BAB 6

591 36 4
                                    

SEPASUKAN polis menerjah pondok usang yang menjadi tempat melempiaskan nafsu gian serta penjualan dadah di dalam kebun terbiar itu. Berlari lintang pukang penagih-penagih yang berada di situ. Lelaki lewat 40an yang sedang lalok dek pengaruh dadah berlebihan terhuyung hayang mahu turut melarikan diri tetapi dek otaknya yang dah berawangan serta pandang mata yang kabur, akhirnya dia berjaya diberkas polis dengan mudah.

Pak Khalid meronta mahu melepaskan diri, tetapi polis dengan sigap menggari tangan dan menarik tubuhnya agar keluar dari semak itu. Tidak dilupakan bahan bukti yang berada di dalam pondok itu. Ada beberapa gram dadah berjaya dibawa sekali.

Pak Khalid mencarut-carut pada polis yang mengiringinya. Habislah hidup dia selepas ini! Rakan-rakannya separuh berjaya melarikan diri. Tinggal dia dan seorang lagi penduduk kampung itu yang berjaya ditangkap.

"Kau!" Jerkah Pak Khalid sebaik ternampak kelibat Nakhaie berada di situ. Rasa marahnya membuak-buak untuk budak tu. Dia yakin, Nakhaie yang melaporkan dia ke pihak polis sehingga dia ditangkap di dalam kebun getah.

Nakhaie tersengih seraya melambai pada Pak Khalid yang diheret masuk ke dalam kereta polis. Pandangan mata lelaki itu macam mahu dibunuh saja Nakhaie di situ juga.

"Abang polis. Saya nak cakap dengan dia kejap boleh?"

Dua lelaki berseragam polis saling berpandangan sebelum mengangguk. Nakhaie senyum tanda berterima kasih. Dia berdiri di luar kereta, kepala ditunduk sedikit untuk berbicara dengan Pak Khalid yang merengus kasar melihat dirinya.

"Saya nak kahwin dengan Aisyah Erina." Nakhaie beritahu tanpa nada. Seolah Pak Khalid itu hanya manusia biasa yang tiada kepentingan dalam hidup Aisyah.

Pak Khalid tergelak sinis. Mengecil mata merenung susuk tubuh remaja di depannya.

"Aisyah tu baru 17 tahun! Jangan nak menggatal sangat nak berlaki. Aku takkan benarkan dia berkahwin. Dan aku takkan jadi wali!" Pak Khalid hempas tubuh ke penyandar. Sesekali postur tubuh dibetulkan dek tangannya bergari di belakang.

"Kalau dia baru 17 pun dah kenapa? Bulan depan dia dah 18 tahun dah. Lagipun gara-gara pakcik dia tak dapat nak jawab paper BM dan BI. Biar kali ni saya pula jaga dia."

"Hei! Kau tu budak lagi! Apa kau tahu! Nak kahwin awal sebab apa? Kemaruk sangat ke?"

"Memang kemaruk pun. Tu sebab nak kahwin. Dari buat dosa, pakcik nak kena umpat satu kampung ke?"

"Memang satu kampung dah umpat aku pun. Jadi ada aku kisah?"

Nakhaie tarik nafas dalam. Geram aje dia melihat muka tak bersalah Pak Khalid. Satu kampung dah tahu lelaki itu dera Aisyah dan juga menghisap dadah.

"Dah. Time's up. Kami nak gerak." Sampuk pegawai polis di situ.

Nakhaie mengangguk faham. Dah sedia untuk berlalu.

"Saya datang ni untuk bagitahu pakcik aje, kalau pakcik tak boleh jaga Erina. Saya boleh. Bye."

Pak Khalid yang bengang meronta mahu melepaskan diri untuk menumbuk muka Nakhaie. Tapi dengan pantas kedua pegawai polis itu mendiamkan Pak Khalid.

"Lepaskan aku! Kau tunggu Nakhaie! Aku keluar nanti siap kau!"

"Bye. Bapak mentua."

"Sial!"

"Hoi!" Pegawai polis itu menaikkan tingkap dan berlalu pergi.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga beransur pulang ke rumah masing-masing. Nakhaie hela nafas kelegaan. Selesai satu masalah. Pandai-pandailah dia nak kahwin dengan Aisyah nanti.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now