secara lakonan sahaja.



********



“Bye Hanan,aku balik dulu,assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam”

Hanan melambai ke arah Cempaka berkali-kali sebelum masuk ke dalam rumahnya kembali.Matanya melirik ke arah Emeer yang berehat di ruang tamu.

“Aku mintak maaflah sebab susahkan kau semalam.”Hanan memulakan perbualan.

“Kau yang acah-acah sakit kan.”jawab Emeer.

“Kau ada sentuh aku?”soalan yang agak pelik tetapi dia ingin bertanyakan tentang hal itu juga.

“Yes,aku sentuh kau.Any problem?”sengaja Emeer menaikkan kemarahan Hanan yang ada di depannya.

“Siapa ajar kau untuk sentuh aku? Siapa kau nak sentuh aku?”nada bicaranya meningkat.

“Aku suami kau.Suami kau yang sah dan berdaftar.”sambung Emeer lagi.

Hanan terdiam.Kenapa dia perlu terima pernikahan ni dulu? Kenapa dia perlu khawin dengan orang yang dia tak cinta dan baru kenal? Baru sekarang dia menyedarinya.

‘bodoh lah kau ni Hanan’dia memaki diri.

“Kenapa kau tercegat kat situ? Dah jadi batu?”Emeer mengerling Hanan.

Hanan baru sahaja ingin berbalah dengan suaminya.Bagaikan menyebelahi Emeer Puan Rania menelefon anak kesayangannya.

“Assalamualaikum,ma.”lembut suara Hanan.

“Waalaikumsalam.Mama baru balik.Nak jumpa boleh.Terus jumpa dengan mama Emeer sekali.Kami tunggu dekat rumah mama.”wanita itu menelan liur.

“Weh,mak kita ajak jumpa.”hampir tersembur air yang diteguk Emeer apabila menangkap apa yang diberitahu isterinya.

Bukan diorang kata lama ke nak stay sana? Kenapa nak balik pulak?”soal Emeer sedikit terkejut.

“Mana lah aku tahu.Jom lah.”terus Hanan gapai beg yang ada di meja ruang tamu.

“Tak okay ni.Something wrong.”mata mereka bertembung.

Kereta yang dipandu Emeer dipecut laju.Manalah tahu ada emergency.Wanita disebelahnya pula memikirkan sesuatu yang diluar kotak.Berbagai persoalan timbul.

jangan-jangan kitorang kantoi’

“Hmm...”dia mengeluh perlahan.

“Kenapa pulak ni?”makin berdegup laju jantung Emeer mendengar keluhan isterinya sendiri.

“Kau tak rasa ke kita dah kantoi?”sekian lama dipendam.Soalan itu muncul jua.





















to be continued...





Puan Rania dengan Puan Alya tiba-tiba balik you all....

Dup dap dup dap dah hati Emeer dengan Hanan tu.



HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now