Bab 21
"Apa yang terjadi?" Soal Puan Choi. Kami semua berada di meja makan untuk makan malam. "Cheol bawa Jihyun pergi pejabat tuan Hong terus nak bawa jumpa Han tapi kasihan dia," Ujar Seungcheol. Tidak sangka sampai begitu sekali dia akan kerjakan perempuan itu.
"Jeonghan tahu tak?" Soal tuan Choi. Seungcheol menggelengkan kepalanya. "Tak," Jawabnya ringkas. Aku faham kenapa dia masih belum beritahu hal yang sebenar kepada lelaki itu. Dengan keadaan Jeonghan yang sebegitu, takut memburukkan lagi keadaan dia.
"Kyo Naeum.." Aku tersentak. Tiba-tiba sahaja nama itu keluar dari mulutnya. "Kenapa?" Soalku kepadanya. "Tak ada apa," Ajunya. Dia sambung menikmati makanan yang dihidangkan itu.
"Harap-harap Jihyun beritahu hal sebenar dekat laki dia. Kasihan sungguh dekat Jeonghan tu," Ujar tuan Choi. "Betul tu abang. Tak sangka Jihyun sanggup buat macam tu. Haih.." Ujar puan Choi.
Benar, kasihan.
Tiba-tiba telefon milik Seungcheol berdering. "Awak, telefon tu berdering jawablah," Ajuku. Dia lantas menjawab panggilan itu.
"Ya?" Dia menjawab panggilan itu dengan wajah yang serius. Ada benda yang tak kena ke? "Kau tunggu situ, aku pergi ambil kau," Panggilan ditamatkan. Seungcheol lantas bangun dari tempat duduknya.
"Kenapa Seungcheol?" Soal ibunya. "Ibu, perempuan tak guna tu tak balik rumah," Ajunya. Tidak sangka perempuan itu sanggup melakukan hal seperti itu. "Jeonghan kata dia dah call Jihyun tapi perempuan tu tak angkat," Ajunya.
Tuan dan puan Choi mula cuak begitu juga dengan aku. "Aduh, kenapa benda ni terjadi?" "Abang bagitahu tuan Lee tentang Jihyun cepat!"
Rumah itu huru-hara jadinya. Bantu, aku nak bantu lelaki itu. "Awak, saya nak ikut sekali," Dia sudah berada di hadapan pintu. "Tak payah-" Kata-katanya terhenti. "Suka hati kau lah!" Dia kemudian keluar dari rumah tersebut. Aku mengekorinya dari belakang.
Kami berdua menuju ke kereta tanpa bersuara. Aku tahu dia sangat marah sekarang. "Pakai tali pinggang," Oh, aku selalu lupa untuk memakai tali pinggang keledar itu.
---
Ding! Dong!
Pintu akhirnya terbuka. "Kau dah kemas barang kau?" Soal Seungcheol. Aku dapat melihat bahawa lelaki itu mengangguk. Ya, aku menyorok di belakang Seungcheol tetapi mustahil kalau dia tak nampak.
"Maaflah, minah ni sibuk nak ikut," Ujar Seungcheol. Jeonghan akhirnya keluar dari rumahnya. Aku melihat wajah lelaki itu sekilas. Kau tak tahu apa yang sedang terjadi pun. Kalau kau tahu mesti kau sedih.
"Jom, pergi ke kereta aku.." Aju lelaki itu. Aku melihat dua beg yang dibawa oleh Jeonghan. Aku mahu menolongnya. Aku tidak mahu aku dan dia sekadar mendiam diri. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambil sebuah beg ditangannya.
"Tak mengapa, biar saya yang tolong.." Dia menunduk. Ah, kekoknya!
---
"Aduhai, Hannie.." Puan Choi memeluk tubuh lelaki itu. Dia bersimpati dengan apa yang menimpa lelaki itu. "Mesti penat kan? Mari ikut puan Choi masuk ke bilik kamu," Pelawa puan Choi. Jeonghan sudah sebati dengan keluarga ini. Seungcheol dan Jeonghan sudah seperti adik beradik dan bukan sepupu pada pandangan aku.
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
FanfictionBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...