bab 3

31 2 1
                                    


" Cempaka,kau teman aku turun kerja harini."

"Kenapa pulak aku kena teman kau turun kerja?"

"Awal lagi ni.Kau teman aku okay? Kita singgah dulu kat mana-mana café sebelum aku masuk office."

"Okaylah, jangan lambat ambik aku tau!"

"Ye,aku tahu lah."

Pagi-pagi lagi Hanan sudah menelefon Cempaka untuk menemaninya.Entah kenapa,Hanan berasa sunyi.Puan Rania pula sudah pergi ke Bangkok awal pagi lagi.Walau seorang diri Hanan tetap boleh menjalani rutin seperti biasa.Tak perlu nak perintah bagai.Senang cerita Hanan seorang wanita yang berdikari.

**********

"Cempaka! Cempaka! Bukaklah pintu rumah kau ni! Aku dah sampai!"jerit Hanan.

"Kejap!"lantang suara Cempaka menyahut dari dalam rumahnya.

Setengah jam Hanan berdiri di depan rumah Cempaka akhirnya muncul juga orang yang ditunggu-tunggunya.

"Lama nya kau bersiap.Kita ni nak pergi kerja bukannya nak pergi majlis khawin orang."bidas Hanan.

"Aku ni nak sentiasa cantik,manalah tahu kot-kot nanti terserempak dengan jodoh."tergedik-gedik Cempaka membetulkan tudungnya.

Hanan diam.Pasrah sangat tengok perangai kawan dia yang sorang ni.Gedik mengalah model.Tapi segedik-gedik Cempaka ni dia berguna juga.Ada jugaklah yang tolong Hanan bila dia susah.Bak kata orang dalam tv

'susah senang bersama'

Di dalam kereta Cempaka masih lagi sibuk membetulkan 'makeup'yang ada pada wajahnya.Tanpa bersuara begitu syok dia sehingga Hanan memanggil juga dia tidak menyahut.

"Eh ni yang buat aku panas ni."

"Kalau kau panas,kau kuatkanlah sikit 'aircond'tu."

"Aku ni bukannya panas badan tapi panas hati faham tak?"

"Siapalah yang panaskan hati kau kan beb."

"Kau."

"Aku?"

"Kenapa pulak aku yang buat kau marah?"

"Berkali-kali aku panggil nama kau.Tak juga kau jawab.Sibuk aje dengan makeup kau tu."

Dengan cepat Cempaka mengemas alat soleknya.Dia tahu.Kalau Hanan marah memang takda jalan keluar selain putar belitkan keadaan.Cempaka melirik ke arah Hanan sekilas.Kaku.Tiada reaksi lansung.

"Ala.Aku tahu lah kau marah.Kita pergi café.Aku belanja.Kau cakap je apa yang kau nak.Aku bayar"pujuk Cempaka.

"Tak payah nak belanja aku.Tak perlu.Kita pergi office terus.Kau cakap kau nak interview kan."Cempaka angguk cepat.

Bersemangat Cempaka mendengar apa yang dikatakan Hanan.Dia amat-amat berharap bahwa dia diterima bekerja disitu.Bolehlah dia berkepit dengan Hanan 24 jam.

*********

"Hanan Radwa kenapa awak lambat?"membulat mata Cempaka melihat wajah jejaka itu.

"Kau siapa nak arahkan aku?"angkuh Hanan menjawab.

"Kau bawak orang baru?"mata Emeer memandang Cempaka yang berdiri di sisi Hanan.

"Dia nak interview."Cempaka memandang Hanan.

"Nama apa?"

"Cempaka Binti Fakril"

"Awak boleh mula kerja hari ni."

Terkaku Cempaka mendengar jawapan itu.Sesekali dia memandang Hanan yang beradi di sebelahnya.Hanan terus bagi 'signal' kat Cempaka supaya Cempaka masuk kerja.

"Aku tak dapat ganti coat kau tu.Takda duit."

"Ada aku suruh kau ganti?"

"Cakap aje."

Hanan berlalu pergi.Boleh pulak dia guna gelaran
'kau dengan aku' dengan orang atasan dia sendiri.

'berani bukan main perempuan ni'bisik Emeer dalam hati.

********

"Helo ma,ada apa ni telefon Emeer?"

"Emeer dekat mana ni?"

" Emeer baru je nak balik rumah ni.Why?"

"Macam ni.Emeer tak payah balik ruamh dulu.Jumpa mama.Nanti mama share location"

"Kita jumpa kat mana? Mama tak payahlah send location.Nanti Emeer google sendiri."

"Oh.Okaylah kalau macamtu.Mama tunggu kat rumah kawan mama.Taman Jelita."

"Okay ma.See you soon.Assalamualaikum."

"Mualaikumsalam."

Selepas mematikan telefon Emeer masih lagi blur.Tak faham dengan apa-apa tindakan mamanya.

********

"Hanan,lamanya kenapa belum balik lagi."

"On the way ma. Kejap lagi Hanan sampai."

"Ye lah.Mama tunggu dengan kawan mama.Dia nak jumpa kamu."

"Okay okay..Assalamualaikum."

"Mualaikumussalam."

Kini Hanan dan Emeer sama-sama menuju ke tempat di mana ibu mereka berdua berada iaitu di rumah Hanan.Masing-masing tidak tahu apa yang berlaku.



















to be continued.....






Nanti Emeer dengan Hanan terserempak sekali lagi guys....

Terus dijodohkan...

macam mana ya?

HE IS EMEER AFFZAN | complete ✓Where stories live. Discover now