"Leen..." Suara panggilan itu menghentikan langkah kaki Aileen yang sedang berjalan ke arah bilik hotel. Usai menukar pakaian kering, dia melihat kelibat Habib sudah tiada dan dia beranggapan yang lelaki itu sudah pergi. Namun ternyata Habib sedang menunggunya sambil bersandarkan belakang badannya pada dinding di hallway itu.
"We need to talk," ujarnya lagi. Melihat Aileen yang berdiri diam tidak berkutik, Habib menghampiri gadis itu.
"Ada apa Dato'? Saya nak cepat ni, dah tengah malam," tanya Aileen. Dia rimas, dia tahu mata lelaki itu tidak lepas memandangnya sedari tadi. Apa masalah orang tua ni? Dari siang tadi sibuk hendak bercakap dengan dia.
"Kenapa dingin je dengan abang? Dulu Leen manja dan lemah lembut je dengan abang. Hmm..." Tanya Habib lembut.
'Aduh... dia nak imbau kenangan pahit pula. Buat apa nak dikenang!' Desis hati Aileen.
"Tu dulu, masa bodoh-bodoh. Sekarang dah cerdik sikit," selamba Aileen berkata. Matanya langsung tidak memandang Habib yang sedang berdiri dihadapannya.
Habib tergelak kecil. Aileen masih suka loyar buruk. Sama seperti dulu cuma mungkin dengan dia, Aileen menjadi beku. Semua salah diri sendiri.
"Abang hantar Leen kebilik," seraya menuturkan itu, bag pakaian basah yang dipegang oleh Aileen dicapai dan dia berjalan mendahului Aileen. Tingkahnya membuatkan Aileen terpinga-pinga.
Eh!
Dalam terpaksa, Aileen menurut langkah Habib. Apa masalah orang tua ni?
"Saya boleh bawa sendiri," tangannya cuba merampas beg yang berada dalam genggaman Habib. Habib segera menukar tangan yang membawa bag itu, supaya sukar untuk Aileen mencapainya.
"Abang bawa. Berat," ujarnya selamba. Berat? Sedangkan dalam itu hanya mempunyai satu set pakaian basah dan tuala sahaja.
Aileen membuat muka. Dia tahu itu hanya alasan Habib.
"Dato' tak perlu layan saya baik-baik. Saya tak suka." Tak salah kan jika dia berterus terang? Memang Aileen tidak suka, terasa amat janggal lebih-lebih lagi setelah tiga tahun lamanya mereka tidak bersua muka.
Langkah Habib terhenti dan membuatkan Aileen juga berhenti. Dia memalingkan tubuh kearah Aileen. Matanya mencari wajah gadis itu. Gadis itu hanya mempamerkan riak wajah yang tenang.
"Please jangan panggil abang dato'. Abang tak suka."
"Masalahnya Dato' bukan abang saya atau suami saya untuk saya panggil abang. So saya tetap akan panggil dato' as dato'. Or nak saya panggil paksu macam Hanna?"
Paksu? Terbuntang mata Habib. Dia tidak mahu. Panggilan sebegitu akan membuatkan jarak mereka semakin jauh. Dia mahu Aileen dekat dengannya.
"Kalau macam tu lusa abang masuk meminang. Kita kahwin. Lepastu bolehlah Leen panggil abang ni, 'abang' balik."
Ternganga Aileen mendengar kata-kata Habib.
"No way! Siapa nak jadi isteri dato'? Saya tak nak!" Keras Aileen membantah. Ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Hari ini kahwin, esok lusa cerai?
"Leen yang cakap dulu, Leen sudi jadi isteri abang. Jadi tak salahkan abang masuk meminang Leen?"
Dia ungkit kisah yang sudah bertahun berlalu. Aileen memicit pelipis. Apa masalah orang tua ni.
"Dato'... itu waktu saya berusia 20 tahun. Waktu itu saya amatlah bodoh dan tak tahu malu. Sekarang ni, saya dah cukup bijak dan saya ada perasaan malu. Lagipun dulu cinta monyet, saya hanya mengagumi Dato' dan apa yang saya luahkan tu tak valid." Terang Aileen panjang lebar. Haraplah Dato' Habib mengerti!
Habib tidak percaya. Suri sudah menceritakan semuanya pada dia. Hampir seminggu Aileen menangis kerananya. Tidak mungkinlah itu hanya cinta monyet. Dan usia 20 tahun sudah cukup dewasa untuk mengenal cinta.
"Abang ikhlas dengan Leen. Abang mahu Leen jadi suri hati abang,"
Aileen meraup mukanya. Tak faham bahasa ke orang tua ni?
"Macam ni, Dato' balik bilik, buat solat hajat atau solat istikharah dulu ke? Jangan main cakap je, ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke?"
"Okay, lusa abang hantar rombongan. Terima kasih Leen masih sudi terima abang," ujar Habib. Bibirnya sudah mengukir senyum lebar. Tidak kisah jika Aileen menolak. Dia akan memaksa jika perlu. Cukup tiga tahun dia terasa jauh, semenjak Aileen meluahkan isi hatinya pada dia, Habib sendiri tidak senang duduk. Sentiasa teringatkan Aileen.
Aileen berkerut kening. Bila masa pula dia setuju?
"Bila masa Leen setuju? Leen tak nak. Kita tak sekufu!" Tegas Aileen. Buat apa Dato' Habib hendak meminangnya? Bukankah dulu lelaki itu sendiri yang katakan mereka tidak sepadan.
"Abang anggap Leen setuju. Jangan fikir banyak sangat, lusa abang jumpa pak Hanif dan mak cik Suri." Kata Habib bersahaja, lalu kaki diayunkan berjalan kearah bilik Aileen.
"Leen tak nak!" Suara Aileen sudah naik seoktaf. Habib tidak menghiraukan dia yang masih pegun ditempatnya.
Habib memalingkan tubuhnya kepada Aileen. Dengan jarak yang hampir 1 meter, dia perlu menjerit sedikit untuk bercakap dengan Aileen.
"Abang tetap nak." Katanya. Bibirnya tersungging senyum nakal. Melihat wajah cemberut Aileen,lagi dia suka!
Habib oh Habib. Padanlah muka, dulu masa budak tu nak, kau jual mahal. Sekarang Aileen dah tawar hati baru nak terhegeh-hegeh.
Aileen termangu-mangu. Kenapa jadi begini? Kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu ingin meminangnya selepas tiga tahun lamanya mereka tidak bertemu mata?
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!
RomanceAileen Soffiya, jatuh cinta pandang pertama pada duda hot yang datang kekampungnya. START 28/02/2023