BAB 8

791 35 0
                                    

Aileen bersorak girang. Alhamdulillah exam sudah tamat untuk semester ini. Keputusan pun memberangsangkan, Alhamdulillah.

Seperti yang mereka rancang, hari ini Aileen dan Hanna akan ke hotel milik Paksu Hanna. Walaupun sekadar healing ditengah bandar, Aileen tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat juga dia melepaskan tekanan. Hanna kata ada infinity pool, lagilah Aileen teruja. Dia memang suka berenang.

"Weh jom. Paksu aku dah sampai." Ajak Hanna. Langkah kanan juga mereka kerana hari ini Paksu dia sendiri yang datang menjemput mereka dari kolej.

Aileen angguk. Bag sandangnya dicapai dan bagasi di sebelah juga ditolak. Mereka berdua sudah menunggu di lobi kolej hampir 30minit. Kaki diayunkan berjalan ke arah sebuah kereta Volvo XC60 berwarna putih. Hanna membuka pintu dibahagian penumpang hadapan manakala Aileen masuk ke bahagian penumpang belakang.

Aileen melihat Hanna menyalami paksunya dan paksunya menghadiahkan sebuah kucupan ringkas ke dahi Hanna. Dia tersenyum sendiri. So sweet paksu Hanna.

"Ini roommate Hanna, nama dia Aileen dari Kelantan. Sejak first year lagi kite orang satu bilik," Hanna memperkenalkan Aileen kepada paksunya.

"Hi Aileen. Dah makan?" Tegur Paksu Hanna, berbasa basi. Ini semua gara-gara permintaan mengada-ngada Hanna supaya menjemputnya di kolej. Padahal keluarga mereka ada saja pemandu yang boleh datang.

Dia memalingkan wajahnya kebelakang dan tersenyum manis.

Aileen terpempan. Wajah itu, senyuman itu. Dia kenal. Namun lelaki itu seperti tidak mengenalinya.

"Hi," jawab Aileen sepatah. Lidahnya kelu saat ini. Sudah tiga tahun lamanya semenjak kes itu dia tidak berjumpa dengan lelaki yang sedang memandu itu. Hatinya berdegup kencang saat ini. Tidak tenteram.

Sepanjang perjalanan hanya Hanna dan Paksu nya sahaja berborak. Aileen pula sekadar mendiamkan diri dan sesekali tertawa kecil apabila Hanna ada memetik namanya.

'Cepatlah sampai,' itu saja doa Aileen sekarang. Terasa semakin sesak nafasnya saat ini. Lagi-lagi apabila mendengar tawa dan suara lelaki itu.

"Leen. Kau kenapa diam je," tegur Hanna. Pelik dengan sikap Aileen yang tiba-tiba menjadi pendiam. Selalunya dialah yang paling banyak mulut.

"Aku lapar. Tak ada tenaga nak cakap." Balas Aileen. Tidak lapar pun, dia cuma kehabisan idea untuk kelentong Hanna.

"Lahhh... kenapa tak cakap. Paksu nanti singgah makan," arah Hanna kepada paksunya. Macam gitu je Hanna arah Dato' Habib?

"Eh tak apa. Makan dekat hotel je. Ada buffet kan? Aku nak melantak seafood sampai habis nanti," tegah Aileen. Dia tak nak semakin lama berada dengan Habib. Dia nak cepat sampai!

"Paksu drive laju sikit. Kesian kawan Hanna lapar." Sekali lagi Hanna mengarahkan Dato' Habib. Lelaki itu pula hanya diam dan angguk kepala saja.

Aileen sudah ternganga. Ahh lantaklah. Janji cepat sampai.

Tanpa sedar, Aileen ralit memerhati Habib yang sedang fokus memandu. Hanna pula sudah tertidur nyenyak. Lelaki itu nampak lain, lebih kacak dari dahulu. Kemeja putih yang tersarung memeluk tubuh kekar lelaki itu. Sangat sasa. Rambut juga sudah dipotong rapi tidak seperti tiga tahun lepas.

Aileen memandang ke arah rear mirror. Dia ingin melihat wajah lelaki itu. Wajah yang pernah membuatnya jatuh cinta. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan Habib. Kerana semenjak hari itu, Habib hanya berurusan dengan Pak Hanif sahaja jika berkaitan tanah.

Makin kacak. Desis hati Aileen.

Matanya bertembung dengan mata coklat Habib. Biasan cermin itu jelas menunjukkan yang lelaki itu turut memandangnya. Segera Aileen mengalihkan pandangan dan terus memandang ke luar tingkap.

Habib sedar akan renungan Aileen. Hatinya dijentik rasa gembira apabila melihat gadis itu. Sudah hampir tiga tahun Aileen menghilangkan diri. Jika dia ke Kelantan, kelibat Aileen langsung tidak dapat dilihat di rumah Pak Hanif. Dia tahu gadis itu terasa hati.

"Yeay... dah sampai akhirnya. Penat betul," bebel Hanna. Turun saja dari kereta, dia meregangkan badannya, memperbetulkan urat-urat. Penat macam dia yang memandu sedangkan dalam perjalanan satu jam setengah dia hanya membuat air liur basi saja.

"Penat sangat macam dia yang drive. Paksu lagi penat. Malam ni kena picit belakang paksu," Habib menolak lembut kepala anak buahnya.

"Hishh orang tua ni. Suka-suka je tolak kepala Hanna. Nanti rosaklah tudung, tak cantik kalau Abang Mirul tengok," marah Hanna sambil dia membetulkan-betulkan tudungnya. Padahal pakai tudung sarung aje.

Aileen hanya sekadar menjadi pemerhati. Entah mengapa lidahnya kelu untuk dia melontarkan suara.

"Eh! Abang Mirul!" Hanna menjerit dari jauh apabila melihat kelibat Amirul melalui lobi hotel. Hotel itu merupakan headquarters jadi tidak hairanlah jika Amirul turut berada disitu.

"Leen, aku g sana jap..." seraya itu Hanna terus berlari mendapatkan Amirul.

"Eh Hanna..." Sia-sia sahaja kerana Hanna sudah hilang dari pandangannya. Berdesup laju dia berlari.

"Hanna memang begitu kalau berjumpa dengan Amirul. Maklumlah jumpa tunang," ujar Habib sambil ketawa kecil.

Aileen hanya berdiam diri sahaja. Dia tidak membalas atau memberi apa-apa respon. Malah dia juga terus berlalu meninggalkan Habib yang sedang memegang bagasi Hanna.

Terasa pergelangan tangannya dilelar oleh seseorang, langkah kaki Aileen terhenti. Dia menoleh kebelakang dan melihat lengannya yang berlapik baju dipegang oleh tangan kekar Habib. Dia berkerut kening, hairan.

"Kita berbual sekejap boleh?" Pinta Habib dengan lembut. Dia tidak suka dengan kedinginan gadis itu. Dia suka Aileen yang mulut murai dan ceria. Tiga tahun lamanya Aileen mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. Dia perlu jelaskan segalanya.

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now