BAB 7

753 34 1
                                    

Aileen menangis semahunya dikamar.

Ada jurang besar yang memisahkan kita. 

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Sakit hatinya apabila cintanya ditolak. Benarlah kata abah dan makcik, dia orang bandar. Tak sesuai dengan orang kampung sepertinya. Habib sendiri yang meletakkan jurang itu. Walaupun kata-kata Habib masih berlapik namun dia tahu itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Habib. Apatah lagi mereka orang miskin. Habib orang kaya.

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Dia bangun dari pembaringan dan membuka pintu biliknya.

"Menangis?" Tanya Suri sepatah. Aileen mencebikkan bibirnya. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

"Tak pun." Nafi Aileen. Air mata yang bersisa dipipi dikesat kasar.

"Kan makcik dah pesan, dia dan kita berbeza." Suri sudah membuat mukadimah kepada bebelannya.

"Leen tak cantik ke makcik?" Air mata yang turun dikesat laju. Semakin ditahan semakin dia turun.

"Leen cantik. Cantik sangat. Kita tak boleh memaksa hati orang Leen. Lagipun Leen baru sahaja kenal dia beberapa hari, tak kan sudah betul-betul jatuh cinta?" Suri melabuhkan duduk disebelah Aileen diatas katil. Rambut panjang Aileen dielus lembut.

"Leen dah betul-betul suka dekat abang Habib tu..." tangisannya menghambur keluar. Teringat kembali momen cintanya ditolak secara halus oleh Habib menyakitkan hatinya.

Aileen melentokkan kepalanya kebahu Suri. Tangisannya sudah semakin reda, sisa air mata dipipi Aileen dikesat oleh Suri. Manja! Dia faham perasaan itu, perasaan yang hanya datang sementara kerana Aileen begitu mengagumi Habib. Dia percaya lama-lama nanti mesti perasaan itu akan hilang dengan sendirinya dari hati Aileen.

"Sudah jangan menangis lagi. Makcik tak suka tengok Leen sedih-sedih." Suri menatap Aileen. Kedua belah pipi Aileen ditekup dengan telapak tangannya.

"Kalau Leen nak berjaya macam Dato' Habib, Leen kena belajar rajin-rajin. Duit hasil jual tanah boleh kita guna buat Leen sambung belajar. Leen nak jadi akauntan kan?"

Aileen mengangguk kepalanya laju. Memang itu cita-citanya semenjak sekolah. Dia ingin menjadi akauntan kerana dia suka pada duit!

"Kalau nak jadi akauntan, kena rajin belajar. Jangan banyak berangan je," kali ini kepala Aileen ditunjal lembut oleh Suri.

"Makcik ni..." wajah cemberut Aileen mengundang tawa besar Suri. Sengaja dia ingin menyakat Aileen.

"Dah makcik nak keluar. Kesian abah tidur sorang-sorang dalam bilik." Suri terus berlalu keluar dari bilik Aileen. Pintu bilik ditutup rapat. Dengan tawa yang masih tersisa dia berjalan menuju kebilik tidurnya.

"Eeii menyampahnya!"

Aileen membalingkan sebiji bantal kearah pintu. Geram pula. Selalunya dia yang menyakat Suri, hari ini terkena pula dia dengan Suri.

Betul kata makcik. Aku kena belajar dan jadi kaya macam dia. Aku akan tunjukkan yang anak orang kampung juga boleh berjaya.

3 tahun kemudian.

"Arghhh... aku stress." Jeritan nyaring Aileen mengejutkan rakan sebiliknya. Kertas-kertas latihan yang berterabur di meja direnung tajam. 'Kau memang cari gaduh kan?' Bentak Aileen didalam hati. Nak saja dia lunyaikan kertas-kertas itu.

"Kau dah kenapa gila?" Tanya Hanna, roommate Aileen di universiti itu.

"Aku stress! Satu apa pun tak masuk otak ni," adu Aileen. Hampir-hampir dia menangis kerana peperiksaan berbaki beberapa hari sahaja lagi. Semester ini akan berakhir dengan 2 ujian sahaja lagi. Selepas itu mereka akan bercuti selama sebulan 10 hari dan akan bersambung balik semester akhir dengan dua lagi kertas ujian sebelum dia tamat pelajaran dalam bidang ACCA itu. Selepas SPM, Aileen bertuah kerana dapat menyambung CAT-ACCA di sebuah institusi pengajian di bawah kelolaan badan zakat negara. Semua biaya pengajian ditanggung oleh pihak zakat negara.

Selepas CAT (certified accounting technician) dia berehat seketika dikampung dan barulah dia menyambung semula ACCA secara sepenuh masa. Berkat hasil jualan tanah, dia dapat membayar yuran pengajian tanpa membuat sebarang pinjaman pelajaran.

"Sabar... apa kata kau rehat dulu, bertenang dulu dan solat sunat dulu. Mohon pada Allah untuk bukakan jalan dan buka minda kau." Cadang Hanna. Aileen menganggukkan kepalanya tanda setuju. Betul tu, ada baiknya dia berehat dahulu. Sudah hampir tiga jam lamanya dia menelaah buku rujukan dan kertas-kertas latihan itu.

Mindanya perlu disegarkan semula.

Aileen mengayunkan kakinya ke katil dan merebahkan badannya disitu. Dia perlu lelap seketika sebelum ketandas untuk mengambil wuduk dan solat sunat. Tangan kanannya dibawa naik ke dahi dan direhatkan disitu. Matanya dipejam rapat.

"Leen... nanti habis exam kita pergi healing nak?" Ajak Hanna. Sudah lama mereka tidak bercuti kerana kekangan waktu.

"Cuti kat mana?" Soal Aileen. Matanya masih terkatup rapat.

"Hotel paksu aku je. Dekat Kuala Lumpur."

"Healing free ke?" Aileen mula menunjukkan minat. Benda free, dia memang suka.

Laju Hanna menganggukkan kepalanya. Dia tahu Aileen pasti setuju!

"Cantik... Lepas habis exam kita terus gerak. Aku nak bilik yang ada jakuzi sekali tau. Kalau ada gigolo pun boleh juga," seloroh Aileen. Seraya itu Hanna melemparkan sebiji bantal kearahnya dan tepat mengena mukanya.

"Tak senonoh lah kau perempuan." Dengus Hanna. Geram dia dengan loyar buruk Aileen itu.

Aileen mula ketawa besar. Suka betul dia menyakat Hanna. Hanna tak ubah seperti ibu tirinya Suri, suka merajuk apabila diusik. Namun cepat sejuk apabila dipujuk.

Rindu makcik. Rindu abah. 

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now