Kau hancurkan perasaan yang selama ini kutanam
Saat semuanya telah pergi
Bayangmu kembali mengisi
- Lara by Dialog Senja
Bab 1
"Miss, ini lukisan yang awak pesan," Lelaki itu menyuakan aku sebingkai gambar yang dibaluti dengan kertas. "Thank you so much!" Aku bergerak meninggalkan tempat itu.
"Sudah berapa kali dia datang sini?" Soal seseorang. "Hampir berpuluh kali juga dia datang ke sini. Selalu juga kita nampak dia."
Semua orang dibandar Seoul ini mula sibuk. Ada yang sedang bersekolah, ada yang sedang menuju ke tempat kerja, ada yang sedang membeli kopi dan ada yang kena marah kerana lewat. Lumrah kehidupan.
"Teksi!" Aku memilih untuk menaiki teksi menuju ke pejabat aku.
---
Setiap hari, saat aku tiba di pejabat mesti lelaki itu datang menghampiri aku dengan secawan kopi di tangannya. "Selamat pagi awak," Ujarnya. Aku hanya tersenyum. "Masuklah Seungkwan," Aku membuka pintu pejabat untuk dia masuk.
"Lukisan baru?" Soal lelaki itu. "Ya," Jawabku ringkas. Kertas yang membaluti lukisan itu dikoyak lalu dimasukkan ke dalam tong sampah. Aku melihat sekeliling.
Tiada tempat untuk aku menggantungkan lukisan tersebut. "Dinding kau sahaja penuh dengan lukisan, Shinae," Aju lelaki itu. Ya, dinding aku dipenuhi dengan lukisan. Sudah tiada tempat kosong untuk lukisan baharu ini.
"Apa kata kau letak di bawah?" Seungkwan memberikan aku idea. "Kenapa harus di bawah?" Soalku. "Cuba kau letak di sini," Dia meletakkan lukisan itu di cermin tingkap aku. Cermin itu luas sehingga bawah. "Warna lukisan ini biru dan bila kau lihat semula, nampak menarik bukan?"
Benar, aku terpesona.
Lukisan itu kena dengan langit yang biru. "Baguslah kau Kwan!" Dia tersenyum. "Aku menuju ke tempat duduk aku. "Agak-agak apa yang kau kena buat harini?" Soalnya. "Aku rasa aku kena tunggu fail semalam yang aku suruh tu siap. Entah siapa yang siapkan fail itu.."
Seungkwan mula cuak. "Oh, ya!" Aku ketawa kecil melihat gelagatnya. Dia kembali dengan fail di tangannya. "Maafkan saya.." "Tak perlu berlagak seperti itu lah!"
Seungkwan, dia merupakan PA aku. Untung aku mendapat dia sebagai PA aku. Boleh la aku melawak dengan dia bila-bila masa.
"Bila pengarah tiba?" Soalku. "Dalam 10 minit lagi," Ujarnya. "Cepat, kita kena bersiap sedia,"
---
Akhirnya, perjumpaan tadi selesai juga. "Terima kasih tuan datang harini," Ujarku. Harini hanya persidangan tentang kebersihan pantai. "Tiada masalah tapi boleh saya bercakap dengan awak secara personal?" Soalnya. Ah, sudah. Aku ada buat salah ke?
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
FanfictionBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...