BAB 4

738 28 1
                                    

Aileen berguling-guling di atas katil. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya apabila teringat akan wajah tampan Habib. Ahh... dia sudah jatuh cinta! Dia menekup kepalanya ke bantal dan menjerit gembira.

Bab berangan, memang itu kepakaran dirinya.

Dalam tidak sedar dia sudah berangan untuk memiliki Habib. Entah-entah orang itu sudah beristeri, ahh berangan kan percuma je.

Telefon bimbit dicapai. Dia membuka aplikasi instagram. Nama Habib Wazir ditaip dan butang search ditekan. Satu-satu nama pengguna yang bernama Habib Wazir ditekan, discroll dari atas bawah dengan gigih.

Bibirnya melakar senyuman apabila orang yang dicari dijumpai. Aktif rupanya di instagram. Dia ingatkan orang tua tak pandai main instagram. Gambar terbaru yang dimuat naik oleh lelaki itu ketika berada di pantai tadi tanpa ada sebarang caption. Hanya gambar semata-mata.

Aileen mencebik. Sekurang-kurangnya tulislah sesuatu. Gambar-gambar yang lain juga turut dilihat dan spontan sahaja jari Aileen menekan butang 'suka'. Hampir semua gambar yang dimuat naik oleh Habib Wazir di 'like' olehnya.

Lupa nak tanya abah dia dah kahwin ke belum. Nak tanyalah. Hati tak tenang kalau tak tanya! Dia bingkas bangun dari katil dan meluru keluar dari bilik tidurnya.

"Abah... abah ooo abah..." Aileen menjerit memanggil abahnya. Selalunya Pak Hanif dan Suri akan berada di pangkin selepas makan malam. Mereka selalu menghabiskan masa dengan berbual disitu.

"Iya abah dekat sini." Jawab Pak Hanif dengan suara yang sedikit kuat. Cawan kopi dicapai dan dihirup sedikit.

"Abah... Abang Habib tu dah kahwin ke?"

Soalan dari Aileen membuatkan abahnya tersedak air kopi panas yang diminum. Ya Allah anak daranya itu! Soalan langsung tak bertapis.

Suri pula menjeling sahaja kearah Aileen. Tisu dicapai lalu dihulurkan kepada suaminya. Tangan pula mengurut lembut belakang badan Pak Hanif.

"Abah tak tahulah Leen. Abah tidak pula bertanya." Jawab Pak Hanif yang masih terbatuk-batuk akibat tersedak tadi. Aileen hanya tayang sengih tidak bersalah.

"Leen berkenanlah dengan dia abah. Kacak, baik, kaya, cukup pakejlah!" Ujar Aileen teruja. Matanya kelihatan bersinar-sinar, tangannya pula disatukan dan hujung jari ditepuk-tepuk perlahan.

"Gatal kau kan. Baru umur 20tahun dah gatal. Ingat sikit hujung tahun ni dah nak masuk kolej balik." Suri menjeling sekali lagi. Geram! Apakah yang merenyam sangat anak daranya ini.

"Alaa makcik ni potonglah. Makcik tak suka ke dapat menantu kaya? Boleh tumpang senang. Makcik nak periuk noxxa 10 biji pun Leen boleh belikan nanti," balas Aileen pula. Tak nak kalah. Dipetik pula tentang periuk noxxa kegilaan orang kampung itu. Kerana periuk itulah yang menjadi minat Suri juga. Harganya yang mencecah ratusan ringgit membuatkan mereka belum mampu membelinya lagi.

"Makcik nak kau kerja, beli dengan hasil titik peluh kau. Bukannya meminta dari orang. Makcik tak suka nanti orang cop anak makcik ni kaki kikis."

Aileen hanya tersengih. Suri selalu berpesan padanya agar tidak meminta-minta walaupun mereka hidup susah.

"Mereka tu orang bandar Leen. Tak sesuai dengan kita." Tegur Pak Hanif pula. Kali ini sedikit tegas, dia tidak mahu anak daranya seorang ini menaruh harapan tinggi dan lalu akhirnya kecewa.

Aileen sudah mencebik. Ada apa dengan status orang bandar dan orang kampung. Kita semua manusia, sama sahaja. Berasal dari tanah, hidup mati kita semua kerana Allah. Darjat atau harta bukan pengukur semuanya.

"Leen tanya je abah." Suara Aileen sudah mengendur sedikit. Tidak teruja seperti tadi.

"Agaknya mesti sudah kahwin sebab umurnya bukan muda lagi. Dah pergi masuk tidur, esok nak bangun pagi-pagi. Janji nak tangkap ayam dengan abah."

"Iya bah. Leen masuk dulu. Salam," tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Pak Hanif dan Suri. Dia mencium tangan orang tuanya dan berlalu kembali masuk ke bilik tidurnya.

Suri dan Pak Hanif pula tergelak kecik melihat kelakuan anak dara mereka. Manja dan kasar orangnya. Maklumlah anak tunggal. Berkawan pula dengan lembu kambing sahaja. Dia kurang bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

Habib yang baru selesai mandi terkejut apabila mendengar banyak notifikasi muncul di skrin telefon pintarnya.

AileenComel likes your photo

AileenComel likes your photo

AileenComel likes your reel


Hampir berpuluh notifikasi yang sama muncul. Bibirnya menguntum senyuman.

"Aileen Comel" dia menyebut nama itu perlahan. "Nasib baik memang comel betul,"

Habib membalut tubuhnya yang terdedah dengan bathrobe yang disediakan oleh pihak hotel. Rambutnya pula dikeringkan menggunakan pengering rambut lalu disikat dan diikat gaya messy bun. Dia melabuhkan duduk disofa dan sebelah tangan diletakkan di arm rest. Sebelah lagi sibuk dengan telefon bimbit.

Dia membuka profile instagram Aileen. Sekali lagi bibirnya tersenyum, gambar-gambar yang dimuat naik gadis itu sangatlah diluar jangkaan mindanya. Gambar kambing, arnab, pantai dan bermacam lagi. Tiada satupun gambar diri sendiri disitu.

Serta merta wajah manis gadis itu menghiasi mindanya. Senyuman itu bagaikan memukaunya. Dia perasan gadis kecil molek itu sentiasa mencuri pandang ke arahnya. Kalau tidak bukan kerana statusnya, dia juga menginginkan perkenalan lebih lanjut dengan gadis itu.

Habib melepaskan keluhan lemah. Tidak mungkin akan ada peluang untuknya bercinta lagi dan tidak mungkin gadis manis seperti Aileen mampu menerima status dirinya. 

Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!Where stories live. Discover now