PASANGAN muda itu menaiki motosikal ke klinik untuk buka buku pink. Punyalah berseri-seri wajah Nakhaie melihat Sofia di dalam kandungan Aisyah. Walaupun sebenarnya jantina bayi tak boleh dilihat lagi. Tapi Nakhaie yakin betul memanggil janin itu Sofia.
"Dah kahwin berapa bulan ni?" Jururawat yang melayan Aisyah bertanya ramah. Lihat wajah pasangan ini memang muda lagi orangnya. Lagi-lagi Aisyah yang macam budak baru masuk sekolah menengah itu. Dah la badan kecil dan rendah.
"Baru empat bulan."
"Oh, baru lagi tapi dah ada isi ni. Alhamdulillah rezeki awal."
Nakhaie sengih. Dia pula yang bersungguh melayan jururawat itu berbual. Aisyah senyum saja di tepi menanti buku pinknya siap.
"Alhamdulillah. Awal tak kalut."
Tergelak besar mereka yang mendengar jawapan Nakhaie. Kalut-kalut nak pergi mana!
Selesai urusan di klinik, Nakhaie bawa Aisyah berjalan-jalan dipekan.
"Sayang nak makan apa?" Suara Nakhaie sedikit kuat agar Aisyah yang berada di belakangnya dengar.
Aisyah rapatkan muka ke tepi helmet lelaki itu.
"Tak nak makan. Makan kat rumah ajelah."
"Tapi abang teringin nak makan cendol tepi pasaraya tu."
"La, dia yang mengidam pula."
Nakhaie gelak-gelak. Motor buruknya dilencongkan ke satu pasaraya yang terkenal di pekan itu. Bangunan yang tak mewah pun, tapi cukuplah orang kampung untuk membeli barang keperluan.
"Nasib baik awak tak alahan teruk-terukkan? Abang baca dekat internet, orang morning sickness muntah-muntah. Tak dapat bayang kalau sayang yang lalui. Dah la badan halus, makin haluslah nanti." Bebel Nakhaie sambil menyuap cendol dalam mulut.
Sedap! Lemak-lemak aje cendol di situ. Tak manis sangat.
Aisyah senyum lembut melihat kelakuan suaminya.
"Alhamdulillah... Sayang baca kalau suami yang terkena morning sickness tu tandanya suami sayang sangat dekat isteri dia."
Nakhaie buat muka. "Of course la sayang!" Gila tak sayang! Kalau tak sayang Aisyah, dia tak beria ajak Aisyah kahwin macam orang tak penyabar. Kerana terlalu sayanglah dia mahu melindungi gadis itu.
Lagi-lagi bila Pak Khalid berada di penjara. Aisyah tinggal sendirian di rumah kampung itu. Pernah, satu malam Aisyah rasa dirinya macam dilihat orang. Rupanya ada remaja nakal mengintai dari celah dinding-dinding kayu. Terus Nakhaie paksa Aisyah tinggal saja bersama dia dan Nek Norma.
Lantaklah apa orang kampung nak kata. Dia lebih risaukan keselamatan Aisyah kesayangannya itu. Alhamdulillah, selamat mereka berkahwin. Lega Nakhaie.
"Alang-alang kita dekat sini, kita tengok barang baby nak?"
Aisyah pantas menggelengkan kepala.
"Kenapa?" Kening Nakhaie terangkat sedikit.
Aisyah hela nafas panjang. Nakhaie tak lama lagi akan daftar ke universiti. Perlu duit untuk semua itu. Takkan Nakhaie tak mahu beli keperluan diri di sana nanti. Dengan yuran pendaftaran lagi. Simpanan yang ada pasti tak mencukupi.
Nakhaie genggam erat jemari Aisyah.
"Sayang... cukuplah." Meleret saja pujukan Nakhaie. Tahu sangat apa yang difikirkan isterinya. Aisyah ni, makin banyak berfikir. Lama-lama dahi yang licin tu boleh wujud garis-garis penuaan!
YOU ARE READING
ADAM NAKHAIE
RomanceMuhammad Nakhaie itu lelaki paling baik. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Tapi takdir berkata lain. Selepas kematian Nakhaie, Aisyah Erina hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar. Pertemuan dengan Adam N...