bab 30

14 2 0
                                    





“Dah tidur ye baby girl abang ni?”kepala Hanan dielus lembut.

Tiada sahutan dari wanita itu.Lena sangat walaupun tengah hari. Kedua tangan Hanan diraih perlahan dan diletakkan di atas bahu Emeer.Mereka dalam posisi setengah berpeluk sekarang.Badan Hanan separa duduk di atas katil namun dia tidak menyedarinya.

Badan kecil itu dicempung dan dipangku lembut oleh Emeer.Macam pegang baby pun ada.Sesekali dahi isterinya dikucup.Bahu Hanan ditepuk lembut apabila menyedari dia mula kurang selesa dengan posisi itu.Lama kelamaan Hanan tertidur semula hasil dari usaha Emeer mendodoikannya seolah wanita itu masih kecil.

Jejaka itu baru saja ingin berehat namun lain pula yang dilakukannya.Dia lebih kasihan akan Hanan.
Bak kata orang ladies first.Wajah Hanan ditatap lama.Memang tak dapat dinafikan seorang wanita yang bernama Hanan Radwa adalah seorang wanita yang sangat cantik.Dengan kulit yang putih,bermata biru,siap ada bulu mata melentik lagi tu.Original lagi.

Kalau ada urusan kerja maunya orang ingat dia ni single.Fuh.Habis Emeer.Jejaka itu senyum sendiri.Fikirannya mula memikirkan macam-macam hal.Dia terfikir juga,apa akan jadi kalau dia tolak cinta Hanan masa dia dijodohkan dulu.Apa lagi? Terlepas awek cantik lah namanya.Tak ke menyesal.

Dia melirik ke arah jam diding di hadapannya.Sudah pukul dua petang.Yang teruknya dia belum membersihkan diri lagi! Perlahan-lahan dia membaringkan Hanan di atas katil seraya menggapai tuala mandi.Bukan tuala mandi dia tapi tuala mandi Hanan.

Punya lah lama dia selongkar semua barang cari tuala dia sendiri tak jumpa juga.Apa boleh buat? Dia nekad.Tuala isteri lansung digapai.Biasa lah perempuan tuala pun simpan kukuh sangat macam simpan berlian.

Emeer berjalan ke bilik air.Shower yang ada di hadapannya dipasang.Kini bunyi pancuran air itu menembusi seluruh ruang bilik tidur mereka.Percaya atau tidak,tidur Hanan tidak terganggu sama sekali.



********



Hanan menggeliat.Saja nak regangkan badan lepas lena tidur.Matanya dicelik sedikit namun masih sepet kerana masih mamai.Tubuh sasa di hadapannya mula kelihatan.Jelas,itu adalah suaminya,Emeer.

“Allahuakbar abang!”terbeliak mata Hanan.

Cepat-cepat dia tutup muka menggunakan selimut.Mana taknya.Laki tengah tak pakai baju kot.Bahagian bawah saja yang tertutup.Apa lagi? Menyorok lah! Kalau ikutkan hati dia nak je dia lari.Tapi tak logik pula kan? Hal kecil je buat apa nak lari bagai?

“What's wrong?”

Emeer menoleh.Terjongket keningnya memandang si isteri.Menanti jawapan dari tubuh kecil itu.Lama dia menanti tetap tak bersahut.Tubuhnya kembali menghadap cermin di hadapannya.T-shirt disarungkan ke badan sebelum perfume miliknya disembur dua kali di bahagian belakang dan dada bajunya.

Emeer sengih memandang cermin.Dia menarik nafas dalam.Dia lepas tawa kecil.Berpuas hati dengan haruman minyak wangi kesukaannya.Rambut hitam pekat miliknya dikuak ke belakang sebelum berpaling ke arah Hanan.

“Best tidur?”

“Tell me abang,siapa je tak enjoy tidur dalam hujan macam ni.Dah lah sejuk.”Hanan memandang luar tingkap biliknya atau lebih tepat bilik mereka berdua.

Hari hujan sebaik saja mereka sampai di destinasi mana tak mengantuk dibuatnya.Hanan bangun dari katil dan berjalan menuju ke meja soleknya.Mahu mencuci makeup sebelum mandi.

“Memang lah best tidur.Kena dodoi kan.”celah Emeer tiba-tiba.

Hanan berfikir sejenak.Apa maksud Emeer? Kena dodoi? Dia tak faham.

“Maksud abang?”tanya Hanan pula.

“Abang tidurkan sayang dalam pangkuan abang.”

Memerah muka Hanan.
Serius lah Emeer buat macam tu? Membahang dia dibuatnya.Dari tadi dia tak berhenti senyum.Boleh dia bayangkan apa yang dimaksudkan oleh Emeer.

























to be continued......

Best lah Hanan masa tidur ada orang dodoikan....




HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now