BAB 5

514 30 2
                                    

AISYAH mengalihkan pandangannya daripada panahan mata si lelaki yang redup merenung dia. Tidak tahan direnung Nakhaie seperti itu. Terasa sangat-sangat laju degupan jantungnya, apatah lagi hanya ada mereka berdua sahaja di situ ketika itu. Nek Norma pula berada di dapur sedang menyediakan minum petang.

Setelah dua malam berada di hospital, kini Aisyah sudah dibenarkan pulang. Tapi dia tidak berada di rumahnya. Tengah hari tadi Nakhaie yang jemput dia di hospital. Lelaki itu pula hanya semalaman ditahan di wad.

Dengan menaiki motosikal lelaki itu, terus sahaja Nakhaie bawa dia ke rumah Nek Norma. Tak sempat dia nak menyoal, Nakhaie awal-awal lagi telah berpesan.

"Duduk dengan kami sampai awak sihat. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak lagi." Tegas Nakhaie ketika lelaki itu membantunya membuka helmet.

Dengan jarak yang dekat antara mereka, Aisyah tak mampu nak membangkang. Kelu lidahnya saat Nakhaie yang lebih tinggi daripadanya itu tunduk merenung wajah untuk melihat reaksinya. Akhirnya dia hanya mengangguk akur membuatkan terbit senyuman kelegaan pada bibir sang lelaki.

"Pipi awak pink."

Aisyah tersentak daripada lamunan. Tersedar yang dia kini berada di dalam bilik tetamu di rumah Nek Norma. Dan Nakhaie sedang berada di ambang pintu bilik itu.

Lelaki itu sedang ketawakan dia. Apa yang lucu pun dia tak tahu. Tapi beria benar Nakhaie gelakkan dia sekarang.

Perlahan-lahan ketawa Nakhaie mereda menjadi senyuman yang sukar diertikan. Pipi Aisyah berubah merah jambu bila dia renung raut manis itu. Dan tatkala Aisyah merenungnya dengan riak kosong, Aisyah nampak sangat comel.

"Apa yang kelakarnya?" Tekan Aisyah bengang. Dia rasa macam Nakhaie sedang menjadikan dia bahan ketawa. Mesti gara-gara lebam-lebam yang masih belum surut pada wajahnya.

Argh! Dia pun tak sanggup nak tengok rupa sendiri pada cermin. Pertama kali dia lihat wajahnya di hospital, dia menangis. Seperti wajah Nobita setelah dibelasah Giant! Benjol sana sini.

"Muka awak macam lepas kena cucuk botoks. Lepas tu pipi awak pulak macam donat Big Apple. Warna-warni...." Nakhaie gelak.

"Nakhaie!"

Nakhaie tak tahan diri daripada tergelak. Terhambur tawanya di situ sampai ditekan-tekan perutnya.

Aisyah mengetap rahang menahan marah. Bengang diketawakan Nakhaie.

"Sampai hati awak."

Nakhaie usap tengkuk, serba salah dah buat Aisyah terasa hati.

"Janganlah marah. Saya gurau-gurau ajelah."

Aisyah masih buat tak tahu. Lama la pula Nek Norma dekat dapur. Tak ada mood nak tengok muka kesian Nakhaie, Aisyah bergerak untuk turun dari katil itu.

"Tepi sikit." Arahnya bila Nakhaie yang sedang duduk di birai katil itu menghalang dia untuk bangun.

"Sayang..." Seru Nakhaie dalam keluhan. Pergelangan tangan gadis itu pantas digenggam.

Aisyah yang terkedu dipanggil sayang, kaku di situ. Terkebil-kebil matanya melihat tangan Nakhaie yang besar berada pada pergelangan tangan dia.

Pertama kali Nakhaie memanggil dia sebegitu. Malah selama ini tidak pernah pula mereka macam ni.

Dia dan Nakhaie hanya kawan rapat. Dia hanya ada Nakhaie selain Haliah yang sering bertemu di sekolah. Berbeza dengan Haliah, dia lebih terbuka dengan Nakhaie. Lelaki itulah kadang-kadang tempat dia menceritakan masalah sementelah Nakhaie sendiri mengambil berat hal dia.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now