Bab 23
Keluhan yang berat pernah aku lepaskan. Apa yang aku telah lakukan?!
Tuan Yoon dan puan Yoon berada di dalam wad di mana Jeonghan berada begitu juga dengan Seungcheol dan Jihyun berserta dengan pekerja tuan Yoon.Suasana agak tegang di antara tuan Yoon dan Jeonghan. Mereka berdua terdiam kerana masing-masing tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Puan Yoon sudah keluar dari wad ini terlebih dahulu.
"Masih nak tinggal di sini?" Soal tuan Yoon kepada lelaki itu. Dia tidak menjawab. "Cakap sesuatu Han!" Aju Jihyun. "Jihyun diam!" Jihyun lantas terdiam selepas ditegur oleh tuan Yoon.
Aku melihat ke arah Seungcheol yang seakan menjauh dari aku dan aku tahu kenapa. "Baiklah, Han beritahu ayah apa yang Han mahukan. Han mahukan apa?" Soal tuan Yoon. Lelaki itu tetap tidak mahu membuka mulutnya sebaliknya dia memalingkan pandangannya ke luar tingkap.
"Han, balas la tolonglah!" Jihyun memaksa Jeonghan untuk membuka mulut. "Jihyun, keluar.." Bulat mata Jihyun. "Kenapa tuan Yoon? Dia suami saya!" Ajunya.
"Tsk, suami kau?" Dia melangkah mendekati Jihyun. Aku hanya mampu melihat sahaja tidak mahu masuk campur. "Aku arahkan kau untuk keluar.." Ujar tuan Yoon. Puan Yoon masuk ke dalam.
"Apa yang terjadi?" Tiada sesiapa yang berani memberitahu kepadanya. "Mulai harini kau jangan sesekali tunjukkan wajah kau depan anak aku! Kau keluar!" Jihyun terkelu.
"Tuan Yoon, saya minta maaf untuk hal yang lalu! Saya mengaku itu semua salah saya!" Jihyun melutut di hadapan dia. Aku tidak sanggup untuk melihat situasi dia. Sedih.
"Abang, apa yang abang fikirkan ha?!" Aju puan Yoon. "Apa yang kau rasa? Kau bawa perempuan ni keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka dia," Ujar tuan Yoon.
"Ayah sudah lah-" Baru sahaja Jeonghan bersuara tiba-tiba dia dikejutkan dengan sesuatu.
"Ayah nak Han ceraikan Jihyun,"
Laju sahaja semua pandangan beralih kepada lelaki itu. "Apa?" Jihyun berdiri. "Tuan Yoon, tuan tahu kan saya dah lama kenal Han. Dari kecil lagi!" Ujar Jihyun.
Dia mula sesal dengan perbuatannya. Jika begitu situasinya, agak susah untuk dia menerima maaf daripada pihak mereka. Sesal kemudian tak ada guna.
"Bawa dia keluar," Arah tuan Yoon kepada pekerjanya. Mereka menuruti perintahnya. "Yah, lepaskan aku! Jeonghan!" Jihyun meronta-ronta untuk dilepaskan. "Jeonghan, kau tak akan tinggalkan aku bukan?!" Soalnya.
Lelaki itu masih lagi tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku. "Jihyun.."
"Jeonghan! Yoon Jeonghan!!" Akhirnya Jihyun telah dibawa keluar."Jeonghan, ayah berikan kamu peluang. Pilih, apa yang kamu rasa sesuai untuk kamu. Apa yang dapat bebaskan kamu." Ujar lelaki itu. Tuan Yoon dan puan Yoon bergerak meninggalkan kami bertiga.
Jeonghan masih dalam dilema. Aku sendiri yang berada di sini tidak dapat berfikir apa yang boleh aku bantu untuk dia. Aku melihat ke arah Seungcheol. Dia melihat ke arah aku dan menuju ke arah pintu keluar.
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
أدب الهواةBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...