bab 27

18 2 0
                                    




“Ish abang ni.Semua panggilan nama abang nak guna.Beauty,baby girl,sayang.Satu je kan cukup.”Hanan mengadu manja.

“Baguslah abang panggil sayang lain-lain nama.Tak lah boring.Semua ciri-ciri tu ada dekat sayang.”

“Sayang adalah isteri abang yang sah.”

“Beauty melambangkan betapa cantiknya isteri abang yang ada depan mata abang sekarang ni.”

“Baby girl tu sebab sayang kan ada pipi gebu, sesuai lah untuk sayang.”sambung Emeer.

“Eeee,abang!”cemberut muka Hanan.

Ada ke patut Emeer complain pasal pipi dia.Hanan sudah bercekak pinggang.Tunggu saja bila dia nak jadi singa dalam rumah ni.

“Sayang,abang gurau je.Jangan marah.Tak elok marah depan rezeki.”jawab Emeer acah pandai.

Hanan menjulingkan matanya ke atas.Nasib baik sayang.Kalau tak mahunya telinga Emeer tu dia tarik.Buat sakit hati ada lah,bukannya nak hiburkan dia.

Abang ni! Merajuk baru tahu.Hmph!”Hanan menghentak-hentak kakinya berkali-kali.

Terhambur gelak Emeer.Ingatkan nak menyakat saja.Tak sangka Hanan terasa pula.Sungguh di luar jangkaan.

“Mana ada pipi sayang gebu.Tapi kalau gebu tu lagi okay.Kan comel.Abang suka.”jelas Emeer berbaur  usikkan.

Secara refleks Emeer bangkit dari tempat duduknya.Tubuh sasa itu mencari mencari sesuatu dalam peti sejuk.Beberapa bahan dikeluarkan dan diletakkan di dalam sinki.

“Abang buat apa ni?”Hanan menoleh ke arah suaminya yang masih fokus mencuci bahan yang diambil sebentar tadi.

“Tak elok makan makanan segera hari-hari.Biar abang masak untuk isteri abang.”Hanan mati kata.

Biar betul Emeer nak masak untuk dia.Sudah lah baru balik bekerja.Hanan menepuk dahi melihat sikap Emeer.

Abang,tak perlu susah-susah nak masakkan untuk sayang.Makan mi segera lagi cepat.”mata mereka bertembung.

“Biarlah abang masak untuk baby girl abang.Salah ke seorang suami nak masak untuk isteri?”kedengaran bunyi bawang dipotong dan daging ayam dicincang halus.

Kalau macam tu biar sayang to-..”

Diri Hanan yang ingin berdiri dihalang oleh Emeer.Bahu wanita itu dipegang dan diturunkan lembut.Terduduk semula Hanan akibat tindakan mengejut itu.

“You don't even let me help you.”ujar Hanan sejurus selepas memandang suaminya.

“Bukannya susah pun masak.Sayang sepatutnya bersyukur boleh tengok,tenung abang masak macam ni.Bukan semua orang tahu abang pandai masak.”penuh angkuh Emeer berbicara.

“Kenapa sayang boleh je tengok abang masak? Nanti kalau sayang nak tengok lelaki handsome masak abang tak kasi.”jawab Hanan dengan nada kecewa.

“Sebab Hanan Radwa milik Encik Emeer.
Faham?”Emeer merenung mata biru milik isterinya.

Cantik dan indah.Itu yang boleh digambarkan dari warna mata yang telah dikurniakan sejak lahir itu.

“ I love your blue eyes.”bisik Emeer di telinga isterinya.

Sedar tak sedar hidangan tadi telah pun siap.Aroma nasi goreng seafood itu menyengat hidung Hanan.Sangat wangi.

“Cantik sangat ke mata warna biru? I love your eyes more.Hazel eyes.”puji Hanan pula.

“Mata warna biru tu limited edition.Macam tu jugaklah betapa limitednya isteri abang ni di mata abang.”dagu Hanan dicuit manja.

Hanan geleng kepala.Suaminya memang bermulut manis.Ada saja jawapannya jika ditanya.Orang label dia kamus tak suka pula.Matanya kini tertumpu pada nasi goreng itu.Tengah lapar memang semua makanan nampak sedap.

Perlahan-lahan pinggan kaca itu ditarik ke arahnya.Sesudu nasi goreng dikauk dan sudah sedia untuk memasuki mulut.Hanan membuka mulutnya.Sedia untuk melahap nasi goreng itu sehingga habis.

“Baca doa dulu.”ibaratkan dua inchi lagi sudu itu akan memasuki mulutnya.Dia hampir lupa membaca doa.Sengih terbit di wajah Hanan.Dia membaca doa sebelum mula menikmati hidangan tersedia.

Bahagia mula terasa di dalam kehidupan Hanan.Siapa sangka pasangan yang dijodohkan ini mampu mengecapi bahagia seperti pasangan lain?

Semua pasangan inginkan bahagia.Rumah tangga merupakan sebuah bahtera yang dibina bagi membentuk sikap tanggungjawab dan kasih sayang dalam diri seorang insan.

Hanan berharap kebahagiaan ini akan kekal dari sekarang hingga mereka tua nanti.


























to be continued....

Note: Emeer Afzzan suka perempuan pipi tembam mata warna biru🤭










HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now