bab 16

20 2 0
                                    



Emeer merangkul Hanan ke dalam pelukannya.Dia tahu Hanan tidak sihat.Wajah isterinya juga sudah pucat.Matanya melirik ke arah mangkuk tandas.Hanan muntah darah! Makin panik Emeer dibuatnya.

“Hanan,janganlah buat aku macam ni.”

Tubuh kecil itu dicempung.Emeer terus memandu ke hospital.Pedal minyak ditekan kuat.Selang setiap minit dia akan memerhatikan isterinya yang mula lemah disisi.Tangan lembut itu digenggam erat.

“Kau sabar kejap.Dah nak sampai dah ni.”Emeer meletakkan keretanya di ruang kecemasan.

“Nurse,tolong saya.”secara automatik Hanan dibawa ke ruang bilik kecemasan.



********



Sudah dua jam Emeer menunggu masih tiada maklum balas.Hatinya sudah kucar-kacir.Dirinya juga tidak keruan memikirkan isterinya.

Emeer kemudiannya dihampiri oleh seorang doktor.Doktor yang berada di hadapannya masih mencatat beberapa maklumat penting.

“Boleh saya jumpa dengan penjaga Hanan Radwa binti Muhammad?”tanya doktor itu.

“Saya..Saya penjaga Hanan Radwa.”Emeer menunjukkan dirinya.

Encik ni siapa ya?”soal doktor itu lagi.

Saya suami Hanan.”laju Emeer menjawab.Soalan itu lebih mudah berbanding hati yang tidak tenang.

“Isteri encik sudah dalam keadaaan yang stabil.Dia mungkin muntah darah sebab itu satu kesan dari pengambilan ubat alergic dia.Secara keseluruhan itu adalah normal.”Emeer angguk faham.

“Boleh saya jumpa isteri saya?”penuh beradab jejaka itu bertanya.

“Boleh,tapi jangan buat dia tertekan sangat.Lagi dia tenang lagi cepat dia boleh keluar.”jelas doktor itu secara terperinci.

“Terima kasih doktor.”

Sama-sama.”doktor itu berlalu pergi.



********



Perlahan-lahan jejaka itu menapak masuk ke dalam bilik yang sunyi.Risau isteri terbangun dari lena jika terdengar bunyi tapak kakinya.

Emeer duduk di sebelah katil Hanan.Menanti wanita itu bangun dari dunia mimpinya.Wajah Hanan masih lagi sedikit pucat.Terlalu banyak wayar yang ada ditangan Hanan membuatkan Emeer buntu.Dapat dia bayangkan betapa sakitnya Hanan ketika ini.

Tangan Hanan dipegang dan diusap berhati-hati.Terasa sejuk tangan wanita yang bertubuh kecil itu.Dia juga tidak sedarkan diri.

Berdosa ke aku layan isteri aku macam ni Ya Allah?
Dia tak salah.Dia tak sepatutnya jadi isteri aku.Aku tidak mencintainya.Kenapa dia harus berkorban demi perkahwinan ini?’

Jatuh air mata jantan Emeer bila mengenangkan kesilapan yang dilakukannya.Meski tidak berat namun dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.Dia tetap membiarkan isterinya berdikari.Bahkan dia juga tidak memberi sebarang nafkah kepada isterinya.

Wajah diraup perlahan.Sesungguhnya dia hanya manusia biasa dan tetap memerlukan sokongan dari orang yang di sekelilingnya.

Emeer bangun dan bergerak keluar dari hospital.Kepalanya kusut.Tidak tentu arah.Kereta dipandu tetapi tiada hala tuju.Hanya cuba untuk menenangkan fikiran.

Bagaikan tahu sahabatnya menjalanu situasi yang sukar Darwish menelefon Emeer.

“Kau kat mana bro?”santai Darwish menelefon.

“Aku tengah keluar kejap.Tenangkan fikiran.”berkerut dahi Darwish apabila Emeer menjawab panggilannya.

“Kau okay tak ni? Jarang aku dengar kau nangis.”terus-terang Darwish kali ni.

“Macam mana kau tahu?”soal Emeer hairan.

Aku kenal kau bukannya sehari dua bro.”Emeer mrngeluh.

“Kau free tak? Kita jumpa.Tempat biasa.”pinta jejaka itu.

“Kejap lagi aku sampai.”akhirnya panggilan telefon dimatikan.























to be continued.......

Bini Abang Hensem kita masih hospital lah...
Auch:-)



HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now