Masih nyala dalam dekapku
Semua asa yang kita rengkuh
Dan tertatih dia mencari hatimu
Dengan lembut retakkan semua
Yang kaumau dan rayakan mati rasa- Perayaan Mati Rasa by Umay Shahab
Bab 18
"Esok saya tidur dekat rumah makcik saya dulu," Ujarku sambil meletakkan kotak besar di bawah lantai yang masih berdebu. "Kenapa tak singgah saja tidur di rumah ibu?" Soal lelaki itu.
Benar juga apa yang dikatakan oleh lelaki itu. "Hm, okay lah.." Ajuku. Tangan aku ligat mengeluarkan barang dari kotak perabot tersebut. Ya, aku dan dia akan tinggal bersama tidak lama lagi. Masih terdapat banyak barang yang belum dikemas.
"Tinggalkan sajalah benda tu. Esok kita datang semula," Ujar Seungcheol. Aku akur dengan arahannya. Penat juga mengemas sepanjang hari ini.
Kami berdua melangkah keluar dari rumah tersebut. Kepala aku didongak untuk melihat ke arah langit. Betapa tenangnya hari ini. Tenang sangat.
"Kau kenapa?" Soal Seungcheol. "Oh, maaf saya halang laluan awak," Aku menuju ke arah kereta miliknya. Lelaki itu melihat setiap pergerakan aku. "Shinae, jom makan aiskrim?" Ujar lelaki itu. Tanpa banyak menyoal, aku setuju akan ajakan itu.
"Jom,"
---
"Kau pilih perisa aiskrim pun ambil masa setengah jam," Ujarnya. Macam mana aku nak pilih kalau lelaki ini dari tadi asyik suruh aku cepat? Tak fokus aku dibuatnya.
"Coklat lah.."
"Punya lama dekat sini coklat sahaja kau minta?"Sudah, mula nak membebel nanti. "Jom, duduk dulu. Aku tak nak lutut aku rapuh.." Ajunya. Entah apa yang keluar dari mulut lelaki itu. "Banyak songeh la awak ni!" Ajuku. Lelaki itu terdiam untuk seketika. Dia kemudian ketawa kecil. "Eh, tak suka ke dengar suami kau ni membebel? Lagipun nanti kita tinggal bawah satu bumbung tau. Kau kena hadap aku juga nanti," Ujarnya.
Aku hanya mendiamkan diri. Itu sajalah jawapan yang dapat aku berikan kepadanya. Sedang kami berdua menunggu giliran kami untuk dipanggil, dari jauh aku dapat melihat sekumpulan remaja perempuan melihat ke arah sini. Untuk apa lagi kalau bukan untuk melihat wajah tampan lelaki itu.
"Banyak sungguh peminat," Ujarku. "Huh?" Lelaki itu melihat ke arah mereka lantas sekumpulan pelajar itu memandang ke tempat lain. "Oh, biasalah. Orang kacak macam aku ni tak boleh buat apa," Ujarnya dengan perasaan riak. "Wah, tinggi betul hidung tu ek! Kerat nanti kang!"
"Nombor 552!"
"Oh, sayang jom!"
"Jom, eh?"Sayang?
---
"Terima kasih belanja," Ujarku kepadanya. "Diam, suara kau bising mengalahkan suara itik tu," Dia tujukan aku kepada itik yang sedang berada di atas permukaan air sebuah tasik. "Tsk!" Bekas aiskrim coklat itu aku letakkan di tepi. Sudah habis hanya tinggal sisa sahaja.
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
FanficBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...