We talk about everything
The important and the mundane
You know I think you know everything
But the night's still young
And there's still so much to gain- Anything You Want by Reality Club
Bab 2
"Ish, apa yang patut aku katakan nanti?"
Aku gunakan masa tidurku hanya untuk melihat biodata anak Tuan Choi. Karakter lelaki itu terlihat sangat tidak ramah. Dia seperti pentingkan dirinya sendiri. Entah mengapa ramai gadis di luar itu minat dengan lelaki seperti ini.
Aku menutup laptop milikku. Jam menunjukkan sudah masuk pukul 3 pagi jadi aku kena tidur sekarang kalau tidak esok aku letih.
---
"Macam mana? Kau dah jumpa jawapan?" Soal Seungkwan dengan kopi paginya itu. "Entah lah. Aku tak tahu apa yang patut aku katakan dekat dia!"
Jujur, aku terlalu berat kepala memikirkan tentang hal ini. Kenapa dia memberikan aku sesuatu untuk berfikir?
"Ish, kau ni! Cakap sajalah dekat tuan Choi yang kau tak nak. Apa yang susahnya," Ajunya. Cakap senanglah Seungkwan. "Tuan Choi tu dah banyak berjasa dengan syarikat ni. Aku tak sampai hati nak tolak permintaan dia tu," Ujarku.
Seungkwan menjeling aku. "Tu lah kau. Cepat sangat kasihan dekat orang!" Ajunya. Aku tertusuk dengan ayatnya itu. Betul juga cakapnya, mungkin aku terlalu cepat kasihan dekat orang.
"Oh, harini kau meeting dengan yang lain untuk membincangkan isu pantai. Jangan lupa!" Pesannya. "Ya, aku tak lupa," Balasku.
Aku melemparkan pandangan aku ke arah tingkap. Tiba-tiba aku terfikir tentang dia. Apa yang dia sedang lakukan? Aku ingin tahu. Sudah sepuluh tahun rasanya aku dan dia tidak bersua. Bilakah lagi semesta akan menemukan aku dan dia?
Oh, aku benci diri ini. Aku tidak mudah untuk melupakan dia. Aku juga tidak faham mengapa kau mengambil keputusan untuk meninggalkan aku?
"Shinae, bersiap sedia," Ujar Seungkwan. Aku lantas tersedar dari lamunan aku. "Oh, ya.." Memikirkan tentang itu membuatkan aku tidak nampak apa yang sedang berada di hadapan aku.
Memikirkan dia sahaja boleh membuatkan aku terleka.
---
"Ada cadangan lain?" Soalku meminta pendapat dari mereka.
"Puan Shinae, saya nak berikan pendapat saya," Ujar seseorang. "Ya, silakan," Dia berdiri. "Saya ingin memberi pendapat untuk mengadakan program bersihkan pantai. Kita boleh membuka pendaftaran kepada semua. Sejak kebelakangan ini, pantai itu makin lama makin tercemar dengan plastik sampah yang dibuang merata," Ujarnya.
"Hm.."
"Puan Shinae , izinkan saya memberi pendapat,"
"Baik, silakan,""Saya cadangkan untuk meletakkan tong sampah kitar semula di sana. Ini dapat memudahkan kerja pelancong yang datang untuk membuang bungkusan makanan mereka. Kita juga dapat mengurangkan pencemaran air laut mahupun di darat,"
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
FanfictionBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...