"Leen tahu tak yang Habib datang masuk meminang Leen hari ni?" Tanya makcik Suri pada Aileen. Dia terkejut dengan kedatangan Habib ke rumahnya pada pagi itu. Segera dia menelefon Aileen untuk bertanya soal itu. Aileen pula baru sahaja dalam perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki bas. Dia fikirkan Habib tidak serius, jadi Aileen langsung tidak memberitahu tentang hal itu kepada abah dan makcik Suri.
"Tahu..." jawabnya sepatah. Tindakan Habib membuatkan dia gelisah! Apalah masalah orang tua ni?
"Leen setuju?" Tanya Suri lagi.
"Leen tak tahu makcik. Leen keliru. Abah cakap apa?" Aileen hela nafas lemah. Dia keliru. Kenapa Habib membuatnya sebegini? Sudah tiga tahun lamanya mereka tidak berjumpa, kenapa tiba-tiba sahaja? Tak mungkinlah Habib menyimpan rasa kepada budak mentah sepertinya.
"Abah cakap dia setuju kalau Leen setuju. Lagipun Habib tu baik orangnya, dah lama abah dan mak cik kenal. Selalu dia datang jenguk kami."
"Leen..." bicara Aileen terhenti apabila terasa bas itu berhenti secara mendadak.
"Mak cik, nanti Leen call lagi. Tiba-tiba bas brek mengejut, Leen nak tengok apa yang jadi," ujarnya lalu mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari Suri. Dia mula terasa cuak kerana bas itu berhenti ditengah jalan.
"Kenapa ni?" Aileen cuba bertanya kepada salah seorang penumpang lelaki yang berada di kerusi hadapannya.
Lelaki itu sekadar menjungkit bahu menandakan yang dia juga tidak tahu. Kerana hampa dengan jawapan itu, Aileen mula berjalan mendekati kearah pemandu bas.
"Kenapa ni Pakcik?" Tanya Aileen. Dilihat beberapa penumpang yang lain turut menjengulkan kepala mereka dari kerusi masing-masing untuk tahu apa yang terjadi namun tiada seorang pun yang berani datang bertanya.
"Bas rosak ni dik, kita kena tunggu bas lain yang datang jemput." Beritahu pemandu bas.
"Haa rosak?" Membulat mata Aileen mendengar kata-kata pemandu bas itu. Aduh! Sudahlah dia ada hal penting dikampung.
"Lama ke bas ganti nak sampai pakcik?" Soal Aileen lagi.
"Dalam tiga jam lagi sebab bas datang dari KL. Maaf ya dik,"
Aileen mengeluh. Apa nak buat. Terus Aileen berlalu kearah tempat duduknya. Dia harus menelefon Suri untuk memberitahu hal ini. Sudahlah masih separuh perjalanan untuk sampai ke kampung di Kelantan. Hatinya sudah tidak dapat bertenang sejak menerima berita dari kampung.
Usai menelefon Suri, Aileen mengambil headphone berjenama Apple dari beg sandangnya dan dipakaikan kekepala, menekup kedua belah telinga nya. Aplikasi 'spotify' dibuka dan lagu yang sudah disimpan didalam carta lagu kegemarannya dibuka. Ada baiknya dia tidur sementara menunggu bas ganti tiba.
"Dik... dik bangun,"
Terpisat-pisat Aileen membuka matanya apabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang.
"Bas dah sampai ke kak?" Tanya Aileen pada wanita yang menegurnya.
"Bukan dik. Ada seseorang datang cari adik. Nama adik Aileen Sofiyya kan?" Tanya wanita itu untuk kepastian. Dia yakin Aileen adalah orang yang dicari oleh lelaki itu yang datang berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh lelaki tampan tadi.
Aileen hanya angguk kepala. Siapa pula yang mencari dia di tengah-tengah lebuhraya ni? Segera Aileen bangun dari tempat duduknya untuk keluar dari perut bas itu.
Terhenti langkahnya di pintu bas apabila melihat susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalnya. Mesti makcik yang beritahu ni! Laju je dia jadi melodi eh...
"Leen..." Habib memanggilnya apabila melihat Aileen tiba dipintu bas. "Jom abang hantar balik kampung," ajaknya.
"Leen tunggu bas ganti. Dato' baliklah dulu." Tegas Aileen. Dia tidak mahu terhutang budi. Risau jika nanti tergadai body!
"Please Leen... abang datang jauh-jauh demi Leen." Rayu Habib. Pak Hanif yang menelefon dirinya memberitahu tentang bas yang dinaiki Aileen rosak dipinggir lebuh raya Bentong. Apabila mendengar berita itu, segera Habib keluar untuk mencari bas yang dinaiki Aileen walaupun ketika itu dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur. Dia risau akan keselamatan Aileen. Tidak peduli dengan kerja yang masih bertimbun, keselamatan Aileen perlu diutamakan.
"Saya tak minta pun." Balas Aileen pula. Arghh... kenapa perlu membuatnya terasa serba salah.
"Abang risau soal keselamatan Leen. Jom abang hantar Leen balik. Please," rayu Habib lagi. Dia tidak kisah merendahkan egonya hanya untuk Aileen.
Aileen mengeluh. Dia serba salah.
"Kejap. Leen ambil barang dulu." Akhirnya Aileen mengalah. Sudah hampir sejam berlalu dia menunggu bas ganti tiba, namun tidak juga kunjung tiba. Badannya juga sudah mula merasa kebas akibat duduk dalam jangka masa yang lama di kerusi penumpang.
Habib tersenyum kemenangan. Dia perlu memastikan yang Aileen menerima pinangannya. Dia benar-benar ingin memperisterikan Aileen.
Masuk sahaja kedalam kereta Lamborghini Aventador milik Habib, Aileen hanya membatukan dirinya. Sedaya upaya dia memaksa dirinya agar tidak menoleh pada Habib yang sedang memandu.
Kenapa aura Habib begitu mengancam. Gaya yang sangat maskulin. Lengan baju kemejanya yang disingsing hingga ke paras siku, menayangkan segala otot lengannya yang sasa itu. Urat-urat ditangan juga ikut timbul. Aileen menelan liur, makin tua makin handsome.
"Dah makan ke?" Soal Habib memecahkan kesunyian antara mereka.
Aileen hanya gelengkan kepalanya.
"Tengah buat senaman kepala ke?" Habib mengusik. Dia ingin mendengar suara Aileen, bukan gerak badan yang dia mahu.
"Hah?"
"Tu duk geleng-geleng dari tadi,"
"Ohhh..." Aileen tersengih malu. Sejak bila pakcik sorang ni pandai bergurau.
"Leen masih kenyang. Dah makan roti dalam bas tadi," jawab Aileen.
"Kalau lapar beritahu abang, kita singgah makan dekat mana-mana kedai nanti," beritahu Habib. Sebolehnya dia tidak mahu Aileen kelaparan.
Keadaan kembali sunyi. Hanya helaan lembut nafas masing-masing yang kedengaran. Habib mengintai daripada ekor matanya, Aileen sudah mulai tersengguk-sengguk.
Bibirnya melakar senyuman, entah kenapa tenang hatinya apabila Aileen ada disisinya. Tiga tahun lamanya dia terbelenggu dengan perasaan serba salahnya pada Aileen. Dia tahu yang Aileen sudah salah faham dengan apa yang diberitahunya ketika di pantai dahulu. Itupun selepas makcik Suri yang memberitahunya apabila dia bertanya kemana Aileen, sudah lama tidak kelihatan.
Menyesal rasanya menolak gadis itu terlalu awal, kesan daripada pernikahan pertamanya menjadikan dia sedikit trauma. Sepatutnya dia memberikan ruang untuk mereka mengenali lebih dekat.
Melihat badan Aileen menggeliat dan kembali meringkuk kesejukkan, segera Habib mengambil jaketnya lalu diletakkan dibadan Aileen. Suhu penghawa dingin kereta di perlahankan sedikit. Tersentak dia apabila tiba-tiba Aileen menarik tangannya yang sedang membetulkan jaket dibadan Aileen.
"Syok betul tidur. Tak takut ke dia dengan aku?" Gumam Habib sendirian. Melihat Aileen yang nyenyak tidur, dia tergelak kecil. Habib hanya membiarkan sahaja Aileen memeluk tangannya. Dia tidak mahu menganggu lena Aileen.
YOU ARE READING
Aku Cinta Kamu Pak Cik Hot!
RomanceAileen Soffiya, jatuh cinta pandang pertama pada duda hot yang datang kekampungnya. START 28/02/2023