BAB 16

499 23 0
                                    

ADAM keluar dari kereta sportnya lalu berlari anak untuk membuka pintu bahagian penumpang.

"Thank you, handsome!" Si jelita tersenyum lebar menyambut huluran tangan Adam.

Sebaik sahaja kakinya memijak tanah, jeritan suara seseorang bergema kuat di situ.

"Adam!"

Adam julingkan mata ke atas. Menyampah mendengar suara itu.

Dada Intan berombak kuat. Dia cemburu dan marah! Laju dia berjalan mendapatkan Adam dan perempuan perampas yang selamba datang ke rumahnya.

"Hei, betina! Kau ni memang tak malu kan datang rumah orang!" Sampai saja di depan perempuan itu, dia tunjal kasar bahu tanpa lapisan baju itu.

Si gadis yang dibawa Adam terjerit kecil lalu merengek memeluk lengan Adam yang diam memerhati dari tadi.

Adam sengaja mahu menaikkan darah Intan. Jadi, dia langsung tak cuba melindungi gadis yang dimarahi Intan itu.

"Kau siapa hah nak marah aku?" Jerkah Fiona seraya membetulkan kolar baju yang terjatuh di tepi bahu.

Intan jegilkan mata. Silih berganti dia merenung dua wajah yang tayang muka tak bersalah di depannya.

"Aku ni kekasih Adam!" Jerit Intan.

Adam tergelak sinis. Dengan selamba dia merangkul erat bahu Fiona. Sengaja menambah bara di hati Intan.

"Adam? Betul ke? Habis I ni siapa?" Fiona merengek manja. Menggeletis manja bergesel pada lengan Adam.

Makin sakit hati Intan.

"Dia perasan je, honey. Dia tu anak perampas. Adik tiri I saja. Buat apa I nak suka dia? Betul tak?"

Serentak Fiona tertawa kecil penuh sopan. Matanya menjeling Intan dengan riak penuh bangga dan kemenangan.

Mata Intan bergenang. Riak wajah bengisnya tadi terus berubah sendu dengan mimik muka mahu menangis.

Makin lebar senyuman Adam. Mata dikenyit nakal pada Intan lalu menarik Fiona agar mengikutnya masuk ke dalam rumah.

"Adam! You memang lelaki paling jahat I pernah jumpa! I cintakan you, Adam! Kenapa you buat macam ni setelah I bagi semuanya pada you!"

Langkah kaki Adam terhenti. Begitu juga Fiona. Berkerut muka Fiona merenung Intan yang sedang teresak di tengah halaman rumah.

"Adam? Apa maksud dia tu?"

Dengan muka beku tanpa riak, Adam angkat bahu selamba.

"Kau yang perasan sendiri. Aku tak pernah cakap aku cintakan kau. Maruah kau tu yang murah sangat. Kau ingat sikit kedudukan kau dalam rumah ni. Aku ada dekat sini sebab kau dan mommy kau tu hancurkan hidup aku dan adik aku. Aku sanggup berpisah dengan mama aku sebab tak nak kau dan mommy kau hidup senang dengan duit papa aku! Ingat tu!" Adam menjerkah kuat.

Saat dia berpaling untuk masuk ke dalam rumah, Tan Sri Nazmi dan Puan Sri Ruby rupanya dah lama tercegat di pintu melihat drama mereka.

Puan Sri Ruby menangis mendapatkan anaknya yang sedang patah hati. Intan sampai jatuh melutut ke tanah menangisi nasib dirinya.

Tan Sri Nazmi terdiam. Melihat Intan dia seperti melihat Noreen. Noreen yang menangis seperti itu ketika mendapat tahu kecurangan dia.

Noreen yang meraung melihat anaknya pergi tanpa berpaling.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now