BAB 5

780 30 0
                                    

Pagi yang penuh cabaran! Peluh yang merecik didahi tidak dihiraukan. Fokusnya diberikan sepenuhnya pada objek bernyawa yang sedang berhadapan dengannya. Objek itu bergerak kekiri badannya juga turut kekiri. Objek itu kekanan dia juga kekanan. Hari ini dia mesti dapat menangkap objek itu!

Jerat yang diberi langsung tidak mengena, dia tiada pilihan selain daripada menggunakan kaki tangannya pula.

Bismillahirahmanirahim!!! 

Dengan laungan itu Aileen menerpa kearah objek itu dan berjaya menangkapnya. Kepak ayam kampung itu dipegang dan dia membawa ayam itu ke pelukan. Dipeluk erat supaya ayam itu tidak terlepas dari genggamannya.

Fuhhh... Ini Aileenlah! Setakat seekor ayam,kacang je. Dia mendabik dada sendiri. Bangga dengan pencapaiannya. Bergegas dia berlari ke arah Suri yang sedang menyiapkan sarapan pagi di dapur. Abah pula janji nak tangkap sama-sama, subuh hari lagi dia sudah menghilangkan diri. Suri kata abahnya pergi ke surau untuk sembahyang subuh berjemaah.

"Makcik... makcik..." Aileen menjerit dari jauh memanggil Suri. Tidak sabar untuk menunjukkan hasil tangkapannya.

"Makcik tengok ni aaa...." Aileen tergamam melihat sekujur tubuh lelaki sasa yang sedang berdiri tegak di dapur rumahnya. Pergerakkannya kaku dipintu dapur, dia melihat lelaki itu dari atas kebawah. Liur kesat ditelan.

Aileen mengedipkan matanya berkali-kali. Masih tidak percaya! Jelmaan Habib ke ni? Atau memang Habib? Ya Allah... aku comot ni! Aileen seperti hendak menangis.

"Ish tercegat kat situ kenapa. Mari masuk. Abah kesurau tadi,terserempak dengan Habib itu yang abah ajak sarapan dirumah." Suara Pak Hanif mengajaknya masuk bagaikan mendayu-dayu sahaja. Aileen masih terasa seperti diawan-awangan.

Pap!

Suri menepuk bahu Aileen kuat.

"Aduh! Makcik ni suka dera Leen." Mulutnya membebel sambil tangan naik menggosok bahunya yang pedih. Mata masih tidak lepas memandang susuk tubuh Habib yang sangat... sangat kacak di dalam persalinan baju melayu dan kain pelikat. Songkok di kepala juga menambahkan lagi seri wajah lelaki itu.

Kokk kokk kokk

Tidak sedar yang dirinya masih memeluk ayam kampung yang ditangkap tadi, dia terpeluk ayam itu erat sehingga terkokok ayam itu kerana kesakitan.

"Eh ayam..." Aileen tersengih busuk. Malu kuasa dua pagi ini!

"Nah ayam makcik. Leen nak naik mandi dulu, jangan habiskan nasi goreng tu." Ayam ditangan dihulurkan kepada Suri dan Aileen terus berlari naik kerumah. Akibat malu, dengan kelam kabut dia berlari untuk menghilangkan diri.

Buat penat aku berlakon macam gadis melayu terakhir semalam. Hari ini pagi-pagi buta lagi dah kantoi perangai tak semengah. Entah sejak bila dia sampai dan tengok aku macam tu. Aileen mengetuk kepalanya kedinding. Malu yang teramat malu. Kenapalah tak datang waktu aku tengah cantik-cantik.

Dia menekup mukanya ke bantal dan menjerit melepaskan geram. Harap-harap orang didapur tak dengarlah jeritan nyaringnya itu. Tak tertanggung rasa malunya itu.


Setelah selesai mandi, Aileen bersiap-siap untuk turun kedapur semula. Kali ini dia mengenakan baju kurung moden yang dijahit sendiri oleh Suri. Suri memang suka menjahit, dan dengan kebolehan yang ada dia juga mengambil upah menjahit pakaian orang kampung.

Kesempatan itu juga diambil oleh Aileen untuk meminta pelbagai jenis gaya baju kurung. Kurung riau, kurung moden, kebaya hampir kesemua baju tradisional milik Aileen dijahit sendiri oleh Suri.

"Ehem..." Aileen berdeham, tujuannya hanya untuk memberitahu keberadaan dia disitu kerana Suri, Pak Hanif dan Habib sedang ralit berbual. Entah apa yang dibualkan namun dari pengamatan Aileen, topik perbualan itu sangat rancak kerana kedengaran beberapa kali Suri dan pak Hanif ketawa besar.

"Leen...mari duduk sini." Ajak Pak Hanif, kerusi disebelahnya ditarik supaya Aileen duduk disitu.

Aileen mengendahkan sahaja, malah dia berlalu ke sebelah Habib dan melabuhkan duduk disitu. Suri pula tercengang melihat Aileen yang bersahaja menarik kerusi dan tanpa segan duduk disitu. Habib pula menyembunyikan senyum. Berani juga anak dara ni, getus hatinya.

"Makcik... Leen nak air," pinta Aileen. Suaranya sengaja dilemah lembutkan.

Suri pula tergagap-gagap menuangkan air kecawan dan dihulurkan kepada Aileen. Buang tebiat agak anaknya ini. Pak Hanif pula sengih janggal.

Aduh Aileen... Kalau tak buat hal bukan Aileenlah namanya.

"Abang dah makan?" Soal Aileen pada Habib. Lembut suara itu menyapa gegendang telinga Habib.

"Dah. Adik makanlah." Sengaja Habib mengelarkan Aileen 'Adik', dia tidak mahu gadis itu jatuh hati padanya. Lagipun gadis itu masih muda remaja, tidak sepadan dengan dirinya yang sudah tua. Ritma degupan jantungnya sudah tidak tenteram. Bau harum dari Aileen mengetarkan dadanya.

Adik? Aileen mencebik. Dia tak nak jadi adik!

"Wife abang selalu masak ke dekat rumah?"

Soalan daripada Aileen membuatkan Habib terbatuk-batuk. Dia tidak sangka soalan itu akan terkeluar dari mulut comel gadis itu.

"Abang tak ada isteri. Abang duda..." Jawab Habib, tangannya naik menggosok belakang lehernya. Sedikit segan untuk memberitahu tentang statusnya kepada orang luar. Selama ini dia hanya membiarkan statusnya menjadi tanda tanya pada orang sekelilingnya.

Mata Aileen membulat. Dia tak salah dengarkan?

Duda? I like duda! Hatinya bersorak girang.

Peluang sudah ada didepan mata. Kita harus mulakan misi mencuri hati sekarang! 

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now