bab 36

11 1 0
                                    




Terlopong mulut Emeer apabila melirik ke arah jam tangannya.Sudah pukul 12:00 malam.Darwiah juga kelihatan terkejut.Keduanya tidak menyangka.Cepat masa berlalu.

“Jom lah balik.”ajak Darwish.

Mereka bangun dan mula meninggalkan kedai mamak.Siapa suruh loyar buruk kan dah lewat balik.

Kau ada nak pergi mana-mana?”

“Takda.Balik je terus.”

Banyak juga perkara yang dilakukan sebelum ke kedai mamak tadi.Mungkin sebab tu lewat balik kot.Dengan pergi pejabat pos lagi.

Emeer melangkah laju melimpasi semua kedai yang ada di sebelah kanannya.Begitu juga Darwish.Dah malam dah takkan tak nak balik.Langkah Emeer terhenti apabila dia melihat satu figura yang amat dikenalinya.Darwish turut berhenti.Terlanggar kang lain pula jadinya.

“Asal kau stop without warning ni?”tanya Darwish acuh tak acuh.Terkejut lah pulak dia.

Kata-kata Darwish tidak diendahkan.Dia melangkah ke hadapan.Cuba untuk mendekati figura itu.Alangkah terkejutnya dia apabila seorang jejaka menarik figura itu seraya menyeretnya dengan kasar.

Woi!!!”

Tak teragak-agak Emeer menyergak jejaka itu.Terus dia memecut laju mengejar jejaka yang berpakaian hitam itu.Ditinggalkan Darwish yang ada di belakangnya.Namun,refleks Darwish cepat dia turut mengejar jejaka itu dari arah yang berlainan.

Berbekalkan jalan yang gelap Emeer dan Darwish tidak berputus asa untuk mengejar jejaka itu.Pada ketika itu jejaka itu kalut kerana dia telah berada tepat di jalan yang mempunyai dua simpang.Mahu saja dia melarikan diri.Malangnya dia berjaya dikepung oleh dua jejaka lain yang lebih sasa badannya dari dia yang hanya menyerupai sebatang lidi.Dia juga keseorangan.

“Kau lepaskan perempuan tu!”jerkah Emeer seraya tangannya menunding ke arah gadis itu.

Gadis itu lansung tidak bersuara.Mungkin pengsan kerana dipukul tadi.Darwish memandang Emeer sekilas.Dia tidak tahu apa yang berlaku sekarang.Dirinya cuma mengikut langkah sahabatnya itu.

“Kau siapa nak sibuk urusan aku?!”nada bicara jejaka itu berubah tinggi.

“Berapa kau nak? Aku bagi dengan syarat kau lepaskan perempuan tu.”Emeer cuba untuk memperbetulkan keadaan.

“Buat apa kau nak sibuk? Dia bukan bini engkau lah.Lagi pun dia dah tak suci kata orang.”

Jejaka itu mengubah riak wajahnya dari takut ke gembira.Dia ketawa terbahak-bahak sebelum menghempas gadis itu sehingga jatuh ke lantai.Dia kemudiannya lari meninggalkan Emeer,Darwish dan gadis itu selepas mendapat duit dari Emeer.

Kalau ikutkan hati Darwish mahu saja dia melaporkan kepada pihak polis tetapi wajah jejaka itu tidak kelihatan kerana ditutupi mask dan memakai hoodie berwarna hitam.Pandangan dia dan Emeer beralih kepada gadis yang terkulai lemah di atas lantai simen.

“Apa kita nak buat dengan perempuan ni bro?”

“Kita bawa dia pergi hospital.”

“Kau gila ke? Macam mana kalau diorang report polis? Kita kena fikir cara lain.”

“Tak ada cara lain melainkan kau izinkan dia tumpang rumah kau yang tak ada orang tu.”

Mereka berdua lansung bergegas menuju ke rumah Darwish yang berdekatan dengan pejabat mereka.Dengan rasa kelam-kabut Emeer memandu seraya Darwish masih meneliti wajah gadis itu.

Sejujurnya dia seakan pernah melihat seseorang yang serupa dengan gadis itu namun dia gagal mengecamnya.Dia berniat untuk bertanya kepada Emeer namun dirinya hanya berdiam saja memandangkan ini bukan masa yang sesuai.

“Kejap lagi kita sampai.”terang Emeer apabila dia perasan Darwish mula gugup.Darwish hanya mengangguk perlahan.Tidak tahu mahu berbuat apa ketika berdepan situasi begini.






















to be continued......

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now