Kepala Aileen jatuh tersengguk-sengguk. Dia menopang dagu di atas meja. Sudah naik bosan dia menunggu ibu tirinya, Mak Cik Suri yang sedang ralik berbual bersama geng makcik bawangnya di kedai kopi Pak Abu yang berada dipinggir jalan kampungnya. Kedai kopi Pak Abu sememangnya sangat terkenal disitu kerana hanya itu satu-satunya kedai kopi yang ada di kampung itu.
Hendak melayari tiktok, telefon bimbitnya tertinggal dirumah. Makcik Suri pula pagi-pagi buta lagi sudah mengajaknya kesini untuk membeli sarapan pagi. Alih-alih sarapan entah kemana, dia pula yang sibuk membawang disitu. Aileen mengeluh kebosanan.
"Makcik! Lama lagi ke nak tambah dosa tu?" Dengan bersahaja Aileen bertanya. Suaranya memang sengaja dikuatkan agar sekumpulan makcik bawang yang berada disitu mendengarnya. "Leen nak balik lah," sambungnya lagi.
Mak Cik Suri menjeling tajam kearah Aileen. Menyirap darahnya dengan soalan yang diutarakan oleh Aileen sebentar tadi. 'Budak ni, kalau tak pasal anak yatim dah lama aku sebat-sebat.' Getus hatinya.
"Aku balik dulu lah, budak Aileen tu dah bosan gamaknya." Suri meminta diri, sengihan janggal diberikan kepada beberapa orang penduduk kampung yang turut berada disitu. Dia berjalan menghampiri Aileen yang sedang duduk di meja lain.
"Adoi adoi adoi," Aileen mengaduh kesakitan. Telinganya yang terdedah ditarik oleh Makcik Suri. Dia juga terikut bangun apabila Suri menarik telinganya. Kuat pula tu!
"Sakitlah makcik. Janganlah tarik telinga Leen. Nanti Leen bagitau abah!" Aileen mengugut.
Mendengar ayat yang beraur ugutan daripada Aileen, langkah kaki Suri terhenti. Suaminya sangat tidak suka jika dia mengasari satu-satunya anak perempuannya. Suri juga tidak dapat memberikan zuriat padanya jadi terpaksalah dia sentiasa beralah dengan sikap manja dan mengada-ngada Aileen.
"Kau memang suka mengadu domba kan?" Jari telunjuknya naik menuding tepat kearah Aileen.
"Werk..." Aileen mengejek Makcik Suri, lidahnya dijulurkan kepada ibu tirinya. Jari telunjuk Suri diambil lalu dia pula mengheret Suri supaya berjalan.
"Salah makcik lah, siapa suruh tarik telinga Leen." Masih tidak berpuas hati, Aileen menyalahkan Suri pula. "Dah jom balik. Kalau Leen tak ajak balik agaknya sampai kepetang Makcik duk mengumpat dekat kedai kopi Pak Abu tu. Makin bertambah-tambah dosa Abah nanti," bebelnya pula.
"Huh." Suri mendengus. Tangannya direntap lalu dia berjalan mendahului Aileen. Makin dilayan makin sakit hati dia dengan tingkah laku Aileen yang bermacam ragam. Hendak dimarah pun kadang-kadang kenakalan gadis itu adalah penyeri hidupnya.
Iris dibelakang sudah tersengih busuk. Tahu sangat dia Suri tidak akan memarahinya lama. Perbalahan mulut antara mereka sentiasa berlaku tidak kira tempat, ianya bagaikan rutin buat mereka berdua.
"Makcik sayang... tunggulah Leen." Aileen mengusik. Dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah Suri yang sudah jauh mendahuluinya.
"Hari ini makcik nak masak apa?" Tanyanya pula. Lengan Suri dirangkul dan dihayun-hayunkan.
Suri hanya menjeling kearahnya. Ada saja kerenah budak ni. Senyum dibibir disembunyikan.
Dari jauh beberapa penduduk kampung hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah dua beranak itu. Begitulah Aileen, sentiasa sahaja ada akal untuk mengenakan ibu tirinya.
"Kau tengoklah tu Sidah, budak Leen tu ada sahaja akal nak kenakan si Suri tu. Kesian aku tengok dengan Suri tu. Makan hati agaknya. Dari kecik duk bela dah besar kurang ajar pula." Kata Cik Ana,ketua geng makcik bawang.
"Alah kak, si Leen tu sayang aje dengan Suri tu. Itu cara diorang berkasih sayang." Balas Sidah bersahaja. Dia tidak menyokong kerana dia tahu semuanya tidak benar.
"Kau ni memang sentiasa nak menangkan budak Leen tu," Cik Ana mendengus.
Sidah hanya menggelengkan kepala sahaja. Pernyataan Cik Ana hanya dibalas dengan senyuman. Dia malas hendak berbahas kerana dia tahu Cik Ana memang tidak suka pada Aileen. Atau paling tepat Cik Ana tidak suka pada arwah ibu kandung Aileen. Dia sudah masak dengan perangai Aileen, dia tahu Aileen sangat menyayangi ibu tirinya.
Selepas kematian ibu kandung Aileen, abahnya, Pak Hanif menikahi Makcik Suri. Aileen redha dengan ketentuan Ilahi kerana dia tahu, abahnya juga perlu ada yang menemani. Sewaktu itu Aileen sudah berusia 10 tahun.
Fikirnya nanti jika dia berkahwin, siapa pula yang nak teman abahnya. Oleh kerana itu, apabila abahnya bertanya bolehkah dia berkahwin lagi terus sahaja Aileen mengizinkannya.
Hi, sorry lama hilang.
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!
RomanceAileen Soffiya, jatuh cinta pandang pertama pada duda hot yang datang kekampungnya. START 28/02/2023