BAB 12

442 19 0
                                    

"ADAM anak mama, jangan tinggalkan mama!"

"Lepas!" Tangan yang mahu menyentuh kulitnya ditepis kasar. Benci! Bengis wajah dia merenung wanita yang teresak-esak menangis di sisi.

"Adam... mama sayang Adam!"

"Tipu!" Suara dia menjerkah kuat. Dia marah. Tapi entah kenapa mata dia berair. Rahang diketap kuat menahan perasaannya ketika itu.

Mata yang terpejam, tercelik luas. Adam terduduk sambil meraup wajah. Dia mimpi lagi. Mama...

Dah 9 tahun berlalu dari terakhir kali dia melihat raut wanita yang telah melahirkan dirinya.

Mata mengerling jam di dinding. Baru pukul 11 malam. Dia tertidur awal dek kepenatan dengan aktiviti kolej. Tubuh yang terasa penat dipaksa bangkit. Dia kehausan.

Jug air yang tersedia di atas meja, kontang. Pasti pembantu rumah lupa mengisinya petang tadi. Adam merengus sebal. Satu kerja dia perlu turun ke bawah.

Sambil menuruni anak tangga, dia mengirai rambut yang berantakan. Langkah kaki yang laju spontan bergerak perlahan tatkala deria pendengarannya terdengar suara orang sedang berbual.

Papa dan mommy tak tidur lagi agaknya.

"Bila you nak tukar saham di Teguh itu atas nama Intan?"

"I tak boleh tukar sesuka hati. Sayang, you kena faham... Intan bukan anak kandung I. I ada anak lelaki yang lebih layak mewarisi harta tu. Apa kata diorang nanti kalau I ubah dan tak beri pada diorang? You kena fikir juga anak-anak I."

Adam terdiam. Pegun disebalik dinding mendengar perbualan dua manusia itu.

"What? Jadi Intan tak akan dapat apa-apa? Sampai hati you, Naz! You sayang Intan macam anak you sendiri selama ni."

"Yes, sayang! I memang sayang Intan. I yang besarkan dia. You sendiri nampak betapa I sayangkan dia kan? Tapi ini rules yang perlu I patuhi. Ayah I dah wasiatkan saham dalam Teguh hanya boleh diwarisi anak kandung sendiri. I tak boleh buat apa."

"Sayang, you janganlah risau. Adam kan ada untuk Intan. Adam pasti akan jaga dan sayangi Intan. You tengok sendiri mereka tu saling mencintai."

"No... itu tak cukup menyakinkan I. I takut Adam curang dan tinggalkan Intan macam apa terjadi pada Noreen."

Tersentak. Bukan saja Tan Sri Nazmi, tapi Adam juga terkejut mendengar nama itu. Setelah 9 tahun, baru Ruby berani menyebut nama itu di dalam rumah ini.

Tan Sri Nazmi gamam. Kata-kata Ruby mencucuk hatinya. Manakala Adam tersenyum sinis.

'Takut curang. Takut Intan ditinggalkan seperti Noreen.' Wow! Kepala tergeleng tidak percaya. Tak percaya ada makhluk yang bermuka tembok rupanya. Tak adakah sekelumit rasa ketika Ruby bercakap tentang hal itu?

"You pun dah tak tahu mana mereka. Entah hidup atau mati mereka diluar sana. Jadi kita boleh tukar saham atas nama mereka itu pada Intan, Naz. Cukuplah you jaga saham-saham tu semua! Adam dah besar, dia akan ambil alih syarikat tak lama lagi. Habis tu apa jadi pada saham Noreen dan anak you lagi satu tu? Terbiar tak bertuan selamanya ke? Baik you beri pada Intan sahaja."

"Ruby..."

"Please Naz! Kalau you betul-betul sayang I, you kena buat! Apa akan terjadi pada Intan kalau I dah tak ada nanti? Dia tiada sesiapa selain kita. I nak sesuatu yang boleh menyakinkan I yang hidup Intan akan baik-baik sahaja. Dia takkan hidup susah kalau I tak ada."

Rahang Adam terketap sehingga timbul urat-urat leher. Tangan yang terkepal juga menggigil menahan emosinya.


***************


DARI jauh Intan tersenyum manja pada kekasih hatinya. Riak wajah lelaki itu seperti biasalah... beku amat! Adam Nakhaie dan senyuman seperti ada permusuhan. Susah betul dia nak melihat senyuman Adam yang sangat kacak baginya. Adam ada lesung pipit di pipi sebelah kiri sahaja. Unik. Tapi Adam kedekut nak pamerkan keunikan itu.

"Hai sayang. You datang tengok I?" Suara Intan sedikit nyaring dek teruja dengan kehadiran Adam di situ sehingga fokus dia pada latihan terganggu apabila Adam menjadi pusat perhatian pelajar-pelajar yang sedang berlatih di dalam dewan itu juga.

Adam hanya mengangguk sekilas sebelum menebarkan pandangan memerhati sekeliling kawasan itu.

"Dah makan ke belum? I tengok you ralit sangat berlatih." Tanpa nada Adam menegur.

Makin lebar senyuman Intan. Dia yang duduk di sebelah Adam terus sahaja menyauk lengan tegap lelaki itu lalu memeluk erat.

"Haish, behave la sikit. Orang tengok." Adam menepis selamba. Tak senang dengan sikap Intan yang manja teramat. Dah la mereka berada di dalam kawasan kolej. Nanti dia juga yang kena.

"Sayang ni..." Rengek Intan manja.

Nafas ditarik Adam dalam-dalam. Penat mahu berbalah jadinya dia diam saja tatkala Intan kembali memeluk erat lengannya.

"Mommy dan papa nak buat umrah lepas kita habis kursus ni. Mommy tak habis-habis suruh I pujuk you ikut sekali buat umrah. I teringin juga nak pergi sana. Nak tengok tempat yang orang lain selalu pergi tu. Banyak negara dah kita jelajah, tapi Mekah tak pernah kita sampai lagi. Mesti cantik kan I pakai jubah dan purdah. You suka tak I pakai jubah? You tak pernah tengok lagikan?"

Spontan Adam mengukir senyum sinis. Umrah? Nak tergelak rasanya.

"You kalau nak ikut diorang, you pergilah. Tapi..." Jemari halus Intan digenggam erat lalu ditarik lembut agar melepaskan lengan dia yang asyik dipeluk Intan dari tadi membuatkan Intan terpinga seketika.

"You tu berubah la dulu sebelum nak ke sana. Jangan jadi munafik sangat. Solat tak pernah. Baju pun macam telanjang. Apa you nak baca waktu orang lain tengah sembahyang? Main phone? Selfie?" Tekan Adam perlahan tetapi menusuk ke dada.

Intan tergamam. Tak pernah Adam menggelar dia begitu.

"Kenapa? Terasa ke? Nak jumpa Allah, tapi kita ni masih nak buat dosa. Takutlah sikit." Adam menyinis lagi.

Tak perlu suara tinggi. Tak perlu nak bertekak. Teguran bersahaja Adam pun dah buat dia rasa tertampar.

"Kenapa you nak sinis ni? You ada masalah ke, sayang?" Intan mendengus perlahan. Entah sejak bila Adam jadi sinis begini. Dulu rasanya Adam jenis mesra. Adam menjadi seorang abang yang sentiasa menjaga dirinya.

"Nope. I okay aje. I cuma cakap apa yang I nampak. Niat you nak ke sana pun dah salah."

"Alah! Macam la you tu baik sangat!" Bentak Intan tak puas hati ditegur Adam.

"Ada ke I cakap I baik? Sebab I jahatlah I tak nak pergi sana selagi I tak berubah."

"I cuma nak pergi tengok aje!"

Tergeleng kepala Adam. Matanya tak lepas merenung seraut wajah cantik Intan. Sayang... muka cantik tapi otak kat lutut. Dia terangkan pun Intan tetap akan pertahankan diri sendiri jugak. Dasar bimbo!

"Dah. I pergi dulu." Adam tolak tubuh yang sedang duduk berdiri di depan Intan. Tersenyum senget kemudian dia berlalu meninggalkan Intan terkulat di situ.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now