BAB 4

528 35 1
                                    

"ADUH! Sakitnya." Desisnya dengan mata terpejam. Perlahan-lahan matanya terbuka, namun kembali tertutup dek silau daripada lampu yang terang-benderang.

"Dah sedar?"

Nakhaie buka kembali matanya tatkala ditegur seseorang. Kepala terangkat melihat sekeliling. Perkara pertama dia nampak, seorang jururawat berada di hadapannya. Sedang membersihkan telapak kakinya.

Dia dekat hospital?

Kepala kembali jatuh ke tilam. Merenung siling putih dengan dahi berkerut cuba mengingat kembali bagaimana dia boleh terdampar di sini.

Kaki tertusuk paku karat ketika dia mencari Aisyah.

Aisyah Erina?

"Mana Erina?"

Terangkat kening jururawat yang sedang merawat Nakhaie.

"Siapa Erina?"

Berderau darah Nakhaie.

"Ada tak seorang perempuan datang sekali dengan saya? Dia tak sedar. Muka dia luka-luka." Panjang lebar Nakhaie menerangkan. Tubuh dibangunkan duduk berlunjur dengan mata yang tajam merenung jururawat di hadapannya.

Jururawat itu terdiam seketika.

"Err... nanti saya tanya pada nurse yang daftarkan kemasukan awak."

"Sekarang, nurse. Please, sekarang!" Gesanya terdesak membuatkan nurse itu teragak-agak untuk pergi dari situ.

Nakhaie meraup wajah. Berdebar menunggu jawapan daripada jururawat itu. Ya Allah. Tolong selamatkan Aisyah.

"Ada. Dia sekarang berada di Wad Kenanga."

Lelaki itu memejamkan mata seketika. Alhamdulillah. Aisyah selamat. Terasa lega dada dia saat itu.

Baru sahaja matanya ingin kembali terlelap, tiba-tiba tubuhnya diterpa seseorang.

"Ya Allah, Muhammad Nakhaie! Buat orang risau ajelah dia ni." Bebel Nek Norma.

Nakhaie tersenyum lebar.

"Orang pengsan sebab darah keluar aje la, nek. Ni ha, kaki termasuk paku." Kaki kanan yang berbalut itu diangkat sikit, ditunjuk pada neneknya.

Nek Norma mencebik.

"Tu la nakal sangat! Entah apa la yang kamu ni buat sampai kena macam ni. Ada la tu kerjanya."

Nakhaie gelak-gelak. Tak larat nak bercakap. Nek Norma pun nampak risau sangat tadi. Jadi biarlah neneknya itu membebel sampai habis. Tahu sangat kalau dia membalas, pasti neneknya itu akan cakap yang dia membebel kerana sayangkan Nakhaie.

"Tengok kamu dah boleh gelak-gelak ni, nenek nak pergi tengok Aisyah pula. Kesian dia. Razi kata teruk dia kena pukul. Hampir jadi kes polis sebab doktor ingat Razi yang dera budak tu."

Nek Norma sebenarnya masih tertanya-tanya. Macam mana cucunya ini boleh ada di rumah Aisyah Erina. Sorang lebam sana sini. Sorang lagi kaki terluka. Mana Pak Khalid? Apa sebenarnya yang terjadi?

Razi pun tak dapat nak cerita lebih. Sebab dia hanya tolong Nakhaie dan Aisyah yang berada di tepi jalan.

"Nek! Nak ikut!" Laju sahaja Nakhaie menyelak selimut untuk turun dari katil itu. Nek Norma menjegilkan mata.

"Kamu kan sakit! Tak payah la. Nenek tengok sekejap aje."

Kepala digeleng laju. "Orang nak ikut. Nak tengok Erina."

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now