BAB 2

867 34 0
                                    

"Su, abang kena jumpa orang dari bandar petang ini. Mereka nak tengok tanah yang di pantai tu." Beritahu Pak Hanif kepada isterinya. Mereka berdua sedang berehat dipangkin selepas siap menjamu makan tengahari.

"Mereka jadi beli ke tanah tu bang?" Bersinar-sinar mata Suri apabila mendengar tentang perkara itu.

"Eh eh makcik seronok pula dia. Tanah tu nama Leen tau, duit semua dapat dekat Leen nanti. Kan abah?" Aileen menyampuk. Dia yang baru berjalan keluar dari dapur sempat menangkap butir bicara abahnya tentang tanah di pantai itu. Pinggan ditangan yang berisi buah tembikai diletakkan diatas pangkin.

"Abang tengoklah anak abang ni, tak habis-habis nak cari gaduh dengan su," adu Suri pada suaminya.

Pak Hanif tergelak besar. Tahu sangat sikap anak gadisnya yang sering mengusik Suri.

"Anak abang anak awak juga su, Leen melawak aje tu," balas Pak Hanif. Hidung isterinya dicuit manja. Suri sudah menyimpul senyum apabila suaminya berbuat demikian. Malu!

"Eleh malu-malu pula. Berbulu mata Leen tengok." Aileen memutarkan mata, menyampah!

"Leen nak ikut abah petang ni boleh ke?" Soal Aileen. Tembikai didalam pinggan dicapai dan disuapkan kemulutnya. Dia turut berminat untuk tahu kenapa orang bandar itu ingin membeli tanah itu sedangkan sebelum ini tiada sesiapa yang mahu membelinya kerana takut dengan ombak laut yang sering menganas apabila tiba musim tengkujuh.

"Eh tadikan Leen dah janji nak tolong makcik tangkap ayam kampung tu," kata Suri. Leen sudah berjanji dengannya. Dia sudah mencebik.

"Alamak Leen lupa la makcik. Besok lah kita tangkap eh, Leen nak ikut abah petang ni," balas Aileen. Dia menyeringai sengih ke arah Suri yang sudah menayangkan wajah cemberut.

"Hmm tak apalah Leen. Makcik ni siapalah agaknya nak meminta-minta daripada Leen," ujar Suri, sedikit berjauh hati dengan sikap Aileen.

Aileen merasa serba salah. Cepat-cepat lengan Suri dirangkul dan dia melentokkan kepalanya ke bahu Suri. "Ala makcik, janganlah merajuk. Leen tak nak kena sumpah jadi macam si tunggang," pujuk Aileen.

"Tunggang kau..." Suri menunjal lembut kepala Aileen yang berada di bahunya. "Tangganglah. Itulah makcik suruh kau belajar,kau sibuk duk baca novel cinta lepas tu berangan." Bebelan Suri disambut oleh tawa besar dari Pak Hanif dan Aileen.

Aileen tahu, cuma dia sengaja menyebutnya salah. Kadang-kadang lawak bodohnya berjaya digunakan sebagai ulah untuk memujuk Suri.

"Iyalah Su, besok saja kita tangkap ayam kampung tu. Petang ini kita semua pergi jumpa orang bandar tu. Abang pun gementar juga nak berbual dengan orang bandar ni, risau tersalah cakap." Kata Pak Hanif.

"Suka hati abanglah. Janji besok kena tangkap ayam kampung tu. Su dah lama teringin nak makan," balas Suri. Senyuman manis dilemparkan kepada suaminya.

Aileen juga turut tersenyum. Sudah bertahun pernikahan Pak Hanif dan Suri, namun mereka berdua masih tetap mesra seperti baru saja bernikah.




"Tanah ini semuanya ada 3 ekar. Bermula dari kedai ikan kering dihujung sana sehingga ke tempat kita berdiri." Terang Pak Hanif kepada Habib Wazir. Habib Wazir merupakan orang yang berminat untuk membeli tanah pantai itu.

Dia datang berdua bersama pembantu peribadinya, Amirul ke Kelantan untuk melihat sendiri tanah itu. Sudah lama dia mencari tanah yang berhampiran pantai, akhirnya dia menjumpai tanah itu secara kebetulan sewaktu dia datang ke Kelantan diatas urusan kerja yang lain.

Rezeki tak pernah salah alamat.

Aileen yang sedari tadi hanya mengekor gerak geri ayahnya sesekali mencuri pandang kearah Habib yang segak memakai t-shirt polos berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Rambutnya yang panjang paras tengkuk itu hanya dibiarkan lepas sahaja. Kelihatan sangat sexy dimata Aileen.

'Inikah jelmaan fictional character daripada novel?' Hati Aileen berbunga-bunga. Jarang sekali dia dapat melihat lelaki tampan dari jarak dekat, selalunya hanya melihat dari televisyen saja. Anak muda di kampungnya semua muka pecah!

"Kedai ikan kering tu menyewa tanah ni juga ke Pak Hanif?" Soal Habib, ingin tahu. Dia melihat kedai itu boleh tahan besar, jika nanti pembinaan bermula macam mana dengan kedai itu? Plan pembinaan yang dibuat memang memerlukan tanah luas.

"Tak menyewa pun. Mereka berkeras tak nak bayar kerana katanya tak ada bukti ini tanah kami. Sudah ditunjuk geran tanah pun mereka masih menafikan kerana kedai itu sudah dibina lama sejak sebelum kematian arwah isteri Pak Hanif lagi." Ujar Pak Hanif. Menjelaskan situasi yang sebenar. Ada lagi perkara yang masih disembunyikan, namun cukuplah sampai disitu sahaja Habib mengetahui kerana dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.

"Ohh..." Habib membulatkan mulutnya. Hmm, satu cabaran juga ni nanti. Walaupun dia berjaya membeli tanah itu, sudah pasti akan tercetus perbalahan jika dia menghalau serta merobohkan kedai itu.

"Tak apa, biar Leen settlekan nanti. Abah dan abang Habib jangan risau ya." Aileen mencelah. Inilah masanya untuk dia menjadi heroin.

"Apa pula panggil abang, kan abah dah beritahu kita dia ni Dato," Suri mengetap gigi. Suaranya berbisik ke telinga Aileen. Merenyam betul anak daranya ini.

"Alaa makcik, dia okay je Leen panggil abang," balas Aileen,juga dalam nada suara yang berbisik. Pandai-pandai dia saja cakap orang tu okay.

"Tak apa makcik. Panggil abang pun boleh juga, barulah terasa muda sedikit." Habib mencelah. Sedari tadi dia juga asyik memerhati gadis itu, comel. Kecil molek sahaja orangnya. Rambutnya yang panjang separas pinggang pula hanya dibiarkan lepas dan terikut beralun apabila ditolak bayu laut.

"Abang Habib umur berapa? Memang masih muda kan?" Aileen bertanya keliru. Memang jejaka itu kelihatan muda dan tampan. Dia yang sedang merangkul lengan Suri sudah beberapa kali menggigit jari namun cepat sahaja ditepis oleh Suri. Katanya tak manis anak gadis berkelakuan seperti itu.

"Dah 33 tahun dik." Habib pula tergelak kecil. Dah hampir nak cecah 40an. Mendengar Aileen mengatakan dia kelihatan muda, terasa segan pula.

Aileen ternganga. 33 tahun? Ya Allah, inikah sugar daddy kiriman Tuhan untukku?

"Aww..." Aileen mengaduh sakit. Cubitan berbisa daripada Suri singgah di lengannya. Dia mengosok-gosok lengannya yang sedikit kemerahan akibat kesan cubitan itu.

"Tutup mulut tu. Buat malu abah dan makcik aje kamu ni," tegur Suri. Haishhh... Geram betul dia dengan perangai tak semengah Aileen tu.

Pak Hanif hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Habib pula tertawa halus, terhibur dengan gelagat Aileen.

"Dah jom kita jalan ke sana sikit. Ada sesuatu Pak Hanif nak tunjukkan." Ajak Pak Hanif. Habib sekadar menganggukkan kepalanya dan dia hanya mengekor dari belakang.

Setelah selesai urusan melihat kawasan tanah, Pak Hanif mengajak Habib dan Amirul singgah dulu ke rumahnya untuk minum petang. Aileen lah orang yang paling teruja sekali. Habis segala macam kuih dan biskut diangkut keluar untuk menjamu tetamu.

Sebelum menjelang senja, Habib dan Amirul meminta diri untuk kembali ke hotel yang mereka inap. Urusan jual beli masih belum selesai, jadi mereka akan berada di Kelantan selama beberapa hari sehingga segala urusan selesai. Lebih mudah, tidak perlu dia berulang alik Kuala Lumpur-Kelantan. 

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now