BAB 13

999 44 3
                                    

Tiba di kampung, Aileen terus meluru masuk ke dalam bilik tidurnya. Beg pakaiannya terus dihempas ke lantai biliknya. Punggungnya turut dihempas pada tilam empuk di kamar tidurnya.

'Tiba-tiba muncul, nak ajak orang kahwin pulak!' bebelnya sendiri.

Otaknya benar-benar terganggu dengan lamaran Habib. Tak semengah betul orang tua tu!

Jika dulu Habib mengajaknya nikah, kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan tetapi sekarang. Dia rasanya sudah tawar hati dan betul-betul move on daripada Habib.

Walaupun Habib masih kacak atau sebenarnya semakin kacak, rasanya Habib sudah terlalu tua untuk dirinya yang baru berusia 23 tahun dan dia masih ragu-ragu dengan motif Habib yang secara tiba-tiba datang meminangnya.

Tok tok tok

Bunyi ketukan di pintu menyentakkan Aileen dari lamunannya. Segera dia bangun dari katil dan membuka pintu.

Terpampang wajah Cik Suri di hadapan pintu biliknya.

"Amboi Leen. Sampai aje terus masuk bilik. Tak salam Mak Cik dan Abah pun." Cik Suri tarik muncung. Geram pula dengan Aileen yang meninggalkan Habib terkulat-kulat di ruang tamu tadi.

Aileen terus tersengih busuk.

"Leen berlengaslah Mak Cik. Nak mandi dulu." Aileen beralasan. Dia garu kepala yang masih berbalut tudung.

Cik Suri geleng kepala. Dia tahu Aileen hanya berdalih.

"Kalau macam tu mandi dulu. Lepas maghrib nanti kita berkumpul. Abah ada benda nak bincang dengan Leen."

Aileen gigit bibir. Mesti pasal dia dan Habib.

"Dato' dah balik ke?" Soalnya.

Cik Suri senyum. Kepalanya digelengkan.

"Abah suruh dia balik esok. Kalau pagi tadi dia nak balik cepat ada meeting tapi sekarang nak pula dia dengar cakap abah. Hehe..." Cik Suri ketawa tutup mulut.

"Dah nak maghrib kot..." kata Cik Suri lagi.

Berkerut wajah Aileen tika ini. Adoi orang tua ni... Kenapa tak balik je. Aileen rimaslah!



Dari dalam bilik lagi, Aileen sudah terdengar suara Habib dan Abah sedang rancak berbual. Pasti mereka baru balik dari masjid. Dia sudah siap bertudung dan berbaju kelawar. Awal-awal lagi Cik Suri dah berpesan supaya dia keluar dari bilik setelah Abah balik dari masjid.

Nak sahaja pura-pura tidur namun apa daya, Aileen tak suka buat Abahnya tertunggu-tunggu.

Pintu dibuka perlahan, kakinya menjangkah keluar dari dalam biliknya. Saat keluar dari biliknya, pandangan pertama yang menghiasi matanya ialah raut wajah Habib yang sedang tersenyum.

Itulah padahnya apabila bilik dekat dengan ruang tamu. Rumahnya memang tidak sebesar mana. Sekadar cukup untuk mereka tiga beranak berteduh. Itupun sudah banyak yang mereka baiki untuk tinggal dengan lebih selesa.

"Leen, mari duduk sini."

Aileen angguk kepala pada ajakkan Abahnya. Lalu kakinya diayunkan menuju ke arah ruang tamu. Dia melabuhkan duduk di samping Cik Suri.

Cik Suri pula tidak habis-habis senyum-senyum. Suka benar dia dapat mengusik Aileen.

"Leen..." Pak Hanif bersuara. Rasanya elok juga dia berbincang terus dengan anaknya memandangkan Habib memang bersungguh-sungguh untuk menikah dengan anak daranya.

"Leen dah fikir tentang lamaran Habib?" soal Pak Hanif.

Aileen terus tercengang. Rasanya baru pagi tadi Habib meminangnya, malam pula terus Abahnya tanyakan jawapan.

Aileen melirik pada Habib yang berdiam di kerusi kayu. Mereka duduk bertentangan.

"Bagi Leen masa Abah. Ini tentang masa depan Leen." Kata Aileen perlahan. Gelisah dan gugup, semua dia rasa. Apatah lagi saat ini, dirinya memang terasa diperhatikan. Walaupun cuba dia melarikan matanya dari memandang Habib, tetap juga matanya degil untuk melirik ke arah lelaki itu yang sudah pastinya tak lekang dari senyuman.

Pak Hanif angguk kepalanya.

"Abah faham. Leen fikirlah masak-masak, Abah tak hendak memaksa cuma bagi Abah, Habib calon yang terbaik untuk Leen. Lagipun, setahu Abah memang Leen sukakan Habib sejak dulu lagi kan?"

Zap! Aileen terus terasa berbahang. Soalan Abahnya benar-benar mengundang malu dalam dirinya.

ABAH! Kisah dah berlalu tiga tahun lamanya...

Aileen tundukkan wajah. Bibirnya digigit, mata dipejam. Ya Tuhan... Aileen malu!

Apabila kepalanya terangkat, mata dia dan Habib bertembung. Ada senyuman di wajah lelaki itu dan membuatkan Aileen termalu sendiri. Cepat-cepat dia tunduk lagi ke bawah. Menekur tangan yang bersulam di atas ribanya.

Dia perlu berbincang dengan Habib.

"Abah. Kalau Leen nak bercakap dengan Dato' dekat pangkin luar boleh?" soalnya meminta kebenaran Abah.

"Boleh-boleh. Cuma jangan masuk rumah lewat sangat." Pesan Abah.

Aileen terus bangun dan berjalan menuju ke pangkin luar rumah. Mujur ada lampu jalan yang menerangi kawasan depan rumahnya. Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Habib yang sedang duduk di atas pangkin.

"Apa tujuan Dato' nak kahwin dengan saya? Kenapa terburu-buru sangat?"

"Kan Abang dah cakap, Abang jatuh cinta pandang pertama pada Leen." Balas Habib.

Aileen geleng kepala.

"Tapi kenapa selepas tiga tahun Dato'? Tiga tahun lepas Dato' malukan saya, hari ini Dato' meminang saya? Am I a joke Dato'?"

Habib tersenyum. Dia suka Aileen versi sekarang. Petah berkata-kata dan garang!

Aileen meraup muka. Orang bercakap dia senyum pula!

"Dato' jangan nak senyum-senyum kambing. Saya tanya ni, jawablah." Aileen mendesak. Dia perlukan jawapan bukannya senyuman.

"Leen..." Habib jeda. Dia menarik nafas dan menghembusnya keluar. Wajah manis Aileen ditatap.

"Abang ikhlas hendak peristerikan Leen. Kenapa selepas tiga tahun? Jawapannya akan diberitahu selepas kita kahwin." Kata Habib. Dia hendak bermain tarik tali dengan Aileen.

Aileen merengus geram.

"Kalau macam tu, Dato' simpan sahajalah jawapan Dato' sebab saya dah tak berminat hendak tahu."

Habib ketawa halus.

"Abang tak memaksa. Tapi Abah memang nak sangat Abang jadi menantu dia. Agak-agak Leen mampu ke tolak permintaan Abah?" Tanya Habib sambil jungkit kening.

Soalannya dibiar tak berbalas. Aileen terus memalingkan tubuh dan berjalan naik ke atas rumahnya.

Habib pakai cable besar kali ni. 

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now