Bab 24

15 0 0
                                    

⚠️ Harm words

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️ Harm words

⚠️ Harm actions

Bab 24

Matahari sudah terpacak di atas kepala tetapi aku masih belum menyedarkan diri. Tidak mahu pulang ke sana, aku benci untuk melihat dia lagi. Aku rasa takut untuk menghadapnya lagi. Asal buka mulut saja bukan benda elok yang akan keluar.

Entah mengapa aku tidak merasakan yang aku berdengkur. Aku terdengar seseorang berdengkur di sisi aku. Aku yang tidur menghadap kepala sofa memusingkan badan aku menghadap seseorang yang sedang berdengkur.

"Seungcheol?!" Aku bingkas bangun dari pembaringan aku. "Hoi bangun!" Aku mengejutnya supaya dia terjaga. Matanya terkebil-kebil lalu dia memilih untuk sambung dibuai mimpi.

"Awak, macam mana awak boleh masuk rumah saya?" Soalku kepadanya. Aneh juga tiba-tiba dia dapat masuk. "Kau yang tak reti tutup pintu.." Ujarnya dengan suara malas. Otak aku mula bekerja. Sejak bila aku tak tutup pintu?

Oh.

Ya, aku tak tutup pintu semalam sebab dihanyut dalam perasaan sendiri. Nasib tiada sesiapa yang pecah masuk ke dalam rumah aku. "Sudah, bangunlah.." Aku menggerakkan lengannya. Dia akhirnya menyedarkan diri.

"Pagi.." Ajunya.

Dia seolah terlupa tentang apa yang terjadi semalam dan mengapa dia datang ke sini? Macam mana dia tahu aku di sini? Dia menatap aku dan aku menatap matanya. Masing-masing tidak mengeluarkan bunyi.

"Jom, kau ada kerja." Dia menyuakan tangan miliknya kepada aku supaya aku bangun dari sofa tersebut. "Kenapa awak datang ke sini?" Soalku kepadanya. Tangannya disimpan olehnya kerana aku tidak menyambut tangan itu.

"Kau rasa?" Rasa apa? Boleh dia main teka-teki pagi buta ni. "Rasa apa? Saya rasa nak sepak awak kalau boleh," Ujarku. Dia tersengih. "Sepak la kalau berani," Ajunya. Menyampah aku dibuatnya.

Aku bangun dari sofa itu dan mengemas selimut serta bantal yang ada. Aku meletakkan bantal dan selimut itu di dalam sebuah bilik. Bilik ibu dan ayah aku.

"Comel betul kau waktu kecil," Aku melihat ke arah dia. Rupanya dia sedang melihat gambar aku sewaktu aku kecil. "Sini reti pula kau senyum, tapi sekarang..hmph!" Lain macam nada dia tu. Memang betul-betul meminta penumbuk.

Setelah selesai mengemas, aku pun keluar dari bilik itu. Lupakan, manusia memang cepat berubah hati. "Lepas kerja nanti telefon aku, kita kemas rumah tu sama sama.." Ujarnya. Aku hanya mampu terpegun.

Nampaknya dia masih peduli akan aku.

Mungkin itu lah apa yang aku patut tahu. Tidak semua orang akan meninggalkan aku merawat luka sendiri namun, ada yang masih sanggup tunggu untuk luka itu pulih dengan sendirinya. Walaupun mereka tidak berusaha untuk merawat luka itu, tetapi mereka masih memiliki naluri seorang manusia.

Bukan mereka tapi dia.

"Baiklah.."

---

[ Jeonghan POV ]

𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan  - SEVENTEENWhere stories live. Discover now