bab 26

17 2 0
                                    


Hanan melayan tv dari pagi hingga ke tengah hari.Bukan malas tetapi tiada kerja nak buat.Nak ajak Cempaka lepak tak ada pula.
Wanita itu melirik ke arah jam dinding.Sudah pukul tiga petang.Memang tak mustahil lah dia laar sekarang kan?

Dia atur langkah ke bilik.Masuk sahaja dia terus mencari anak tudung.Hari ini dia memakai tudung shawl yang simple sahaja.Sekadar nak pergi kedai runcit,tak perlulah bergaya sangat fikirnya.

Sebaik saja kaki menapak ke luar rumah pagar rumah dikunci rapat dan kunci kereta Mercedes itu ditekan.
Sekali pandang macam orang ‘single’pun ada Hanan Radwa ni.Fuh.

Enjin dihidupkan sebaik sahaja dimasuk kedalam perut kereta.Sudah sedia untuk meneruskan perjalanan.Otaknya ligat memikirkan ke mana dia harus pergi.

“Pergi 7 Eleven aje lah.”ngomel Hanan sendiri.

Kereta dipecut laju sehinggalah sampai di destinasi.
Akhirnya kereta Mercedes miliknya dipakirkan tepat di hadapan kedai itu.Sunyi.Tak ada banyak orang.Selalunya ramai remaja datang sini beli makanan tak pun pasangan kekasih sejati.

Hanan tetap teguh dengan pendiriannya.Mi cup,cheese mini,air soda dan keropok diambil.

belum makan dan terliur.’wanita itu pasrah dengan diri sendiri.

Kalau bab makanan tak payah tegur.Semua dia rembat.Siapa je tak nak makanan sedap betul tak?

“Bayar ye.”

“Ni je? Tak ada nak tambah apa-apa cik?”

“Tak ada.”

“Rm 12.00 cik.”

“Nah,thank you.”

“Welcome,lain kali datang lagi.”

Hanan hanya mengangguk saja.Dirinya berlalu pergi.Dalam perjalanan menuju ke tempat parkir kereta,Hanan lalu di sebuah kedai salon yang tidak jauh dari kedai
7 Eleven.Langkahnya terhenti seketika.

‘dah lama tak buat hair treatment ni.’

Mahu masuk tetapi berfikir dua tiga kali.Hasrat itu kemudian dibatalkan.Tidak mengapa.lain kali saja dia ke salon bersama dengan rakan baiknya Cempaka.Lagi syok fikirnya pula.

Langkah ingin dia percepatkan namun terbantut apabila dia melihat sosok gadis berambut kerinting dari luar salon itu.Dari paras tubuh badannya kelihatan sangat ‘familiar’tapi kurang pasti siapakah gadis itu.Berambut kerinting,paras tingginya hampir sama dengan Hanan.

Wanita itu berfikir sejenak.Ingin saja dia menerjah masuk tetapi hari sudah lewat dan akan memasuki petang.Baik dia gerak cepat untuk menunaikan solat.



********



Sejadah dan telekung dilipat kemudian disimpan rapi di dalam almari.Sudah tiba masanya untuk mengisi perut yang kian berbunyi dari tadi.

Anak tangga dituruni dengan cepat.Kerusi ditarik.Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran menghentikan segala pergerakan Hanan.

Dia berjalan menyusuri ruang tamu.Lima minit baru sampai lah katakan.Nak buat macam mana kan? Suami kan anak orang kaya.Daun pintu dibuka.Kening Hanan berkerut sebaik saja memandang figura seseorang yang ada di depannya.

Awal jugak abang balik hari ni.”tangan mulusnya digenggam Emeer.

“Habis kerja awal.Meeting pun dah settle.Abang balik je lah.Why? Tak suka abang ada kat rumah?” selamba Emeer berkata.

Eh,mana ada!"bantah Hanan.

“Sayang tak sempat masak.”sambung wanita itu.

Emeer tersengih mendengar kalimat itu.Dia sudah beranggapan bahwa Hanan tidak menyangka dia akan pulang awal hari ini.

“Beauty baby girl abang ni pergi mana tak bagitahu?”dalih Emeer melihat makanan yang dibeli Hanan di atas meja makan.

“Sayang pergi 7E kejap tadi.Sorrylah tak belikan food untuk abang sekali.”Hanan tayang muka bersalah.

“You don't have to say sorry.Abang dah makan dah.Sayang makan lah.Abang temankan.”

“Serious ni abang?”tanya Hanan acuh tak acuh.

Ofcourse,beauty abang.”Emeer mengangguk yakin.























to be continued.....

Siapakah gadis itu??

fikir-fikirkan lah ya readers sekalian....

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now