BAB 14

936 33 1
                                    

"Habib, bawalah Leen pergi resort kamu tu. Dia tak pernah pergi lagi."

Mata Aileen terus membulat besar setelah mendengar saranan Abahnya.

Dia tak pernah berniat pun nak pergi. Kenapa dengan Abah ni!

"Boleh juga. Leen bersiap, Abang tunggu dalam kereta."

Nah! Habib pula dah suruh dia bersiap sebelum dia mengatakan tidak.

"Pergilah Leen, tukar tudung. Lepas tu bawa Habib jalan-jalan dulu. Esok dia dah nak balik KL." Tambah Abah lagi. Melihat wajah Abah, Leen tak sampai hati hendak berkata tidak. Akhirnya dia akur. Bangun dari kerusi di ruang tamu, dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.

Termenung sekejap dia di hadapan cermin. Berkelip-kelip matanya memandang dirinya.

'Yang kau melawa apa pasal Leen?'

Lipstick di bibir terus dikesat dengan tisu basah. Buang tabiat! Marah dia pada diri sendiri.

Tudung bawah dibetul-betulkan. Dia menarik nafas dan hembus keluar.

Fuh... Hari ini kita reject dia!



Mereka berdua berjalan masuk ke lobi resort. Ramai mata memandang? Semestinya kerana Habib merupakan bos mereka. Siap ada yang tunduk-tunduk hormat. Aileen pula yang terasa malu dengan layanan begitu walaupun tunduk hormat itu bukan untuknya.

"Jom naik atas dulu. Abang tunjuk office Abang."

Aileen sekadar angguk kepala. Dia sebenarnya teruja, tetapi riak teruja itu dia kawal. Malulah nak tunjuk keterujaan depan Habib sednagkan dari awal jumpa Habib dia dah kawal diri. Dia dah sorok dirinya yang gila-gila tu.

"Sini office Abang. Kalau lepas ni Abang buat kerja, Leen boleh tunggu Abang dekat bilik sebelah. Sebab Abang selalu bermalam dekat sini jadi Abang memang buat office sekali bilik terus. Tak susah-susah nak keluar masuk." Kata Habib setelah mereka masuk ke dalam pejabat Habib.

Aileen angguk-angguk dulu. Eh kejap! Tunggu dia?

"Siapa cakap saya nak tunggu Dato'?

Habib hanya ketawa. Dia membiarkan soalan Aileen tak berbalas. Dia berjalan ke meja kerjanya dan membuka satu laci.

Aileen cemberut. Geram je bila Habib hanya ketawa dan tak membalas soalannya. Dia pula pergi melabuhkan duduk di atas kerusi yang ada.

'Macam mana nak cakap dia nak tolak pinangan Habib?' otaknya berfikir.

Dia tak nak kahwin dengan Habib.

Habib melirik pada Aileen yang sedang duduk. Pakaian Aileen ringkas. Kulit wajahnya kuning langsat. Alisnya terbentuk cantik secara semula jadi. Walaupun gadis itu tidak memakai sebarang make-up, Aileen tetap kelihatan cantik. Sedap mata memandang.

Mata Habib turun pada bibir Aileen yang hanya dioles dengan pelembap bibir.

Tak semena jantungnya berdegup kencang. Parah kau Habib!

Cepat dia mengusir fikiran nakal yang muncul di benaknya. Sabar Habib! Ingat Tuhan.

Dia mengambil sesuatu dari laci dan berjalan semula ke arah Aileen.

Diletak kotak kecil ke atas meja, betul-betul di hadapan Aileen. Aileen berkerut dahi.

"Apa tu?" Soalnya. Bibirnya dijuih pada kotak itu.

"Bukalah tengok."

Dengan was-was, Aileen capai kotak itu dan membukanya.

"I-Ini..." Aileen terkedu saat membuka kotak itu.

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now