bab 37

15 1 0
                                    




Abang,abang pergi mana tak balik semalam?”tanya Hanan.Jelas di riak wajahnya dia risau.

“Abang tidur rumah Darwish.Sorry tak bagi tahu sayang.Phone tinggal atas meja office.”Hanan mengeluh.

Kerisauannya mula hilang.Nasib baiklah tiada apa berlaku.Dia mengukir senyuman.Rindu sangat dengan Emeer walau satu malam tak jumpa.

“Abang dengan Darwish terjumpa dengan Cempaka masa lepak semalam.”terang Emeer pula.

“Cempaka?”tanya Hanan tak percaya.

Emeer mengangguk.Dia binggung.Dia tidak tahu sama ada dia patut merahsiakan hal itu atau tidak.

Ada masa nanti abang jelaskan.”jawab Emeer.

Hanan hanya mengangguk saja.Dia juga mahu tahu tentang Cempaka namun fikirnya nanti saja.Biarlah dia lepas rindu dengan suami dulu.



******



Hanan yang baru lepas membersihkan diri dan menyalin pakaian berjalan mendekati katil tanpa perasan ada sepasang mata hazel sedang memandangnya.

“Kenapa abang pandang sayang macam tu?”

Terus dia bertanya sejurus matanya bertembung dengan Emeer.Lain macam saja tenungan itu.Dia meneguk liurnya seraya Emeer juga melakukan hal yang sama.Halkum jejaka itu kelihatan bergerak selepas matanya memandang Hanan.

“You look extra beautiful tonight baby girl.”

Hanan tersengih kecil.Ada saja tingkah Emeer yang membuatkan dia geli hati.Macam lah dia tidak tahu apa hasrat suaminya itu.Dia memandang jejaka itu sekilas.Pecah juga tawa Hanan apabila dia melirik ke arah dada bidang milik suaminya.Penampakan roti pada tubuhnya amat jelas meski ditutup dengan selimut.

“Abang jangan macam-macam.I'm tired.
What about next time?”

Emeer memuncungkan bibirnya.Hati sudah membuak-buat dan romantik tiba-tiba saja kena reject.Bukan selalu dia main goda-goda.Biasalah green flag.Dah alang-alang mood red flag tu datang sekali sekala nak lah cuba nasib tapi tak menyebelahi.

“Ala beauty..Please? Atleast night kiss? That's better.Dari tak ada right?”rengek Emeer.

mengalahkan perempuan
mengidam pun ada’Hanan mengeleng kepalanya beberapa kali.

Muah!”

Bunyi kucupan kedengaran.Emeer mengukir senyuman sampai ke telinga.Puas hati dengan respon isterinya.Mata berwarna biru itu ditatap sesaat.

I want more kiss.”pintanya pula.

“Abang! Jangan naughty sangat malam-malam macam ni boleh tak?”sakit hati Hanan dibuatnya.

“Ala yangggg !! Please !!”tetap tak mahu mengalah Emeer masih lagi menuntut haknya untuk mendapatkan ciuman dari si isteri.

Muah!”jejaka itu dicium sekali lagi dan kali ini sasarannya di mulut!

“Dah sleep.Goodnight abang.”ujar Hanan lalu membaringkan suaminya.Bahu si suami ditepuk beberapa kali.

Emeer tidak berhenti senyum.Sesungguhnya sekarang dia merasa bahagia dengan isterinya.Memang betullah kata mamanya bahawa Hanan adalah jodoh yang tepat untuknya.



*******



♪“Air pasang pagi surut pukul lima”♪

♪“Nona bangun pagi siram pokok bunga,”♪

Hanan menyanyi dengan suara yang ceria sambil menyiram pokok bunga yang ditanam di hadapan rumahnya.Nak sarapan awal lagi jadi dia siram semua pokok yang ada depan rumah.

“Amboi nyanyi sakan nampak?”tegur Emeer.

“Eh,awalnya abang bangun.Tahu lah hari ni cuti.”sindir Hanan.Jarang Emeer bangun terlalu awal.

“Salah ke bangun awal? Now I want my morning kiss from my sweetest wife.”

Hanan mengangkat keningnya.Mata biru cair itu memandang Emeer dari atas ke bawah.Boleh pula dia minta morning kiss dekat luar rumah ni? Maunya kena hempuk kuali jiran sebelah baru tahu.Hanan kemudiannya menepuk dahi sendiri apabila sedar bahawa Emeer hanya mengenakan seluar slack sahaja di sebelahnya.

‘memang nak kahwin satu lagi ke apa ni?’bisik Hanan dalam hati.





















to be continued.....


Ada yang blushing ke tu?

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now