KEPALA diketuk berulang kali. Suara-suara yang berbunyi merimaskan dirinya. Kepala terasa sakit sehingga timbul urat di tepi dahinya. Peluh juga dah membasahi bahagian yang sama.
"Adam, mama minta maaf."
"Adam, mama bersalah buat Adam macam ni."
"Adam... mama sayang Adam dan adik."
Adam tutup muka dengan bantal. Jemarinya menggigil menahan kesakitan.
"Arghhhh! Pergiiii!" Disebalik bantal, raungan Adam bergema. Dia meraung dengan tangisan yang kuat. Dia sakit... sakit sangat.
Adakah ini kerana rasa bersalah menjadi anak derhaka? Sehingga wanita itu menjadi mimpi ngeri setiap kali matanya mahu dipejamkan. Hidup dia tak tenang.
Dia tak boleh terus bersabar. Dengan langkah bertatih-tatih dia bergerak ke almari. Menarik jaket kulit berwarna hitam dan juga helmet. Sesekali jari naik mengurut kepala.
Dia menyorong superbike R1 berwarna hitam keluar dari garaj. Tidak berapa lama kedengaran bunyi nyaring superbike itu dihidupkan.
Dia dah tak peduli. Rasa takut dan bersalah selama ini dibuang jauh-jauh. Tak sanggup lagi untuk merasai semua ini. Dia hampir gila!
Sebelum dia jadi lebih gila, dia perlu berjumpa dengan orang itu.
"Sayang! You nak pergi mana?" Laung Intan dari balkoni di tingkat dua rumah.
Adam berdecit. Ditumbuk tangki minyak superbike itu.
"Adam! Tunggu I, I nak ikut!"
"No! I tak nak diganggu Intan!" Suara dia menekan memberi amaran. Tapi ada gadis itu peduli? Tak!
Intan berlari dengan jaket yang sama dengan Adam. Jaket couple yang pernah mereka beli bersama dulu. Dia juga turut bawa turun helmet yang sama design dengan yang Adam pakai.
Dia sendiri yang panjat naik belakang motor dan memeluk erat Adam.
"Ouch! Sayang! Sakit!" Intan menyeringai. Tepi perut yang disiku Adam digosok laju.
"Duduk diam-diam. Tak payah peluk!"
Intan tergamam. Berair mata dia menahan sakit dan sebak dimarahi Adam. Sebulan ini, Adam memang betul-betul dah lain. Tak pernah Adam memarahi dia, tapi sekarang asal berjumpa pasti ada saja benda yang buat Adam marahkan dia.
Tubuh dia melonjak hampir jatuh ke belakang ketika Adam memecut laju motosikal itu. Dia yang terkejut pantas memaut pinggang Adam. Tapi tatkala teringat amaran Adam, Intan cepat-cepat melepaskan rangkulan dan memegang erat pemegang di bahagian belakang tempat duduknya.
Adam yang menyedari hal itu hanya diam. Bagus! Tak perlu la dia buang tenaga memarahi gadis itu.
Motor dipecut laju membelah lebuh raya menuju ke utara.
Intan dibelakang tertanya-tanya ke mana mereka akan pergi. Kalau dulu dia pasti tidak segan silu bertanya sambil memeluk erat tubuh Adam. Tapi dengan mood Adam yang tak bagus, dia tak nak menambah kemarahan lelaki itu.
Akhirnya dia hanya diam melayan desiran angin. Adam mencilok-cilok antara kereta di lebuh raya itu. Intan yang tidak memeluk Adam, terasa gayat dan tubuhnya terasa sakit kerana perlu menahan tubuh sendiri dari terjatuh.
Tiba-tiba Adam menghulur tangan ke belakang. Meletakkan tangan di atas paha dia.
"Tangan." Ucap Adam melalui intercom yang terpasang dihelmet. Intan tersentak. Mata menunduk melihat jemari Adam yang memberi isyarat agar dia memberikan tangannya.

YOU ARE READING
ADAM NAKHAIE
RomanceMuhammad Nakhaie itu lelaki paling baik. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Tapi takdir berkata lain. Selepas kematian Nakhaie, Aisyah Erina hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar. Pertemuan dengan Adam N...