Peluang keemasan untuk Aileen apabila Pak Hanif meminta Aileen untuk membawa Habib ke bandar bagi urusan pertukaran nama tanah. Setelah mencapai kata sepakat, syarikat milik Habib iaitu H Group Resort and Hotel akan membuat bayaran secara ansuran kepada Aileen iaitu pemilik tanah selama enam bulan berturut-turut sehingga selesai pembayaran jumlah tanah yang bernilai tiga juta itu. Aileen tidak kisah tentang duit, otaknya hanya memikirkan Abang Habib pujaan hatinya.
Setelah bersiap-siap dan memastikan dirinya kelihatan cantik, Aileen keluar dari bilik tidurnya dan terus berjalan kearah pintu masuk rumahnya. Kelihatan Habib dan Amirul sudah menunggu diluar. Aileen tersipu-sipu malu.
Kacaknya bakal suami aku! Tak putus-putus dia memuji Habib didalam hatinya. Crush sangat pada Habib!
"Jom kita gerak sekarang. Risau petang nanti pejabat kerajaan dah tutup." Ajak Aileen. Dia menuruni anak tangga lalu memakai sandal. Sandal raya tahun lepas, itulah sandal paling baru dia ada. Setahun sekali je dia membeli barangan baru itu pun sempena hari raya. Jika tidak dia hanya memakai sahaja apa yang ada.
"Kalau macam itu jom lah. Adik nak duduk belakang atau depan?" Soal Habib kepada Aileen apabila dia melihat Aileen terpinga-pinga tidak tahu hendak duduk dimana.
"Nak duduk belakang boleh? Sama-sama dengan abang." Jawabnya sambil tersipu-sipu.
Suri sudah menepuk dahi. Apa nak jadi anak daranya ini. "Jangan dilayan sangat Habib. Aileen memang begini, mengada-ngada sikit." Ujar Suri. Matanya dijegilkan kepada Aileen. Sudah dipesan supaya buat perangai elok-elok malah dia semakin mengedik.
"Tak apa Makcik. Budak-budak biasalah." Balas Habib sambil tertawa kecil.
Aileen sudah masam mencuka. Habib panggil dia budak-budak? Dia dah 20 tahun lah! Aileen terus membuka pintu kereta di bahagian belakang dan masuk kedalam kereta. Terpegun dia melihat hiasan dalaman kereta mewah itu. Mana tak mewahnya, Mercedes Maybach hitam berkilat. Jakunnya. Kereta yang pernah dinaiki hanyalah proton saga lama milik abahnya. Itupun sudah hampir berusia 20 tahun. Dapat duit tanah nanti memang dia nak beli kereta baru untuk abah dan makcik!
"Aileen selesa?" Tanya Habib apabila dia juga sudah melabuhkan duduknya disebelah Aileen. Arm rest di tengah menjadi penghalang antara kedudukan mereka.
Aileen sekadar menganggukkan kepalanya. Senyuman yang terlorek di bibirnya sudah cukup jelas mengatakan yang dia amat selesa.
"Abang Habib dah lama ke jadi duda?" Aileen mula masuk jarum. Inilah masanya, kalau tidak sekarang entah bila dia akan dapat peluang ini lagi.
"Dah lama. Hampir lima tahun juga."
"Kenapa abang tak kahwin lagi?" Soalan cepumas ni!
"Abang belum bersedia untuk apa-apa komitmen lagi selepas perceraian dengan bekas isteri. Abang hanya fokus pada perniagaan saja."
Aileen membulatkan mulutnya. Ooo... tak bersedia lagi. Baguslah, kalau tidak mesti aku dah tak ada peluang nak mengorat! Hihihi. Detik hati nakalnya.
"Abang ni handsome lah. Macam hero-hero dekat tv." Aileen memuji ikhlas. Matanya saja tidak lepas dari merenung Habib.
Habib hanya membalas dengan senyuman. Dia tahu dan sedar gadis itu cuba memancingnya. Dia tidak mahu tergoda. Dia akan meletakkan sebanyak mana tembok yang ada untuk tidak memberi apa-apa harapan kepada gadis itu.
"Dato', kita dah sampai." Beritahu Amirul.
Akhirnya selesai juga urusan pertukaran nama. Setelah beberapa hari berada di Kelantan, Habib dan Amirul bakal kembali ke Kuala Lumpur pada subuh esok hari. Sebelum menghantar Aileen pulang kerumah, mereka bertiga singgah lagi ke kawasan tanah pantai itu.
Bayu laut meniup lembut rambut Aileen. Sesekali dia menyelak juntaian rambut itu kebelakang telinganya. Habib dan Amirul kelihatan seperti sedang berbincang akan sesuatu jadi Aileen memilih untuk tidak menganggu perbualan mereka berdua. Mungkin hal kerja.
Ibu... Maaf kan Leen dan Abah. Kami terpaksa jual tanah ibu. Terlalu banyak pergaduhan terjadi kerana tanah ini jadi Leen dan Abah membuat keputusan untuk jual saja. Cukuplah perbalahan yang terjadi, Leen tak sanggup lagi tengok Abah sentiasa diserang oleh keluarga Ibu semata-mata kerana rebutkan tanah ini.
Tanpa sedar tubir mata Aileen berkaca. Banyak kenangan mereka ditanah itu. Sebelum arwah ibunya meninggal, mereka sering datang kesitu untuk menikmati air kelapa segar dan bermain layang-layang.
Ibu... Leen rindu ibu. Melihat Habib berjalan menghampirinya, cepat-cepat air mata diseka, dia tidak mahu Habib melihatnya menangis.
"Nak balik dah ke?" Soal Aileen pada Habib.
"Ya. Dah nak senja. Nanti apa pula kata Pak Hanif." Habib tersenyum manis.
"Abang..." Aileen memanggilnya lembut. Apabila melihat Amirul turut berada disitu, Aileen jadi serba tak kena. Dia hendak berdua-duaan dengan Habib. Macam mana nak halau Amirul ni? Otaknya diperah mencari idea.
Habib mengerut kening melihat Aileen. Macam ada sesuatu yang tak kena. Memahami keadaan, Habib meminta Amirul menunggu dikereta.
"Kenapa Leen? Ada apa yang Leen nak beritahu abang?"
"Abang balik KL esok ke?"
Habib menganggukkan kepalanya.
Aileen menguis tanah dengan kakinya. Dia nak beritahu tapi malu. Namun ini sahaja peluang yang ada. "Emm abang. Leen ada sesuatu nak beritahu abang."
"Abang sedia pinjamkan telinga..." ayat itu diakhiri dengan tawa kecil.
"Leen... Leen rasa Leen dah jatuh cinta pada Abang." Luah Aileen senafas. Pipinya terasa panas dan pijar.
Habib berdeham.
"Leen dah bersedia untuk jadi isteri abang. Abang duda pun Leen tak kisah," katanya lagi. Dia nekad, dia betul-betul sudah jatuh cinta pada Habib. Cinta pandang pertamanya.
"Leen belum kenal abang sepenuhnya, macam mana Leen boleh jatuh cinta pada abang?" Soal Habib pula, kedua-dua belah keningnya terangkat.
"Cinta pandang pertama?" Aileen mengigit bibir. Entah kenapa mulutnya terasa kaku. Selalunya dialah juara berceloteh.
"Maafkan abang. Leen masih terlalu mentah untuk kenal cinta. Dan kita berdua, ada jurang besar yang memisahkan kita. Lagipun Leen tak sepadan dengan abang."
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!
RomanceAileen Soffiya, jatuh cinta pandang pertama pada duda hot yang datang kekampungnya. START 28/02/2023