"Ya Leen? Kenapa call Abang?" Habib menyapa lembut. Dia gembira melihat nama Aileen muncul pada skrin telefon bimbitnya. Pasti Aileen suka dengan jambangan bunga yang dia hantar. Meleret-leret senyumannya saat ini.
Bila panggilan dah bersambung, Aileen pula rasa lidahnya terus kelu. Kenapa kelu? Dia dah susun ayat tadi.
Dia telan liur. Selepas itu dia berdeham. Membetulkan peti suaranya sebelum dia ke agenda utama.
"Erm... Dato' busy?" Soal Aileen.
"Tak sayang. Abang tak busy."
Mata Aileen membulat besar. Terkedu! Terkelu lidahnya mendengar perkataan Sayang tu. Terus jantungnya berdegup macam baru lepas lumba lari. Bergegar habis segala organ dalamannya. Nak-nak pula si Habib guna suara dalam, suara yang sangat maskulin. Ni kalau depan mata, memang Aileen rebah terus.
Tak depan mata, memang dia dah rebah terduduk ke birai katil.
"Siapa sayang-sayang? Siapa sayang Dato'?" Aileen jual mahal. Cit! Habib jangan fikir Aileen lemah sangat.
Habib ketawa di talian.
"Leenlah Sayang Abang. Ke tak sayang Abang?"
Aileen pejam mata. Pak cik ni memang confident level tahap kayangan ni!
"Excuse me. Bila masa pula Leen sayang Dato'? Huh!"
Habib ketawa lagi. Pasti muka Aileen dah merah macam udang rebus sekarang.
"Tak sekarang. Tapi nanti. Kan?"
"Tak kuasa! Orang tak nak kahwin dengan Dato'. Orang dah ada pakwe."
Aileen tekup mulut.
Tak! Dia karang alasan lain tadi. Aduh! Aileen... Dia nak cakap yang dia nak belajar. Dia nak habiskan kuliah. Dia nak jadi wanita bekerjaya.
Habib terdiam. Hanya hembusan nafas yang Aileen dengar. Tiba-tiba dia rasa cemas. Gabra. Gugup. Semua adalah kiranya. Bercampur-campur perasaannya waktu itu.
Eh wait? Kenapa nak gabra. Memang dia tak nak kahwin dengan Habib kan?
"Leen minta maaf. Leen terpaksa tolak pinangan Dato'." Senafas Aileen menuturkan ayat itu.
Dan Habib masih diam. Diam tanpa suara.
Dan diamnya Habib buat Aileen makin cemas. Gelisah tak tentu hala walaupun memang itu yang dia nak. Dia nak Habib give up. Dia nak Habib tarik balik pinangan itu.
"Dato'?" dia memanggil. Please say something. Aileen gigit bibir.
"I'm sorry." Kata Aileen lagi.
"It's okay Leen but I just want you to know something, I am desperate and want you to be my wife. I'm going to do anything to have you in my arms. Remember my word because I am a man with a word."
Dan setelah itu, talian dimatikan.
Aileen terpinga-pinga memandang skrin telefon yang dah gelap.
Matanya terkebil-kebil.
Malam itu, memang Aileen tak jenak tidur. Apa maksud Habib?
Dia terkebil-kebil merenung siling. Kenapalah Habib nak buat benda jadi complicated? Ramai lagi perempuan kat luar sana. Berlambak! Boleh pilih je. Dengan status dan rupa yang ada pada Habib, mustahil tiada perempuan yang beratur nak menjadi suri hati lelaki itu.
Kenapa dia juga? Kenapa gadis kampung macam dia?
Nak kata dia kaya. Memang tidaklah. Kaya sekejap sahaja lepas penjualan tanah pusaka tu, itu pun dia memang guna cermat untuk kelangsungan hidup. Adalah lagi sedikit dia simpan untuk masa depan. Plan nak buka book-café selepas tamat belajar nanti.
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!
RomanceAileen Soffiya, jatuh cinta pandang pertama pada duda hot yang datang kekampungnya. START 28/02/2023