BAB 14

378 23 0
                                    

MAMA... sebelum pulang ke Kuala Lumpur, mereka singgah sekali lagi di perkuburan Islam itu. Kali ini Adam hanya melihat dari jauh. Dia rasa berdosa dan tak layak menghampiri kubur-kubur umat islam itu.

Terasa seakan di dalam sana ada satu dunia yang lain. Ada malaikat Munkar dan Nakir yang sedang bersama ruh-ruh manusia.

Dan dia pendosa. Noda hitam di dalam hidupnya terlalu banyak sehingga dia rasa tiada apa yang mampu menukarkan noda itu menjadi suci. Ada rasa gentar di dada, tapi dia dah terlalu jauh.

"Mama, I can't stand those who made us suffer. I can't! Biar Adam buat mereka rasa apa yang kita rasa, mama." Adam berbisik penuh tekad dan dendam. Rahangnya terketap kuat dengan tangan dikepal menahan marah.

"Adam." Lengan Adam disentuh Intan dari belakang.

Makin kuat Adam menggenggam jari. Nafas ditarik dalam sebelum dia menoleh dengan senyuman yang pura-pura.

Intan senyum nipis. Merangkul mesra lengan Adam.

Adam kembali menoleh ke depan. Merenung lama kubur ibunya.

Dalam hati berbisik... 'Ruby, Intan... May you live the life you deserve.'


*************


TAN SRI NAZMI menggelengkan kepala melihat anak-anaknya pulang dalam keadaan mabuk dipapah pemandu mereka.

Tok Mat senyum kelat tatkala berselisih dengan tuannya di ruang tamu.

"Ke mana pula mereka pergi kali ni?" Dengan bercekak pinggang dia menunggu di situ.

Tok Mat letak Adam di sofa. Anak muda itu sedang menggumam entah apa-apa perkataan dengan mata yang terpejam.

Intan yang tak sedarkan diri pula dipapah pembantu rumahnya dan diletakkan di sofa bertentangan.

"Parti di rumah Tan Sri Jamal, Tan Sri. Sempena anak mereka akan berangkat ke luar negara." Dengan kepala tertunduk Tok Mat memberitahu.

Tan Sri Nazmi melepaskan keluhan panjang. Kesal melihat anak-anaknya hanyut begini.

Tidak lama selepas pemandunya meminta diri, kedengaran derap kaki Puan Sri Ruby turun dari tingkat atas. Dengan baju tidur seksinya dan wajah bertepek masker dia mendekati sang suami.

"Sayang... you kenapa renung mereka macam tu?" Penuh manja dia merangkul lengan suaminya.

Pelik dia melihat Nazmi yang bercekak pinggang melihat anak-anak mereka yang sedang terlentok di sofa.

"Dia orang mabuk lagi. You sebagai mommy dia orang tak reti-reti ke nak nasihatkan anak? Mereka baru 19 tahun, Ruby! Mereka dah melampau!"

Puan Sri Ruby mengetap bibir. Wajah manjanya terus berubah bengis menahan marah. Kenapa dia pula yang Nazmi nak marah?

"Kenapa I pula yang kena? Mereka muda lagi. Biarlah mereka enjoy."

Tergeleng kepala Tan Sri Nazmi. "Muda lagilah kita kena kawal sebab mereka dah melampau! Mereka tak layak pun nak ke oversea. Result mereka teruk! Tapi sebab you heboh nak anak-anak belajar di luar negara, you hantar juga ke sana. Kalau di sini mereka dah begini apatah lagi dekat sana, Ruby!"

"Jangan nak lepaskan kemarahan you pada I boleh tak!" Tengking Puan Sri Ruby.

"Mommy... papa. Bisinglah!" Adam picit dahi yang terasa pening.

"You minum lagi kan, Adam?" Sergah Tan Sri Nazmi.

Mata yang terpejam dicelikkan dengan payah. Berkerut muka dia memandang sang ayah.

"So what? Normal, kan?"

"Normal?" Rambut yang dah beruban disebak menahan geram. Ya Allah, apalah nak jadi dengan keluarga ni.

"Papa, you kalau dah insaf, you insaflah dulu sorang-sorang. We are still young! Stop bothering us." Suara Adam melengking kuat. Dengan rengusan sebal, dia melonjakkan tubuh dari sofa.

Terhuyung-hayang dia cuba berdiri tegak dan berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Adam, you dah besar panjang!"

Kaki terhenti melangkah. Sinis, dia berpaling merenung dalam raut lelaki yang dulunya kacak kini telah dimamah usia. Pun begitu, Tan Sri Nazmi masih mempunyai aura dan karisma sebagai seorang lelaki korporat. Ramai wanita yang bertekuk lutut mahu menjadi simpanan sang ayah.

Tapi sang ayah terlalu setia. Cuma setianya Tan Sri Nazmi bukan pada wanita yang pernah hidup susah bersama lelaki itu.

"I tak nak jadi munafik macam you." Adam merendahkan suaranya. Tetapi kata-kata itu seperti tusukan pedang.

Terdiam tidak mengerti Tan Sri Nazmi dan Ruby. Adam berubah 180 darjah dari perangai biasanya. Adam yang dulu juga dingin tapi tidak sesinis ini.

"You tahu tak you bercakap dengan siapa, Adam? Sejak bila you jadi tak beradab macam ni?" tekan Tan Sri Nazmi menahan marah. Merah padam kulit dia.

Adam masih begitu. Senyum sinis dengan muka bengis.

"Orang munafik memang macam tu. Nak orang anggap dia baik. Dia paling sopan. Paling beretika. Paling berperikemanusiaan, tapi sebenarnya hati busuk! Perangai durjana dia ditutup dengan topeng kebaikan."

"Sayang, I rasa dia mabuk teruk ni. You bawak Adam ke atas. Biar Intan I papah." Gesa Puan Sri Ruby. Entah apa benda yang Adam cakap pun dia tak faham. Tiba-tiba munafiklah, topenglah.

Mengarut! Merengus Puan Sri Ruby menarik Intan yang tertidur lena di sofa.

Tan Sri Nazmi akur. Pantas dia mendekati Adam.

Adam ketawa kuat. Sekuat-kuatnya dia ketawa seakan ada perkara paling lucu yang dilihatnya. Mabuk? Dia mabuk ke? Rasanya hanya sedikit yang ditogok masuk ke kerongkong. Selebihnya dia sumbat di mulut Intan yang pasrah saja meneguk air kencing syaitan itu.

Syaitan? Tak rasa berdosakah dia? Kenapa kena rasa berdosa? Dia sudah pun terlanjur jauh menjadi pendosa. Rasanya Allah memang takkan terima lagi dirinya yang penuh dosa ini.

"Ya Allah, Adam..." Tan Sri Nazmi paut bahu Adam tapi pantas ditepis anaknya itu.

"Adam..." Sebak. Tan Sri Nazmi terasa berdosa melihat anaknya jadi begini.

Mata mereka saling bertaut. Terasa lama mereka tak bertentang mata seperti ini. Entah apa yang merubah Adam. Tan Sri Nazmi rasa terkilan.

"Papa sedih ke tengok abang macam ni?" Soal Adam lirih. Wajah bengisnya berubah sendu. Bibir juga terketap menahan rasa bila kedudukan mereka sedekat ini.

Bergenang mata Tan Sri Nazmi. Abang... Dah lama dia tak dengar Adam menggelarkan dirinya abang.

Ketika itu dia baru sedar. Dia rindukan keluarganya yang lama.

Tan Sri Nazmi menarik Adam dalam pelukan. Walaupun tanpa balasan dari tubuh kaku Adam, dia tetap memeluk tubuh itu seeratnya.

"I'm sorry, Adam." Bisik dia dengan linangan air mata.

Adam turut menangis. Membalas pelukan sang ayah. Untuk kali ini, dia berlembut kerana dia sangat memerlukan sentuhan ini.

Jiwanya terlalu rapuh ketika dikhabarkan kematian mama dan kehilangan Nakhaie. Dia perlukan lelaki ini. Berharap yang Tan Sri Nazmi faham perasaannya.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now